CARA MASAK NASI DAGANG NOXXA 8 MINIT - Blog Wani Sukarno

05 October 2018

CARA MASAK NASI DAGANG NOXXA 8 MINIT

ASSALAMUALAIKUM..

cara masak nasi dagang noxxa 8 minit

Salam semua dan salam Jumaat

Nasi dagang di antara makanan tradisi yang popular di Kelantan, Nak makan nasi dagang tak nanti jumpa hari raya, kat sini pergi kedai yang jual nasi pagi - pagi, memang akan ada menu nasi dagang ini. Nasi dagang yang menggunakan beras dagang dan tak sama dengan beras biasa. Nasi dagang kalau sebut penyediaan nak siapkan nasi dagang memang tak mudah la ya. Sebab ikut penyediaan biasa beras dagang kena rendam semalaman, untuk kukus keesokan hari. 

Kalau beli di kedai rasanya, kalau nasib baik, memang sedap nasi dagang tu, ada kalanya nasi dagang dah terlebih pecah pun ada, jadi lembik. Begitulah nasib kalau beli di kedai. 

Ingat sekali dulu, tolong bonda masak nasi dagang ni, bangun awal tau semata- mata nak kukus sebab nak buat untuk makan pagi kan. Hargailah kalau ada yang mak - mak kita tu bangun pagi. lebih - lebih lagi nak prepare untuk sarapan pagi. Kalau nak kata kita kerajinan sangat tak jugak hihi... 

Sebab guna periuk noxxa, itu yang selalu buat nasi dagang, kalau tak ada periuk ni memang tak harap lah nak buat nasi dagang :D. Bila dah banyak kali buat ni, terasa nak share di blog. Bahan - bahan nak buat nasi dagang kelantan memang mudah. 

Nasi dagang bila dah versi guna noxxa, ada orang kata macam sama juga dengan kukus, ada setengah orang kata tak sama. Bagi diri sendiri, asalkan tak lembik dan pecah boleh masuk mulut, itu dah kira sama hii. Lagipun nak cepat dan mudah. Ini kongsi cara masak nasi dagang saja ya, bukan sekali dengan gulai ikan tongkol. Bab santan tu guna lah santan segar ya. Tak ada sukatan untuk santan, biasanya buat ikut suai rasa. Sebab itu kena lebihkan banyak sikit santan.


Resepi di bawah ikut cara yang Wani buat, setelah sekian lama bereksperimen dan tak nak bagi nasi hangit bawah. Bonda yang tukang gaul nasi dengan santan selepas masak. Kami memang kena berdua kalau kat dapur, hii. Nasi dagang memang masak nak makan untuk sarapan pagi. Kalau nak tengok lagi jelas, boleh tonton video di bawah.

Lain orang lain cara buat sebab mungkin ada favorite masing - masing nak tekan mode apa kan. Kat sini, Wani kongsi ikut my style. :)


CARA MASAK NASI DAGANG NOXXA 8 MINIT 

BAHAN - BAHAN 

1.5 kg beras nasi dagang
5 ulas bawang merah dimayang
1 inci halia dipotong mancis
Santan secukupnya ( guna santan pekat segar ) 
Garam kasar secukupnya 
1 sudu teh halba dibasuh dan sejatkan terlebih dahulu
Air secukupnya untuk masak nasi dagang

CARA - CARA 

1. Sebelum basuh, tengok -tengok dulu dalam beras takut ada bendasing yang tak diingini. Basuh beras nasi dagang sehingga bersih 
2. Letak beras dalam inner noxxa dan masukkan air atas paras beras sikit. Masukkan bawang dan halia, halba dan garam secukupnya. Garam letak nak bagi nasi ada masin sikit. Kemudian kacau rata sekejap.
3. Tutup dan putar tombol ke pressure. Tekan high pressure selama 8 minit dan tekan on.
4. Selepas bunyi beep, tekan off dan putar tombol ke steam. Buka tudung dah siap masak nasi dagang. Tutup suis dan angkat inner noxxa keluar
5. Sediakan satu besen besar dan pindahkan nasi dagang dari inner letak dalam besen
6. Kemudian, masukkan santan sikit - sikit sambil gaul rata dengan nasi dagang. Nak berlemak lagi nasi tu letak lagi santan, sedap kalau rasa lemak - lemak santan, baru dipanggil nasi dagang.
7. Kemudian, letak balik nasi dagang yang telah digaul santan ke dalam inner dan letak dalam periuk noxxa.
8. Tutup dan putar tombol ke steam. Tekan "reheat" dan tekan on. Biarkan dalam periuk selama 1 jam, nak bagi santan diserap masuk dalam nasi
9. Selepas satu jam, nasi dagang dah siap

Nota : Selepas banyak kali buat, suka dengan cara macam ini sebab nak elak guna mode steam takut nasi hangit bawah. Berbaloi walaupun kena tunggu sekejap, nasi dagang kembang elok dan cantik. sebab itu kena buat awal pagi sikit hii.

Resepi ini dalam 1.5 kg beras dagang, kalau nak masak sikit, boleh kurangkan.

No comments: