CARA MUDAH SOLAT TAUBAT DENGAN BETUL - Blog Wani Sukarno

25 October 2018

CARA MUDAH SOLAT TAUBAT DENGAN BETUL

ASSALAMUALAIKUM

cara mudah solat taubat dengan betul

Solat taubat sebenarnya bukan sahaja untuk hambaNya yang banyak melakukan dosa - dosa besar, malah yang diri kita hamba yang khilaf ini pun yang biasanya dosa yang kita tak nampak tapi Allah nampak sepatutnya juga untuk solat taubat. Sebab banyak  sangat fadhilat solat taubat ini.

Macam pesan bonda, solat taubat tak nanti kita nak lakukan dosa - dosa besar, kalau boleh setiap hari lakukan lah solat taubat. Bonda kalau dia bagi nasihat memang termenung jauh huu.Memang betul apa yang dia cakap, kita ni dosa kecil pun kadang- kadang kita terlepas pandang.

Kali ini nak kongsikan cara mudah dan ringkas untuk solat taubat. Kalau dahulu kita ingat macam susah jerr nak buat solat taubat, sebab takut macam kena baca ayat dan surah panjang kan. Tapi tak susah pun, kita yang buat susah kan. Kalau ada yang rasa nak solat sunat apa pun kena baca surah panjang - panjang tapi tak ya. Jom, Islam tak susah kan hambaNya. Benda yang baik kita share, lagi ramai share lagi ramai dapat pahala.


PENGERTIAN SOLAT SUNAT TAUBAT 

Solat sunat taubat adalah bertujuan untuk bertaubat dengan sebenar - benar taubat kepada Allah daripada melakukan dosa - dosa sebagaimana yang pernah dilakukan pada masa - masa yang lalu, menyesal dan tidak akan mengulanginya lagi. 

CARA SOLAT SUNAT TAUBAT

Solat taubat boleh dibuat dalam 2  rakaat atau seberapa banyak, dikerjakan tiap - tiap 2 rakaat satu salam. Waktu mengerjakan bebas, sama ada siang atau malam, tapi lebih baik sekiranya dilakukan pada waktu sepertiga malam di mana pada waktu malam yang sunyi. Terdapat pelbagai kaedah bacaan surah - surah atau ayat - ayat yang dibaca.

1. Lafaz dan niat solat taubat
Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah Ta'ala


2. Bacaan masa solat 
Pada rakaat pertama hendaklah membaca surah Al - Fatihah dan Al- Kafirun. Manakala pada rakaat yang kedua hendaklah membaca surah Al- Fatihah dan Al - Ikhlas

3. Bertasbih 
Semasa sujud terakhir pada rakaat kedua iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah Tasbih berikut sebanyak 40 kali

4. Istighfar
Banyakkan beristighfar selepas memberi salam. "Astaghfirullah al-adzim". Bacalah seberapa banyak 70 kali atau lebih.


5. Doa Taubat
Berdoalah dengan penuh keinsafan dan memohon keampunan daripada Allah. Berdoa sungguh - sungguh sebab itu antara kita dengan Dia. Kalau berdoa menangis sampai keluar air mata.

Jom tonton sedikit penerangan tentang solat sunat taubat. 



Terima kasih sudi baca. Sekiranya  entri ini dapat bawa kebaikan untuk orang lain, sila lah share ya :) . Gambar semua kredit dari hafizhamidun.com. 

4 comments:

Shafyqah Azahar said...

nice sharing, sha bookmark ye!

Ika.S said...

Thanks for sharing this. Semoga bermanfaat :)

Ika datang singgah sini. https://ikashoid.blogspot.com/2018/10/harry-potter-mug-ceramic-tiles.html

Raydah said...

Thank you kak wani. Ray mmg tgh cri ni

Husniey Husain said...

Info yang bermanfaat.. mudahan diampunkan dosa kita