MUDAHNYA ROTI CANAI AIR FRYER - Blog Wani Sukarno

15 October 2018

MUDAHNYA ROTI CANAI AIR FRYER

ASSALAMUALAIKUM

mudahnya roti canai air fryer

Sejak berjinak masak guna air fryer ni, habis menu nak cuba, dari yang frozen sampai lah nak bakar ayam, daging, kalau ikan tu sempat bereksperimen bakar ikan cencaru sumbat. Yang ikan lain tak pernah, tak semua orang kat rumah ni minat kalau ikan nak bakar dalam air fryer hii. Susah juga, kata nak sihat dah jadi main tak main nak azam kan.

Kali ini dah cuba grill roti canai dengan air fryer. Banyak - banyak jenama roti canai segera yang dah cuba, memang dah jatuh hati dengan jenama KAWAN. Roti canai jenama KAWAN memang sedap. Yang satu lagi Paratha KAWAN pun sedap juga. Jenama KAWAN ni memang first choice, Wani suka guna, lebih lagi yang pastry puff dia tu, memang jenama KAWAN lah yang selalu guna

Roti canai dan paratha tu grill dalam air fryer ni tak spray minyak pun, cukup dengan minyak yang dah ada dalam roti canai dan paratha. Korang yang peminat roti canai tu dah cuba tak jenama ini ?



Dalam bungkusan di dalam, ada 2 keping dalam setiap plastik. Nanti korang tonton video tu ya. Selalu grill dalam ni, makan sekali dengan minum air kopi. 2 keping tu dah terlebih kenyang dah. Suka dengan tekstur roti canai yang garing. Air fryer tak preheat pun, guna terus. Ok elok garingnya.



ROTI CANAI AIR FRYER 

Bahan - bahan 

Roti canai jenama KAWAN

Cara - cara 

1. letak 2 keping roti canai ke dalam basket
2. Tolak basket masuk dalam air fryer. Suhu 180 C dan masa dalam 8 - 10 minit. Kalau sekeping dalam 8 minit dah cukup. ini sebab letak 2 keping jadi tambah masa sikit. 
3. Dalam tempoh tersebut, balikkan kedua belah ya
4. Dah siap, makan ketika panas tu sedap

3 comments:

Shafyqah Azahar said...

uish serba boleh betul lah air fryer ni

Nooriah Abdullah said...

Assalamualaikum wani
Kaknoor belum pernah try fryer kan roti canai
Tapi ayam ikan kambing semua dah
Boleh try ni

Mrs Liez said...

Liez teringin gak nak ada air fryer.. senang just masuk dlm air fryer then boleh buat keje rumah lain...