RESEPI IKAN AYA (TONGKOL) REBUS KELANTAN YANG MUDAH - Blog Wani Sukarno

28 October 2018

RESEPI IKAN AYA (TONGKOL) REBUS KELANTAN YANG MUDAH

ASSALAMUALAIKUM..

ikan aya rebus mudah dan sedap

Salam semua, bulan 10 yang dah nak penghujungnya. semoga sihat sejahtera hendaknya kepada semua pembaca.

Sebelum nak post untuk resepi gulai kuning ikan kering atau pun gulai kuning ikan aya, nak kongsi dulu cara yang biasa buat untuk ikan aya ( tongkol ) rebus Kelantan. Menu kat rumah memang seminggu sekali kena ada jugak gulai kuning ikan aya. 

Jadi, sebelum nak menggulai ikan, kena lah rebus ikan aya terlebih dahulu. Ikan aya ni ada 2 jenis yang jenis isi lembut dan isi keras, faham tak hii, Ikan aya lembut mahal sikit harga. Kalau kita, kurang gemar sikit yang ikan aya lembut ni sebab lebih suka ikan aya yang isi dia keras sikit. Tak berapa pandai sangat bab ikan ni, sebab kadang - kadang tertukar, macam sama jer 2 tu. :D.

Kali ini kita nak kongsi cara yang biasa nak rebus ikan tongkol ni. Yang ini memang berkuah, sebab bonda memang suka makan kuah sebab itu buat berkuah sikit. Kalau nak ikut rebus ikan style kita, memang lepas 6 hari baru sedap isi ikan, sebab makin banyak hari, isi ikan jadi pejal dan masam sikit. Hanyir ikan pun dah hilang hii. Baru sedap nak buat gulai kuning ikan tongkol. Ada ke orang nak ikut. :D.

Tapi tak apa ikut korang semua dalam 3 hari tu pun dah boleh masak dah. Cuma kalau rebus ikan yang banyak hari kena panaskan, pastikan guna periuk kaca ataupun periuk tanah. Kat rumah ada satu bentuk buah labu hii. Lagi selamat.

Untuk rebus ikan ini, kita guna periuk kaca. Bukan apa, main dengan garam ni, kalau guna periuk jenis aluminum ke, atau pun periuk cap buaya tu, memang boleh hakis periuk, Pernah kena sebenarnya hii

Nak lagi jelas, jemput tonton video di bawah tu ya. Ikan aya dah campur dengan 2 ekor ikan lolong. Saja nak penuhkan periuk. hii 



RESEPI IKAN AYA (TONGKOL) REBUS KELANTAN YANG MUDAH 

Bahan - bahan 
1 ekor ikan tongkol berat dalam 1 kg ( kalau terlebih pun dalam 1 kg lebih ) 
Lengkuas dalam 1 inci dihiris sederhana besar
Garam kasar secukupnya
10 - 11 keping asam keping (bergantung kepada saiz asam keping)
Air secukupnya

Cara - cara 
1. Ikan aya dibersihkan dan potong dalam potongan yang sederhana besar
2. Dalam periuk, letak hirisan lengkuas, kemudian susun potongan ikan, letak asam keping dan kemudian tabur garam secukupnya
3. Buat berselang seli sampai habis.
4. Kemudian masukkan air secukupnya bukan penuh sampai atas ya, bawah sikit dari paras ikan.
5. Letak atas dapur rebus sampai ikan masak
6. Kalau nak simpan dalam 6 hari tu, pastikan setiap hari panaskan tak nak bagi ikan busuk.

Nota
Ikan tongkol rebus kalau nak sedap untuk buat gulai kuning, lepas dalam 6 hari baru masuk, isi jadi pejal dan tak hanyir. Ikan rebus juga sesuai untuk digoreng begitu saja nak lagi sedap goreng bawang goreng dan tabur. Memang sedap makan dengan nasi panas. Walaupun nak goreng tu meletup - letup, :)



3 comments:

farhanna jafri said...

baru tahu orang kelantan panggil ikan tongkol, ikan aya. Thanks share resipi nanti nak try lah :D

linda lin said...

Terima kasih share resepi ni...mmg suka mkn tp tak penah buat lg selalu beli ja...kali ni boleh try buat sendiri...

Maria Firdz said...

Dulu tak tu ikan aya ni rupanya ikan tongkol. Kami kat utara panggil ikan kayu... Hehe..