BANYAK LAGI HALA TUJU DENGAN YOUTUBE,.SYUKURLAH SUBSCRIBERS MAKIN MENINGKAT - Blog Wani Sukarno

09 November 2018

BANYAK LAGI HALA TUJU DENGAN YOUTUBE,.SYUKURLAH SUBSCRIBERS MAKIN MENINGKAT

ASSALAMUALAIKUM..

Salam semua, semoga dipermudahkan urusan kalian semua ya. Sejak aktif dengan youtube pada tahun ini, banyak dah upload video di sana, Akaun dah lama dah wujud, cuma tak aktif. Kalau tak silap tahun 2015 lagi. Sekarang dah banyak dah video upload kat sana, tengah fokus untuk niche food and cooking hii.Permulaan tu, campur - campur jugak buat video, since dah minat memasak, lagi bagus fokus untuk niche resepi.

Teringat pulak ada rakan facebook tu pesan, niche resepi bagus untuk youtube, lagipun ada aim jugak kenapa nak fokus untuk niche. Entahlah harap - harap fokus ke niche resepi lah ya, takut terpesong upload video lain hii.

CUKUP 100 SUBSCRIBERS, TAHNIAH UNTUK DIRI SENDIRI 
Dah janji dengan diri sendiri, cukup 100 subscribers nak buat entri. Alhamdulillah tak ingat dah hari apa, dah cukup dah 100 subscriber, harap makin bertambah dan terus bertambah. Alhamdulillah fokus ke niche food & cooking ni, setakat ni rasa dapat lah membantu yang di luar sana, ada yang komen tanya pasal air fryer,so kita pun jawab apa yang mampu.

banyak lagi hala tuju dengan youtube, syukurlah subscribers makin meningkat

Setiap bulan pihak youtube akan hantar emel nak bagi tahu prestasi youtube kita macam mana, Dapat emel masih nyatakan 98 subscriber padahal dah cukup 100 dah hii. Sebagai permulaan ni rasa dah cukup puas hati, views pun meningkat, minutes watched pun meningkat  dan unique viewers pun meningkat..

Untuk popular upload tu baru tempoh 3 bulan upload dah cecah  6.5K views. Ok dah tu.. rasa berbaloi pulak fokus untuk niche, sebab ramai yang view kalau bab masak - masak ni kan. :)

Cuma itulah nak edit video ni bukan senang, kadang- kadang klip video  terperap dalam gallery phone, lama sangat nak boleh ke edit sebab seru tak sampai hii, ikut mood jugak ni. Permulaan nak suruh orang tahu kewujudan youtube kita, banyak jugak lah share di group - group. Bukan senang nak senang ya.

 Youtube ni dah berwajah baru nampak menarik senang nak tengok analytics macam mana. Banyak lagi ni hala tuju dengan youtube, semoga dipermudahkan hii.. Seronok bila tengok views tu macam makin lama makin meningkat.

Siapa yang belum subscribe lagi, jemput subscribe ya, nak road ke 1000 subsribers pulak, jauh sangat bermimpi tu kan hii, tak apa mimpi akan jadi kenyataan, pujuk diri sendiri. Ni dah buat entri untuk 100 subscribers, nanti cukup 1K subsribers, nanti akan up lagi entri hii. Kalau dulu fokus blog, ni youtube pun nak kena fokus jugak.

2 comments:

Masmira Masri said...

salam perkenalan awk....done following u....jemput singgah my blog yaaa

Juls Julie80 said...

wahh tahniahhh..all the best..nnt kite subscribe yer :)