25 November 2018

author photo
Kenali Badan Pensijilan Halal Luar Negara Yang Diiktiraf bagi 43 Negara Yang Terlibat||
Perasan macam tak ada dah rancangan "Halal lah" ke apa. Tak ingat dah huu. Siapa yang selalu tonton. Hari apa pun tak ingat rasa malam Sabtu kan, Siaran dalam 30 minit di MAYA HD 135. Kalau kebetulan tertonton memang tengok sampai habis. Kebetulan hari siaran, host pergi Jepun nak mengetahui bagaimana konsep Halal di sana,memang menarik isu HALAL ni, memang satu isu yang sendiri suka. :)

Tak sangka sebenarnya hanya dari Perkataan HALAL, kita pun dah melakukan dakwah. Jika lihat sendiri, memang di Jepun, non muslim ingin tahu di sebalik perkataan HALAL, dan tertanya pelbagai persoalan, akhirnya ada juga yang memeluk islam. Tak ingat dah siapa yang uruskan pengurusan Halal di sana. tapi macam muka pak arab.

Siaran begini sangat  bagus untuk memberi maklumat kepada orang awam macam kita yang masih tak tahu, bagaimana konsep halal dijalankan terutamanya bagi pengeluaran sesuatu produk tak kira lah melibatkan bahan makanan, bahan mentah dan lain -lain.

Ok lah kali ini nak berkongsi tentang Logo Halal pada negara yang terlibat. Kebetulan pula nak kongsi, sebab ada orang kongsi dekat whatsapp, katanya JAKIM dah kemas kini untuk logo halal bagi negara yang terlibat pada 1 November  lepas. Walaupun tak merantau di negara orang, tapi di negara sendiri pun dah banyak barang yang diimport, apatah lagi kalau yang melibatkan bahan makanan.

Selalunya di pasar raya memang ambil masa lama sebab suka pergi tengok barang jenis belek- belek apa ramuan, tengok logo HALAL, ohh itu dah memang wajib. hii. Lebih lagi yang membabitkan bahan import makanan dari luar negara.

Tapi bagi yang nak melancong atau merantau di negara orang, logo halal ini memang wajib untuk ambil tahu supaya tidak keliru. Sebab itu penting untuk pengguna Islam yang selalu travel luar negara. Apabila dah kenal pasti logo halal yang telah diiktiraf di seluruh negara, jadi kita tidak perlu ada rasa was - was dalam diri. Nak membeli barang makanan ataupun nak masuk premis - premis pun dah rasa senang hati kan.

Untuk badan Pensijilan halal luar negara ada 43 negara yang terlibat. Tapi kebanyakan ada juga untuk satu negara contoh negara Australia ada banyak jenis logo halal, mungkin ikut kawasan, Jepun dan negara China pun sama juga.

Nanti korang boleh rujuk logo halal seperti di bawah. atau pun kalau nak download info lanjut boleh ke SINI.
kenali badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf bagi 43 negara yang terlibat



















































This post have 3 komentar

avatar
Husniey Husain delete November 26, 2018 at 10:00 AM

Logo halal ni ada banyak jenis ikut negara dan organisasi. Macam di Korea ada KMF kalau tak silap.. Tapi ada sesetengah penjual di luar negara bila dah tau pasal halal ni diaorang main print out je logo tu pastu letak kat gerai diaorang.. Ade haritu kes terbaca di group. Mudahan kita tidak tertipu.. 😊

Nice sharing ni kak wani

Reply
avatar
I am LZ delete November 26, 2018 at 10:37 AM

LZ memang sedang cari Sijil HALAL luar negara kebetulan come across post Wani.. Thank you for sharing..

Reply
avatar
Nieyla Nadia delete November 26, 2018 at 10:57 AM

wow!pelbagai logo halal ni...
setiap negara lain-lain...

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Follow Me On Instagram