Nikmati Sarapan Pagi Nasi Lemak Strawberry Di Abang Strawberry Cafe Di Cameron Highlands

Nikmati Sarapan Pagi Nasi Lemak Sambal Strawberry Di Abang Strawberry Cafe Di Cameron Highlands | Tak habis lagi al - kisah cerita cuti - cuti di Cameron Highlands, nak hujung tahun dah ni, pergi awal tahun sampai ke hujung tahun masih terperap lagi gambar - gambar, hii. Bukan tak cerita, sebelum ni pun dah ada 2 entri dah buat berkaitan dengan percutian di Cameron Highlands  Pengalaman masuk Muzium Time Tunnel dah cerita nak cerita pasal makan - makan  pulak ya.

nasi lemak strawberry cameron highlands

Nasi Lemak Strawberry dengan ayam berempah

Tak tahu nak mula cerita dari mana. Hari terakhir selepas check out dari homestay yang terletak di Taman Golden Hills, kami telah bersepakat nak makan sarapan pagi di Abang Strawberry Cafe yang terletak di Kampung Taman Sedia, Tanah Rata.

Restoran Abang Strawberry Cafe Di Cameron Highlands

Di Restoran Abang Strawberry memang terkenal dengan Nasi Lemak Sambal Strawberry kan, yang orang viral sana sini. Disebabkan ini kali pertama nak makan Nasi Lemak Sambal Strawberry, jadi bersepakat nak sarapan pagi di sini.

Tak jauh dari tempat homestay, sekejap jerr drive sampai dah, tapi macam sesak sikit, jalan macam nak masuk kampung kan, dah nama pun Kampung Taman Sedia hii, kalau ke dalam lagi nak hampir dengan restoran memang dah penuh parking, kena parking atas sikit sebelum nak sampai ke restoran, parking tepi jalan, nasib baik orang lain yang pandu, kalau tak daku sendiri dah nervous bab nak parking ni. :D.

Suka tengok suasana kat kampung ini, jalan - jalan nak menuju ke Restoran Abang Strawberry, terpandang kebun strawberry, balik ke tempat kita tak nampak dah suasana macam ni kan, Sini tak apalah, suhu yang sesuai nak tanam strawberry. Geram tengok macam nak masuk jerr kebun tu, sepanjang 2 hari bercuti di sana tak masuk pun kebun strawberry, entah kenapa macam tak sempat.

nasi lemak strawberry cameron highlands

Nyamannya suhu, sambil jalan - jalan lalu tengok kebun strawberry. Sebaik sahaja sampai depan restoran, ternampak pasu strawberry bergantungan banyaknya.. rasa nak bawak balik sepasu hii. sambil pokoknya menjalar berjuntai ke bawah,ternampak lah buah strawberry di celah - celah daun. Kiranya pasu - pasu strawberry yang bergantungan menyambut kedatangan kami hii. Dah sampai pagi sangat, tak ramai sangat orang masa ni.

nasi lemak strawberry cameron highlands
Depan ruang masuk ke Restoran Abang Strawberry

Melangkah masuk ke dalam restoran, terpukau melihat dekorasi apabila dongakkan kepala atas sikit, nasib baik bukan hidup hii, dah macam feeling berada dalam taman, tak sempat nak explore sangat sini, walaupun nampak ada kebun strawberry dalam restoran. Persekitaran restoran bersih.

nasi lemak strawberry cameron highlands

Pekerja - pekerja sini pun ramah orangnya, Sambil - sambil tunggu order sampai, sambil tengok kawasan sekeliling, menu yang kami order untuk sarapan pagi ke semuanya Nasi Lemak Sambal Strawberry dengan ayam berempah. Dah restoran Abang Strawberry kan terkenal dengan sambal strawberry, jadi nak merasa sendiri keenakan sambal strawberry di sini.

Kat sini memang ada produk sendiri kan berasaskan strawberry, tak sempat nak pergi tengok, mungkin lain kali pulak. Entah bila tak tahu la hii.

nasi lemak strawberry cameron highlands
Dekorasi dari atas

Keterujaan nak mencuba Nasi Lemak Sambal Strawberry, review selepas menikmati Nasi Lemak Sambal Strawberry, sepinggan portion dah banyak, perut yang kecik ni memang sikit jer makan, hii. Sambal strawberry sangat sedap dengan pedas menyengatnya, cuma eh ada cuma pulak ya, biasalah review kena jujur hii, mungkin kebetulan turn kami makan kot, ayam berempahnya kurang sikit, tak ada rasa, ingat kita sorang jerr fikir macam tu, rupanya yang lain bagi komen yang sama. yang lain semua sedap. Apapun boleh menambah baik menu yang ada. 

Minuman pagi, tetiba tekak nak order teh beng, tahu ke teh beng tu hii. Tapi dalam menu tak tulis teh beng :D. orang Kelantan jer panggil teh beng. Apapun servis ok, dan makanan pun ok, kami  pun pergi untuk makan pagi, kemudian nak bertolak balik.

Korang nak cuba makan sini,next cuti - cuti boleh lah singgah di Abang Strawberry Cafe ya,  jom cuba banyak lagi menu lain bukan setakat Nasi Lemak Sambal Strawberry saja.

Untuk details boleh klik lihat di facebook ya. Jom siapa - siapa nak mula jalan jalan, singgah di nasi lemak strawberry Cameron Highlands. 

nasi lemak strawberry cameron highlands

Alamat 
No 27, Kampung Taman Sedia 
Tanah Rata 39000


4 Comments

  1. menarik nasi lemak strawberry...teringin juga merasa tapi bener kat sana.

    ReplyDelete
  2. Nasi lemak stobery pink kreatif orang sekarang macam cara nak lain dari yang lain

    ReplyDelete
  3. Dah banyak kali pergi CH tp sentiasa x sempat nak pi sini..inshaAllah lps ni mesti singgah laa

    ReplyDelete
  4. Tak pernah makan lagi kat Abang Strawberry ni, aritu nak pi makan..parking pulak takde..

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post