RESEPI ASAM PEDAS IKAN PARI YANG TERLAJAK MUDAH DAN SEDAP

Assalamualaikum..

Resepi Asam Pedas Ikan Pari Yang Terlajak Mudah Dan Sedap || Ikan pari, siapa makan ikan pari ada tak, kita ni jenis tak makan ikan pari, tapi ikan pari kering makan pulak, yang hidup macam ni tak makan :D. Walaupun tak makan ikan pari, kadang - kadang, tolong masakkan. Bonda ni memang suka makan, selalu ikan pari biasa masak asam pedas macam ni lah kalau selain dari bakar.

Biasanya korang masak apa, asam pedas ni menu sangat mudah, rasa semua orang pun dah pandai masak asam pedas, tapi itulah macam - macam style orang masak asam pedas ni kan. Kita masak yang jenis mudah sahaja. Bahan blend hanya bawang merah, bawang putih dan lada kering sahaja. Selalu untuk bahan tumis guna yang dah ready made, senang sikit tak lah terkejar sangat nak blend itu ini. Tapi mudah jerr bahan blend tu, korang blend jer bawang putih, bawang merah dan lada kering ya.

Nanti kita share lah sebab selalu dah buat senang sikit, kalau ada yang melibatkan bahan tumis terus. jimat dah masa nak prepare nak blend lagi kan. 

Bila dah masak cara macam ini, kena agak -agak dah, biasa kalau masak asam pedas, tak suka sangat terlalu pekat, cair sangat tu tidak lah, just nice gitu. Jom lah tengok cara kita, nanti kelapangan masa sikit, kita share homemade sambal tumis yang mudah pulak. Ikan pari guna ikan pari besar dan potong lah dalam ketulan kecil sikit, senang nak makan. 

Jemput tonton video di bawah,, lately rajin sangat nak shoot video, walaupun mood kekadang ke laut. hii.

resepi asam pedas ikan pari yang terlajak mudah dan sedap

RESEPI ASAM PEDAS IKAN PARI YANG TERLAJAK MUDAH DAN SEDAP 

Bahan-bahan
Ikan pari yang telah dipotong sederhana secukupnya
Segenggam daun kesum
1 batang serai yang telah diketuk
Lengkuas 1 inci *
Kunyit 1 inci *
4  - 5 biji kacang bendi dipotong 2
Belacan untuk tumis
2 biji ubi kentang dipotong 2
Bahan tumisan secukupnya (blend bawang putih 2 ulas, bawang merah 4  dan lada kering 5 tangkai )
Air asam jawa secukupnya

Bahan bertanda * ditumbuk halus

Cara - cara
1. Tumis belacan sampai naik bau dan masukkan bahan yang ditumbuk, tumis sampai wangi kemudian masukkan bahan tumisan secukupnya. Tumis lagi sampai naik bau.
2. Masukkan potongan ubi kentang dan ikan pari, kacau rata dan masukkan air secukupnya
3. Masukkan serai yang telah diketuk dan juga daun kesum
4. Tudung sekejap nak bagi ubi kentang empuk
5. Masukkan air asam jawa dan potongan kacang bendi. Tudung sekejap ya bagi kacang bendi lembut sikit.
6. Bila kacang bendi dah lembut sikit, boleh lah masukkan gula dan garam secukup rasa. Siap. 

2 Comments

  1. Baru lepas makan tengahari. Tengok asam pedas ikan pari di sini perut rasa kosong pulak!

    ReplyDelete
  2. Kak Amie dengan Wani macam berjanji pula ni hari masak asam oh.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post