Sambal Telur 3 Rasa Hanya 7 Bahan Sahaja Lagi Mudah Dan Sedap

ASSALAMUALAIKUM..

Lama pulak tak masak telur bersambal macam ni. Siapa peminat sambal telur, angkat tangan mesti ramai ni kan, siapalah yang tak minat dengan sambal telur kan. Sambal telur memang all time favourite. Baru - baru ini join adabi contest di Instagram, saja nak join tapi tak menang pun hii. Memang meriah sejak kewujudan IG Adabi di Instagram, Ramai pakat masuk join contest masak - masak. Hadiah lumayan juga tapi berkaitan dengan gadget dapur la.

Setiap minggu tu buat contest, tahu teknik marketing nak naikkan follower jugak kan. Tak putus - putus orang join.. Ok dah tu selain daripada pupuk minat memasak dalam diri, untuk lebih kreatif juga dalam menghasilkan menu - menu yang menggunakan produk Adabi. 


sambal telur 3 rasa hanya 7 bahan sahaja

Kebetulan nak join sebab contest dalam minggu tu kena guna produk adabi sambal belacan. Tiba - tiba memang kebetulan ada produk adabi sambal belacan, terus nak on projek. Fikir punya fikir nak masak sambal telur 3 rasa. Menu simple jerr dalam kepala tak boleh nak fikir berat - berat. :)

Kemain photography, tak menang pun tak apa lah, lagipun resepi terlintas campak- campak tapi rupa-rupanya sedap. Telur tu kalau goreng rasa lagi sedap, Yang ini tak goreng, kalau yang suka goreng, garing - garing sikit, salut dengan sambal special lagi la sedap. 


Kenapa sambal telur 3 rasa sebab ada rasa masam, manis dan pedas. Bahan- bahan pun mudah hanya guna 7 bahan sahaja. Sambal Belacan adabi memang sedap, tapi yang guna ni yang sambal belacan moden. Ada 3 jenis ke semuanya.

Bahan - bahannya seperti gambar di bawah. Tak banyak pun bahan, tapi dapat hasilkan menu yang sedap, semua orang cakap sedap. hii. Cubalah resepi yang mudah ini ya, bau daun kari tu yang sedap. Apapun Adabi memang memudahkan kerja. Kalau rajin nak join lagi contest. Hadiah pun bernilai ratus - ratus jugak, kalau korang nak join sama jangan lupa follow instagram Adabi.

Cubalah ya resepi ini, resepi rekaan tapi sedap di tekak. :)


SAMBAL TELUR 3 RASA HANYA 7 BAHAN SAHAJA LAGI MUDAH DAN SEDAP 

Bahan - bahan
4 biji telur direbus
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 tangkai lada burung diketuk
2 tangkai daun kari
Jus limau nipis secukupnya
Sambal belacan adabi Moden ( Pedas & Manis ) 3 sudu besar

 Cara - cara
1. Telur direbus sehingga masak
2. Bawang merah dan bawang putih ditumbuk halus
3. Dalam kuali, tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau, kemudian masukkan daun kari
4. Kacau sekejap dan kemudian masukkan lada burung yang telah diketuk
5. Apabila tumisan dah naik minyak,boleh masukkan dalam 3 sudu besar sambal belacan Adabi pedas manis
6. Kacau rata dan tambah sedikit air sekiranya tak nak bagi pekat
7. Akhir sekali, masukkan telur yang telah direbus dan kacau rata bersama bahan tumisan
8. Untuk lagi extra kick, perah jus limau nipis dan kacau rata sekejap sebelum tutup api. Bila perah jus limau nipis,boleh balance dengan sambal belacan adabi yang pedas manis ini. Sedap tau. Masam, manis dan pedas

Nota
Garam dan gula tak payah tambah sebab sambal belacan Adabi sudah semestinya secukup rasa .
Telur rebus kalau nak goreng bagi garing kulit luar tu lagi sedap

7 Comments

  1. wah siap ada bideo! boleh refer la pasni

    ReplyDelete
  2. Disebabkan ena terliur tengok esok decide nak buat sambal telur.hahaha. my favourite resepi ringkas n sedap

    ReplyDelete
  3. sedapnya telur masak 3 rasa.Paling best ada video masak2.

    ReplyDelete
  4. Good idea... telur boleh dipelbagaikan cara masakkannya... Nampak ringkas, tapi menyelerakan...

    ReplyDelete
  5. Tq bg idea nak masak utk anak2 tghari ni..telur pon telur laa asalkan sedap

    ReplyDelete
  6. Alamak..kecur liur tengok gambar kak..

    ReplyDelete
  7. Resepi ini memang biasa buat ni kak wani cuma tak sempat nak snap gambar tengok-tengok dah habis haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post