MMSOS Satu Aplikasi Yang Luar Biasa Dan Mantap Dalam Memberikan Bantuan Kecemasan Dengan Pantas

MMSOS Satu Aplikasi Yang Luar Biasa Dan  Mantap Dalam Memberikan Bantuan Kecemasan Dengan Pantas | Salam semua, masih ramai lagi yang kurang tahu tentang wujudnya aplikasi MMSOS ini.  Sekarang ini dengan kes jenayah yang meningkat , kes kemalangan jalan raya yang meningkat setiap tahun memang merisaukan banyak pihak.

Jom kita ambil tahu apa sebenarnya aplikasi MMSOS ini. Nanti korang tahu keseluruhannya memang korang akan cakap wah bagusnya ada aplikasi macam ini sebab saya sendiri dah pun download. Itulah yang nak share sangat dengan korang kelebihan install aplikasi MMSOS ini.

MMSOS Satu Aplikasi  Yang Luar Biasa Dan Mantap Dalam Memberikan Bantuan Kecemasan Dengan Pantas

MMSOS “Panic Button” merupakan aplikasi bantuan kecemasan “Creating Awareness”. Merupakan kempen menanam dan menyemai kesedaran rakyat akan kepentingan aplikasi MMSOS ini, dengan hanya menekan “Panic Button”

Para pengguna yang berdepan dengan kecemasan seperti kecemasan kes ragut, rompakan, serangan, jenayah harta benda, kecurian kenderaan, kebakaran, pembuli jalan raya, cubaan rompakan, perbuatan yang mencurigakan, membantu dalam memaklumkan ahli keluarga bila berlaku kecemasan, tunda kenderaan, tuntutan insuran, ‘jump start’ kereta, membantu ganti tayar pancit atau rosak dan mengatur ambulan.


Aplikasi ini merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia, kerjasama bantuan ambulan, polis, bomba, hospital atau klinik, laporan jenayah, motor assist dan kaunseling yang mudah diakses.

MMSOS beroperasi 24 jam, tujuh hari seminggu dan 365 hari sepanjang tahun. Pengguna boleh menggunakan perkhidmatan ini pada bila-bila masa dan di mana sahaja ketika mengalami kes kecemasan.

Apabila berlaku kecemasan, mereka hanya perlu menekan butang kecemasan dan team SOS Response akan membantu pengguna mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang dihadapi serta mendapatkan bantuan yang terdekat dengan anda. Anda sebagai pengguna boleh monitor status anda melalui aplikasi ini.

Install MMSOS Aplikasi  Hanya Di Hujung Jari 
Aplikasi ini dimuat turun secara percuma di Play Store dan Apps Store. Kemudian buat pendaftaran dengan memasukkan butiran diri.


Kelebihan Melanggan Aplikasi MMSOS : 

1. Kelebihan melanggan aplikasi ini, percuma ‘Personal Accident Insurance’ (value worth 50,000).
2. Percuma pemeriksaan kesihatan (worth RM365).
3. Diskaun 70% untuk ‘Car Tinted’.
4. Diskaun 40% untuk pakej percutian ke Marina Island (all in package for 2 person, 3D2N + Dining).
5. ‘Special rate’ untuk memperbaharui insuran kereta.
6. ‘Special rate’ untuk penyelenggaraan kereta.
7. ‘Ambulance fees’.
8. Percuma ‘towing’

Banyak kelebihan melanggan aplikasi MMSOS ni, menarik kan semua kelebihan yang ada.

Pengenalan aplikasi ini adalah tepat pada masanya, sekali gus dapat membantu kerajaan dan polis memastikan kadar jenayah di seluruh negara terus menurun dan rakyat sentiasa berasa selamat. Ia juga membantu dalam mengurangkan kos bebanan pengguna.

Untuk wanita di luar sana, pastikan anda install aplikasi ini di handphone masing - masing. Sememangnya ia adalah aplikasi untuk membolehkan anda sentiasa "alert" dengan situasi di mana jua anda berada. Bukan saja untuk diri kita malah untuk keluarga, kawan- kawan dan juga masyarakat di luar sana.

Untuk mengetahu lanjut tentang aplikasi ini, sila ke laman sosial MMSOS di 

Instagram 

Facebook 

Post a Comment

Previous Post Next Post