28 December 2018

author photo
Pembayaran Bantuan Sara Hidup Fasa Pertama Sebanyak RM 300 Akan Dibayar Pada 28 Januari 2019|| Salam semua, setelah sekian lama menunggu,  Kementerian Kewangan Malaysia telah mengumumkan tarikh untuk pembayaran Bantuan Sara Hidup fasa pertama sebanyak RM 300 pada 28 Januari 2019. Siaran media dah dikeluarkam ya, boleh semak di laman web kementerian kewangan Malaysia.

Walaupun ada juga pihak yang tidak berpuas hati tapi kita rakyat marhaen akur jerr lah kan.
Pembayaran Bantuan Sara Hidup Fasa Pertama Sebanyak RM 300 Akan Dibayar Pada 28 Januari 2019


PEMBAYARAN BSH 2019 FASA PERTAMA SEBANYAK RM300 MENGIKUT KAEDAH DAN PANGKALAN DATA LAMA AKAN DILAKSANAKAN PADA 28 JANUARI 2019

Seperti yang diumumkan dalam Ucapan Belanjawan 2019, Kerajaan akan meneruskan program Bantuan Sara Hidup (BSH) untuk menjaminkan kesejahteraan ekonomi rakyat dengan membantu golongan B40 meringankan kos sara hidup mereka. Bagi membuktikan keprihatinan Kerajaan Pakatan Harapan terhadap golongan B40 dan seterusnya memberi impak yang tinggi kepada rakyat, pembayaran BSH 2019 fasa pertama akan dilaksanakan pada 28 Januari 2019 (Isnin) mengikut pangkalan data lama dan kaedah lama.

Pihak Kerajaan terpaksa menggunakan pangkalan data lama yang kemungkinan besar mengandungi nama penerima yang tidak layak, bagi membolehkan bayaran dibuat cepat sebelum bulan Februari 2019. Proses pemutihan yang akan mengeluarkan nama penerima yang tidak layak kerana mereka bukannya daripada golongan B40 memerlukan masa yang panjang untuk dilaksanakan.

Atas keprihatinan YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, pembayaran BSH 2019 dijangka akan memanfaatkan sehingga 4.1 Juta isi rumah melalui pembayaran fasa pertama sebanyak RM300 bagi setiap isi rumah. Ini akan melibatkan peruntukan berjumlah RM1.2 Bilion. Bayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank mereka.

Setelah pangkalan data dikemaskini, baki bayaran BSH yang akan disalurkan pada fasa kedua dan ketiga akan menggunakan kaedah baru seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019. Proses kemas kini data perlu dilaksanakan untuk pembayaran BSH 2019 fasa kedua dan ketiga selaras dengan penambahbaikan Program BSH secara lebih bersasar dan bergantung kepada saiz isi rumah. Kriteria pembayaran dan kaedah baru akan diumumkan dalam jangka masa yang terdekat.

Rujuk link di SINI


This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Follow Me On Instagram