Resepi Kek Chiffon Gebu Lembut Dengan Gabungan Halwa Roselle Yang Masam Manis


Resepi Kek Chiffon Gebu Lembut Dengan Gabungan Halwa Roselle Yang Masam Manis|| Salam semua, tengok balik entri resepi yang post dah lama - lama, terutamanya resepi kek chiffon, walaupun ada 24 entri, adui banyak tak tu hii,  ada resepi yang bercampur resepi dalam bahasa inggeris, sebab dulu suka main copy paste dari laman web baker yang entri dalam bahasa inggeris, sekarang sedang gigih nak edit balik taip dalam bahasa melayu, rupanya banyak entri yang resepi nya dalam bahasa inggeris :D.

Tengok ke view untuk setiap entri kek chiffon ada yang naik ada yang sampai sekarang pun dalam 200 lebih views jerr hii, dah la taip pun pendek. huu. Kebanyakan entri yang resepi pergi letak dalam bahasa inggeris, tengok entri lama nampak sangat malasnya copy dalam bahasa inggeris hii. Ketawa sorang -sorang bila baca balik :D.
Resepi Kek Chiffon Gebu Lembut Dengan Gabungan Halwa Roselle Yang Masam Manis
Kek chiffon roselle

Dulu, suka sangat buat kek chiffon ni, sebab favorite, tekstur lembut macam kapas dan tak payah fikir pasal nak guna mentega ke tak, kek chiffon tak perlukan mentega hanya guna minyak sahaja, pastikan minyak sayur lah ya. Dan suka juga bereksperimen pergi letak macam- macam dalam adunan kek chiffon, tak semestinya nampak kosong sahaja kek chiffon, kalau pandai kreatif memang macam- macam boleh jadi kek chiffon.

Sekarang macam dah pencen buat kek :D, memang lama dah tak buat kek chiffon ni, tahun ini tak buat langsung rasanya, tahun lepas pun tak hii. Menggamit kenangan kalau baca balik entri lama- lama entri kek chiffon ni. hii

Kek chiffon kali ini letak halwa roselle, saja nak bagi kelainan. Rasa nya macam kalau tergigit halwa roselle tu ada rasa masam manis. Memang sedap la. Tekstur kek pun lembut.

Kalau korang nak cuba resepi kek chiffon gebu lembut dengan gabunga halwa roselle yang masam manis. Jom cuba. :)

Resepi Kek Chiffon Gebu Lembut Dengan Gabungan Halwa Roselle Yang Masam Manis

Resepi Kek Chiffon Gebu Lembut Dengan Gabungan Halwa Roselle Yang Masam Manis

Bahan-Bahan

(A)
70g susu cair

4 biji kuning telur

70gm minyak jagung

20gm gula halus

(C)

100gm tepung gandum*

1/2 sudu teh baking powder*

bahan bertanda * ini diayak terlebih dahulu 

(D)

4 biji putih telur

100gm gula halus

1/8 sudu teh cream of tartar

* halwa roselle kena cincang halus terlebih dahulu dalam 2 sudu besar


Cara - cara

1. Kacau bahan A sehingga bercampur, kemudian masukkan bahan yang telah diayak, kacau perlahan dan sehingga bergaul rata, ketepikan sekejap

2. Putar putih telur sehingga berbuih lembut dan kemudian masukkan gula sedikit, putar lagi dan kemudian naikkan speed mixer sambil masukkan cream of tarta. Masukkan gula sedikit demi sedikit, putar sampai putih telur dalam keadaan "stiff peak". Nak uji, terbalikkan mangkuk, adunan putih telur tak jatuh.

3. Kemudian, kaup adunan putih telur sedikit, masukkan ke dalam adunan yang telah digaul sebentar tadi. Kaup balik perlahan secara berselang - seli, ulang langkah tersebut sehingga kesemua adunan digaul rata. Akhir sekali masukkan halwa roselle dan kaup balik sekejap.

4. Tuangkan adunan ke dalam loyang chiffon, ratakan dan hentakkan bagi mengeluarkan buih- buih udara.

5. Panaskan oven terlebih dahulu, dan bakar dalam suhu 150 C dalam 40 minit ikut suhu oven masing- masing ya

6. Kena pastikan masak ya cucuk kek dengan lidi, kalau tak melekat tanda dah masak. Keluarkan dari oven terus terbalikkan acuan, kalau tak buat macam tu nanti kek jatuh.

7. Sejukkan sampai suam - suam sikit, boleh kikis dengan pisau sekeliling acuan kek.

9. Siap untuk dihidangkan

Sekadar imbasan langkah demi langkah untuk kek chiffon roselle 

7 Comments

  1. fuh, cantiknya chiffon tu..wana memang kagum sebab wani buat kek ni selalu nampak cantik dan gebu..

    ReplyDelete
  2. Nampak gebu chiffon kek ni...

    ReplyDelete
  3. huhuuh..x der oven tak leh nk try

    ReplyDelete
  4. Wah menarik ni.. Tak pernah lagi saya buat kek chiffon..

    ReplyDelete
  5. Sedapnya kek! Rajin akak share resepi. Mekaseh mana taw nnt leh try hehe.

    ReplyDelete
  6. Sedapnya kek chiffon lama dah tak buat kek sejal mixer rosak hahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post