22 Januari 2019

author photo
Cara Mudah Dan Cepat Nak Masak Sambal Sardin Guna Ikan Sardin Adabi, Sedap Berbaloi||
Salam semua, lama rasanya tak makan ikan sardin dalam tin, sejak isu ada cacing dalam ikan sardin dalam tin, agak lama juga berhenti makan. Jenama ikan sardin dalam tin dah berlambak - lambak di pasaran kan, sampai kita pun naik keliru.

Akhirnya tewas sebab dah lama tak makan ikan sardin. hii Dan pilihan terakhir sekarang adalah ikan sardin Adabi.

Cara Mudah Dan Cepat Nak Masak Sambal Sardin Guna Ikan Sardin Adabi, Sedap Berbaloi

Nak cari yang halal toyyiban tu bukan senang, Adabi memang dah jenama yang sejak dulu - dulu lagi, memang pilihan mak - mak kita juga ni. Sampai lah sekarang. Walaupun agak mahal sikit, tapi agak berbaloi lah sebab apa, ikan sardin Adabi memang sedap lah bau tumisannya tu, buka sahaja penutup kat atas, semerbak bau, ia tak macam dengan ikan sardin lain.

Sekarang produk Adabi dah banyak, macam - macam ada dah.

Resepi mudah dan cepat cara kita, ada nak tahu tak, walaupun ramai yang pandai masak ni, dah nama ikan sardin kan yang dah siap, cuma kita perlu tumis dan add on bahan lain untuk lagi sedap. Tapi tak tahulah takut korang pun ada lagi add on bahan lebih sedap.

Kalau makan ikan sardin tak ada lauk lain pun tak apa, bukan setakat makan dengan nasi, cicah dengan roti ke, lempeng ke memang menyelerakan. Jomlah siapa nak cuba tu versi kita hii, yang mudah cepat dan senang tapi ambil masa sikit sebab nak empukkan ubi kentang tu. Kalau tak dalam 10 minit dah siap.

Yang mana nak goreng dengan minyak pun boleh, nak goreng dalam air fryer pun boleh, macam seakan sama jerr bau hangus - hangus macam tu, cuma yang air fryer tak ada minyak.

Jemput tonton di my youtube channel dan jemput subscribe juga. terima kasih.

Cara Mudah Dan Cepat Nak Masak Sambal Sardin Guna Ikan Sardin Adabi, Sedap Berbaloi

Bahan - Bahan
1 tin sardin Adabi
3 ulas bawang putih
2 tangkai daun kari
3 tangkai lada burung hijau dan merah
2 biji ubi kentang kupas kulit dan belah 4
1/2 labu bawang kuning dipotong baji
1 sudu besar cili giling
Air secukupnya
Garam secukupnya

Cara - Cara
1. Pertama sekali, ikan sardin diasingkan dari sos dan goreng terlebih dahulu, kalau ada air fryer, lagi selamat tak ada letup - letup. Cara nak goreng dalam air fryer, boleh tonton video di bawah ya
2. Bawang putih dan lada burung diketuk
3.Panaskan minyak, dan tumis daun kari sehingga wangi, masukkan  lada burung dan bawang putih yang diketuk. Tumis sampai naik bau
4. Masukkan cili giling, tumis lagi hingga naik bau
5. Masukkan lebihan sos sardin adabi, air secukupnya dan ubi kentang
6. Tutup dan biarkan sehingga ubi empuk
7. Bila ubi kentang dah empuk, masukkan ikan sardin dan kacau rata
8. Masukkan bawang besar, sampai layu sikit, masukkan garam secukup rasa
9. Siap untuk dihidangkan



This post have 6 komentar

avatar
aRzMoHa delete 22 Januari 2019 11:54 PG

Bagus ada tutorial ni boleh belajar masak nanti

Reply
avatar
Zuhaira Nasrin delete 22 Januari 2019 12:00 PTG

sardin ni, kalau tak makan memang teringin sangat sangat! sedap hehe

Reply
avatar
Carly Fifie delete 22 Januari 2019 7:40 PTG

Thank you for sharing. Biasa paling simple masak sardin, just letak bawang, sardin dan tumix. Masakan malas tp sekurangnya ada rasa yg berbeza

http://www.imaginasiklasik.com

Reply
avatar
Azhafizah MN delete 24 Januari 2019 1:03 PG

Sedapnya. lama tak makan sardin. biasa tumis simple je sebab nak cepat masak. tapi wajib pedas!

Reply
avatar
adianiez AIDA delete 25 Januari 2019 12:13 PTG

sambal sardin kat umah aida ni sgt la kerap.
rasa2 bosan berlauk lain, surely anak2 request sambal sardin :)

Reply
avatar
Shahida Dzulkafli delete 30 Januari 2019 12:50 PTG

Sedap sardin Adabi nie.. Sha kalau buat sambal sardin ini mesti buat lebih.. sebab boleh makan dengan nasi, makan dengan roti dan buat nasi goreng..

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Follow Me On Instagram