13 January 2019

author photo
Cara Rebus Laksa Noxxa 6 Minit, Tak Payah Rendam Hasilnya Laksa Lembut Sangat || Salam semua, siapa hantu laksa ni, nak dapatkan laksa fresh sekarang bukan mudah, sekarang ni dah banyak yang dijual keringkan, just hanya buka bungkusan rendam sekejap bagi lembut sebelum direbus. Sekarang dah ada cara yang mudah, hanya rebus dalam periuk noxxa cepat dan senang. Periuk tekanan lain pun ok jugak, Sekarang dah murah harga pressure cooker. Tak macam dulu.

Cara Rebus Laksa Noxxa 6 Minit, Tak Payah Rendam Hasilnya Laksa Lembut Sangat

Jenama laksa kering ni banyak, yang biasa guna laksa cap kampung ni sebab laksa nya halus tak besar senang nak makan :). Kena tengok juga kalau laksa yang jenis besar rasa kena lama sikit high pressure nya. Jadi yang ini guna laksa cap kampung. High pressure nya cukup 6 minit dah cukup lembut.

Nak tengok hasilnya, jemput tonton di my youtube channel ya.


Cara Rebus Laksa Noxxa 6 Minit, Tak Payah Rendam Hasilnya Laksa Lembut Sangat
 
Bahan - Bahan
1 bungkus Laksa Cap Kampung

Cara - Cara
1. Bilas sekejap laksa kering dengan air biasa kemudian letakkan dalam periuk noxxa
2.Masukkan air sehingga paras laksa
3. Tutup dan putar tombol ke pressure, tekan high pressure selama 6 minit dan kemudian tekan on
4. Selepas bunyi beep tekan off dan putar tombol ke steam untuk lepaskan wap
5. Sejatkan dalam penapis dan bilas dengan air sejuk untuk hilangkan kanji

1 komentar:

avatar
Cik Tie delete January 19, 2019 at 10:10 PM

Oo..kalau kita bab² masuk dalam periuk yang tak rajin

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Follow Me On Instagram