17 February 2019

author photo
Cara Mudah Buat Sos Blackpepper Sendiri Di Rumah Dan Jimat Bajet || Salam semua, sejak dah biasa dengan sos blackpepper homemade tapi jimat bajet, memang yang inilah selalu buat. Apabila tekak teringin nak makan mashed potato wajib ada sos blackpepper.

Resepi sos blackpepper ini jimat bajet sebab tak letak benda mahal sangat, walaupun banyak sangat resepi sos blackpepper ada letak whipping cream la ada letak serbuk mushroom la. Ikut tekak masing- masing nak rasa lagi mewah dan sedap boleh tambah. Okay ! :)

Untuk Sos blackpepper yang ini pun boleh lah korang nak makan dengan chicken chop pun okay juga.  Kiranya 2 in 1 macam tu. Kalau sos dah sejuk memang agak pekat sikit sosnya, nanti panaskan balik dengan api slow,sos akan jadi cair balik, tapi jangan panaskan lama - lama pulak.

Jomlah cuba resepi sos blackpepper jimat bajet tak guna barang mahal hii. Homemade lagi. Tapi boleh dah masuk tekak sesedap rasa. :). Entri pendek ya hari ini. Gambar pun tak ada sebab kusyuk shoot video. Nanti korang jemput tonton video ya.


Cara Mudah Buat Sos Blackpepper Sendiri Di Rumah Dan Jimat Bajet

BAHAN - BAHAN
800 ml air
3 sudu besar tepung gandum ( guna sudu biasa tapi jangan bumbung sangat )
1/2 biji bawang besar sederhana dipotong dadu
3 sudu besar mentega
1/2 sudu teh lada hitam kasar ( kalau rasa nak tambah pun boleh )
1 kiub  pati ayam ( tak guna banyak takut termasin kalau nak tambah ikut citarasa anda )
5 sudu besar sos lada hitam atau nak tambah lagi pun boleh
2 sudu besar sos tiram secukupnya
Kicap pekat ABC sekadar nak bagi warna pada kuah
Garam secukup rasa

CARA - CARA
1. Mentega dicairkan dalam periuk, nampak dah cair terus masukkan bawang,
2. Kacau biar bawang dan mentega mesra dan wangi, bawang tu sekadar layu dan mesra, boleh masukkan tepung sikit demi sikit sambil kacau.
3. Kacau sampai nampak nak keperangan, terus masukkan air sikit - sikit ya sambil kacau ( sekiranya tepung berketul - ketul jangan risau kacau sampai sebati )
4. Masukkan lada hitam kasar, serbuk pati ayam,sos lada hitam dan kicap pekat ABC daj juga sos tiram
5. Kacau selalu sampai ketulan tepung dah tak ada.
6. Kacau sehingga sos nampak  pekat dan mendidih sikit. Kalau rasa tak masin boleh tambahkan garam
6. Tutup api dan boleh dihidangkan dengan kentang putar

NOTA : kuah ni agak pekat sikit sebab suka pekat dan tak suka kalau curah atas mashed potatoes tapi tak lekat, jadi kalau rasa kuah ni nampak pekat sangat, boleh la tambahkan air semasa dalam periuk tadi, dan tambah la bahan - bahan perasa balik ikut citarasa anda

This post have 2 komentar

avatar
Cik Matahariku delete February 17, 2019 at 10:50 PM

nampak mudah dan ringkas je resepinya, inshaAllah nak cuba nanti buat sendiri di rumah, thanks resepinya sis:)

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Follow Me On Instagram