Hempedal Goreng Bawang Air Fryer Yang Ringkas Dan Sedap

Hempedal Goreng Bawang Air Fryer Yang Ringkas Dan Sedap ||
Salam semua, siapa suka makan hempedal ayam, mesti ramai peminat ni kan. Biasa kalau beli kat kedai yang dah siap packed penuh dengan hempedal ayam saja. Kat rumah tak usah cakap memang peminat hardcore punya bab hempedal ayam. :D

Hempedal Goreng Bawang Air Fryer Yang Ringkas Dan Sedap,

Biasa masak hempedal ayam goreng kunyit bawang mudah jerr. Kalau dulu goreng - goreng dalam minyak. Sekarang mudah jerr, masuk dalam air fryer sedap macam goreng dalam minyak jugak. Garing dan rangup.

Dulu, akui first time nak goreng hempedal ayam dalam air fryer ni, tak boleh nak telan hii. Ya lah kan dah biasa dengan minyak, tiba - tiba nak bertukar kepada guna air fryer ni macam susah pulak. Itu kali pertama lah. Bila lama- lama dah biasa asyik goreng dalam air fryer lama - lama tekak boleh terima.

Korang yang baru - baru nak guna air fryer ni memang lah korang akan cakap macam- macam tak sedap macam goreng minyak lah, itu lah inilah kan. Tapi percayalah, lama - lama korang akan kurang membebel hii. Nak makan sihat kan, kena berkorban apa sahaja. :D

Tips nak dapatkan hempedal goreng rangup senang sahaja, tambah lah masa lagi ya. Biasa goreng dalam ni, kena lebihkan sikit dalam 30 minit. Lebih - lebih lagi kalau basket air fryer tu penuh sangat dengan hempedal ayam. Tapi tengok kepada keadaan juga.

Hati ayam pun goreng dalam ni tak ada dah isilah letup - letup. Bunyi letup dalam tu ada lah. Nanti Yang itu nak kongsikan juga nanti ya. :)

Cubalah resepi mudah sahaja ni, kalau macam tak tahu nak masak apa, otak dah stuck, yang ini lah selalu buat :D. tapi laku keras licin. Versi goreng kunyit ni macam - macam tapi yang ini paling simple lah. Bawang kena goreng sekejap guna kuali lain hii..tak apa letak minyak sikit jerr. Okehh Selamat mencuba :)


Hempedal Goreng Bawang Air Fryer Yang Ringkas Dan Sedap

Bahan - Bahan
Hempedal ayam digaul garam kunyit
1 labu bawang kuning dipotong baji
2 biji lada hijau besar dihiris serong

Cara - Cara
1. Masukkan hempedal ayam ke dalam basket air fryer.
2. Kemudian pusing tombol suhu ke 180 C dan masa dalam 30 minit.
3. Separuh masa pertama balikkan dan goreng sampai garing. Kalau nak garing lagi sila tambah. masa. Boleh check dari semasa ke semasa nak balikkan ya.
4. Dah garing angkat dan ketepikan.
5. Dalam kuali lain, panaskan minyak sedikit dan  goreng bawang kuning dan lada besar hingga layu.
6. Masukkan dalam hempedal ayam yang dah digoreng dan gaul rata.
7. Siap untuk dihidangkan.

4 Comments

  1. Tak sangka hempedal boleh goreng guna air fryer..
    Sangat mudah dan yang penting masih mengekalkan rasa asal..
    Thank you for sharing Wani :)

    ReplyDelete
  2. dahsyatt ko wani minat pedal ni ekk...kita tak reti ler makan yang ni...tapi kalo ada, kita bersihkan dan masakkan aje untuk housemate yang suka makan...

    ReplyDelete
  3. bagus pakai fryer ni...x berminyak...
    selalu goreng pakai minyak..

    ReplyDelete
  4. Peminat hempedal jugakk 🙋🏻‍♀️ dapnyaaa! Hehehe. Kalau hati ayam kurengg ckit

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post