15 February 2019

author photo
Resepi Kuih Bingka Pandan Yang Sedap Dan Tips Nak Bagi Garing Kulit Luar || Salam semua, lama juga tak berkongsi kuih - kuih lama, tak berapa minat nak buat hii. tapi tak semua lah. Nak kata penggemar tegar kuih lama tak juga. Kalau ada pun tak banyak. Di antara kuih yang minat kuih bingka pandan. Yang ini lah selalu ulang buat, kuih bingka lain tak berapa masuk tekak. Korang pun mesti ada yang minat dan tak minat kan.

Resepi Kuih Bingka Pandan Yang Sedap Dan Tips Nak Bagi Garing Kulit Luar

Rasa macam lama dah tak buat kot bertahun lol. Adui entahlah, bab mood kuih lama ni macam tak ada semangat sikit. hii. Tapi ingat buat yang homemade ekstrak pandan, itu yang terlintas nak buat kuih bingka ni.

Senang sangat semua masuk blender kemudian blend sampai halus. Tekstur kuih bingka ni tak keras memang lembut sedap lah kalau gigi orang tua makan hii.

Tips Nak Bagi Garing Bahagian Kulit Luar

Kuih bingka ni ada yang suka garing bahagian kulit luar nak bagi sedap, Ada macam kerak hangit - hangit sikit pun tak apa, ada setengah orang suka. Kalau yang suka kerak - kerak luar tu kena bakar lagi lama walaupun kuih dah masak. Bakar dengan api bawah saja kemudian api atas pulak.

Kalau bakar dalam loyang besar macam ni, tapi kalau nak comel - comel boleh bakar dalam acuan muffin tu, cepat sikit kalau macam nak garing - garing sikit bahagian luar. Ini kes tak ingat lepas tuang dalam loyang baru terlintas kenapa tak letak dalam acuan muffin, baru kuih tu nampak comel - comel sikit. Jangan risau tak hangit pun, cuma yang nampak garing bahagian luar tu.

Korang yang nak comel - comel bakar lah dalam acuan muffin ya.

Seperti biasa resepi mudah ambil dekat blog cik mat gebu, memang senang dan sedap resepinya. Silalah cuba. boleh jemput tonton di my youtube channel :)

Resepi Kuih Bingka Pandan Yang Sedap Dan Tips Nak Bagi Garing Kulit Luar
Sumber : sini

BAHAN-BAHAN
2 cawan tepung gandum, diayak
1 cawan gula halus
3 biji telur gred A
600 ml santan ( guna 200ml santan kotak + 400ml air)
250 ml jus pandan (5 helai daun pandan, potong kecil dan kisar dengan 250ml air, tapis)
2 camca besar mentega, cair dan sejukkan ( ganti dengan minyak jagung )
1/2 camca teh garam
1/4 camca teh pewarna hijau makanan
Bijan secukupnya untuk hiasan

CARA - CARA
1. Panaskan oven pada suhu 200C, sapu tin kek berukuran 8inci x 8inci x 2 1/2inci dengan
mentega, alas dengan aluminium foil, biar berlebih dibahagian kanan dan kiri tin, tujuan untuk
memudahkan  kueh diangkat keluar. Lenser dengan mentega. Ketepikan.
2. Dalam satu bekas, pukul telur dan gula dengan whisk hingga hancur, masukkan santan dan jus
pandan, kacau rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit dan kacau hingga licin. Tambah garam,
pewarna hijau makanan dan mentega cair. Kacau rata2 dan tapis. Ketepikan
3. Panas kan acuan dalam oven selama 10 minit, kemudian keluarkan dan tuang
bancuhan kuih bakar (kacau dulu sebelum dituang). Bakar 10 minit, keluarkan dan tabur bijan rata2. Sambung bakar lagi 40 - 50 minit atau hingga masak (bila cucuk dengan lidi sate, keluar bersih) dan
permukaannya perang (cm tukar oven pada fungsi grill dan bakar 5-6 minit lagi hingga permukaan kuih sedikit berkerak).
4. Sejukkan kueh sekejap longgar2kan dari tin, gunakan spatula dan keluarkan, biar sejuk sepenuhnya sebelum dipotong.

Nota: buat untuk satu adunan
- bakar dalam 10 minit sekejap, kemudian keluarkan letak bijan and then continue bakar dalam  45 minit, lepas masak sambung guna api bawah saja 30 minit masih suhu 150  kemudian api atas dalam 10 minit suhu 130
- telur 2 biji guna gred A
- mentega cair ganti dengan minyak jagung


This post have 2 komentar

avatar
Sis Lin delete February 15, 2019 at 9:50 PM

Uiii lama tak buat ni..nanti nak trylah..
Makaseh Wani ...

Reply
avatar
Sunah Sakura delete February 16, 2019 at 5:31 PM

tak pernah buat ni...selalu makan aje bingka yang mak buat :p
tapi kalo teringi sangat nanti kena belajar buat sendiri jugak..mak da jauhhhh~

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Follow Me On Instagram