03 March 2019

author photo
Resepi Kerabu Kelantan Asli || Kerabu Jantung Pisang Yang Mudah Dan Sedap || Salam semua, hari ini, kita nak share resepi Kerabu Kelantan Asli, Kalau siapa yang tak tahu, kerabu Kelantan memang masukkan santan. Memang wajib lah kalau tak nak letak tak apa juga tapi atas kerabu jugak lah guna bahan apa.

Resepi Kerabu Kelantan Asli || Kerabu Jantung Pisang Yang Mudah Dan Sedap

Kalau macam guna jantung pisang memang pelik kalau tak letak santan, kita nak rasa lemak- lemak sekali dalam kerabu. Kalau kerabu buah mangga tu, boleh juga tak nak masukkan santan. Biasa, dah puas dengan santan memang tak letak dah santan dalam kerabu mangga hii. Nak elak diet tak payah letak tapi confirm sedap.

Eh, ini bukan nak bercakap pasal kerabu mangga, tapi nak bercakap pasal kerabu jantung pisang :D, siap peminat kat sini ada ke peminat kerabu jantung pisang. hii

Oklah berbalik kepada jantung pisang, sebenarnya bukan kepakaran diri sendiri pun nak tahu jantung pisang apa yang sesuai nak buat kerabu, tak semua jantung pisang boleh dimakan. Yang tak boleh dimakan tu jenis jantung pisang yang pahit.

Jadi, nak lebih selamat kita tanya bonda kita :D sebab dia saja lah yang pakar sikit bab jantung pisang :D, jantung pisang apa yang sesuai nak buat kerabu. Di antara jantung pisang yang sesuai adalah :

1. Jantung pisang Awak
2. Jantung Pisang Berangan
3. Jantung Pisang Kebatu
4. Jantung Pisang Gala

Nama jantung pisang tu dalam bahasa baku tak tahu pulak panggil apa, maaf ya hii. Kot sama ke mana tahu kan. Pernah dengar ke semua tu.

Yang mana kali pertama nak buat kerabu jantung pisang,diminta wajib ada periuk terpakai yang khas nak rebus jantung pisang sebab jantung pisang keluar getah. Nanti korang tonton lah video di bawah, periuk hitam disebabkan getah jantung pisang. Guna lah periuk nasi yang dah tak guna lagi ke dan simpan khusus nak celur jantung pisang.

Kalau guna periuk baru, nanti habis lah getah melekat di periuk. Siap warning awal - awal ya :D. Jantung pisang baru pertama kali hiris dah keluar getah, jadi kena hati - hati lah ya. jangan terkena tangan sangat. Lagi satu lapik untuk hiris guna kertas surat khabar. Ingat senang ke nak buat kerabu.

Resepi Kerabu Kelantan Asli || Kerabu Jantung Pisang Yang Mudah Dan Sedap

Resepi kerabu ini tak terhad untuk jantung pisang saja. Nak guna pucuk paku ke, buah mangga ke, pucuk ubi ke, buah beko atau nama lain bonglai pun boleh. Tapi buah beko tu lain sikit penyediaannya sebab kena bakar :). Bahan - bahan sama cuma watak utama tu bertukar la hii.

Tak apalah cuba lah yang mudah - mudah dulu. Istimewanya kerabu Kelantan, kalau nak lagi kick tambah lah budu dan gaul rata. Wani biasanya gaul asing sebab abah dah kurang sikit dengan budu sekarang ni, kena pantang dia bab masin.

Jemputlah tonton video di bawah, nasib baik lah dapat  bekerjasama baik dengan bonda kita :D. Jantung pisang kalau kat pasar kadang- kadang murah, kadang- kadang mahal kecik jerr. Nak beli pun kena pilih - pilih.

Selamat mencuba !



Resepi Kerabu Kelantan Asli || Kerabu Jantung Pisang Yang Mudah Dan Sedap

Bahan - bahan
1 biji jantung pisang awak yang besar
1 1/2 cawan santan
2 ekor ikan bakar
4 ulas bawang merah
1/2 sudu teh
2 tangkai lada burung hiris
Jus limau nipis
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
5 sudu besar bumbung  kelapa goreng ditumbuk untuk dijadikan kerisik

Cara - cara
1. Jantung pisang dibuang kelopak luar beberapa helai dan hiris bulat. Hati - hati dengan getah jantung pisang. Nak buat alas lapik hiris dengan kertas surat khabar
2. Masukkan ke dalam periuk berisi air dan celur hingga lembut
3. Sejatkan sehingga sejuk dan perah buang air. Ketepikan sekejap
4. Tumbuk bawang merah, lada hitam dan juga isi ikan bakar hingga lumat
5. Kerisik ditumbuk juga
6. Satukan bahan tumbuk dan juga kerisik, masukkan gula dan garam secukup rasa. Gaul rata
7. Dalam mangkuk besar, satukan jantung pisang yang dah diperah dan juga bahan yang dah digaul rata
8. Gaul rata kemudian masukkan santan, kalau tak nak bagi nampak berair kerabu kurangkan santan
9. Masukkan lada burung dan perah jus limau nipis. Perasakan dengan gula dan garam sekiranya tak cukup rasa
10. Siap untuk dihidangkan



This post have 2 komentar

avatar
Abe nick delete March 3, 2019 at 2:17 PM

ermmm saya ingat nasi kerabu

Reply
avatar
Sunah Sakura delete March 5, 2019 at 8:30 PM

complicated jugakk tu nak buatnya...alaaa, malas la nak buat, nak mintak aje kat wani, boleh? hahahah

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Follow Me On Instagram