15 April 2019

author photo
Resepi Kerabu Kelantan Asli || Kerabu Pauh Yang Cukup Lemak, Masam, Masin Dan Pedas ||
Salam semua,tak lama dah ni nak masuk bulan ramadan, perasan pageview blog makin lama makin tinggi sekejap. Alhamdulillah. :)

Resepi Kerabu Kelantan Asli || Kerabu Pauh Yang Cukup Lemak, Masam, Masin Dan Pedas

Salah satu faktor nya nak masuk puasa dah ni, mungkin ramai dah mula mencari resepi - resepi online.

Maklumlah kan semuanya hujung jari. Korang macam mana ke dah start rancang menu - menu nak berbuka puasa nanti. Ada ke yang buat planning macam tu ya. Faham, sebulan puasa ni rasanya buntu jugak nak masak apa kan.

Kali ini nak share resepi kerabu Kelantan. Kerabu Kelantan, kalau bulan puasa memang tak pandang menu lain, menu wajib atas meja. Tiap - tiap hari pun tak apa, asalkan watak utama tu bertukar la. hii.

Walaupun kat pasar ramadan, ada yang jual macam mahal sangat. Kadang - kadang beli pun,  nak makan waktu berbuka tu pun dah basi.

Sebab itu lebih baik buat sendiri. Sekarang ini tengah musim mangga ataupun pauh kalau kat sini panggil. Apa lagi, menu kerabu jawabnya. Ada ni sedap dah makan dengan nasi putih panas.

Resepi Kerabu Kelantan Asli || Kerabu Pauh Yang Cukup Lemak, Masam, Masin Dan Pedas

Kerabu pauh, kadang - kadang ada 2 versi juga buat, kalau tak nak masuk santan pun ada pernah buat. Tapi kerabu nampak kering la sikit. Nak masuk santan lagi la rasa lemak - lemak santan. 

Kalau boleh gunalah santan segar yang diperah. Kalau guna santan pekat segar pun boleh. Tak nak rasa pekat sangat bancuh dengan air sikit. 

Style kita buat kat sini, santan terlebih banyak macam jadi kuah tak sedap juga, letak berpada - pada. Lagipun nak kurangkan penggunaan santan kan.

Jemput cuba buat, kerabu pauh yang cukup lemak, masam, masin dan pedas. Siapa - siapa yang boleh follow menu kerabu macam ni. Nak lagi guna pauh lemak lagi sedap. Kadang - kadang ada juga terguna mangga yang masam. 

Disebabkan sebelum ni pun dah ada post kerabu pauh di blog, cuma yang dalam video ni guna 4 biji mangga. Jemput tonton dan jemput subscribe di my youtube channel. Terima kasih.


Resepi Kerabu Kelantan Asli  || Kerabu Pauh Yang Cukup Lemak, Masam, Masin Dan Pedas 

BAHAN-BAHAN
3 biji pauh lemak atau mangga sederhana besar
5 ulas bawang merah 
1 sudu teh lada hitam 
3 sudu besar kerisik 
garam secukup rasa 
gula secukup rasa 
2 tangkai lada burung dipotong serong 
3/4 cawan santan  yang diperah segar
3 ekor ikan kembung dibakar diambil isinya

CARA-CARA
1. Pauh atau mangga dibuang kulit dan diparut.ketepikan ( boleh guna mangga jenis lain ).
2. Bawang merah dan lada hitam ditumbuk halus.
3. Masukkan isi ikan yang dibuang tulang ke dalam bahan tumbuk dan tumbuk lagi hingga lumat. 
4. Dalam satu bekas, gaul bersama bahan tumbuk dan kerisik. masukkan mangga yang diparut dan gaul hingga sebati.
5. Kemudian masukkan santan dan perasakan dengan gula dan garam secukup rasa.tabur lada burung yang dah dipotong.siap untuk dihidangkan.

NOTA: 
1. Untuk rasa lebih sedap, perah jus limau nipis sekiranya mangga tak masam. Kalau dah terkena mangga masam tak payah perah jus limau nipis.
2. Untuk kerabu yang lebih kering, kurangkan penggunaan santan..kalau boleh guna santan fresh yang diperah.

This post have 3 komentar

avatar
Fuzy Hamid delete April 15, 2019 at 5:09 PM

terliur tengok kerabu pauh ni..mmg favorite akak ni

Reply
avatar
mamapp delete April 15, 2019 at 5:59 PM

sedapnya semua rasa ada..

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Follow Me On Instagram