06 Mei 2019

author photo
Menu Sahur Ringkas Resepi Udang Goreng Nestum Yang Sedap Cukup Masin, Manis, Lemak Dan Pedas || Salam semua, alhamdulillah selamat berpuasa semua untuk tahun 1440 Hijrah ini. Dah sahur apa tadi hii, kita goreng telur mata kerbau makan dengan nasi, berkuah kicap, yang simple - simple dulu, tak boleh lagi nak fikir menu yang sedap - sedap. Sebab sahur ni , tak berapa nak lalu makan jugak ni huu.

Menu Sahur Ringkas Resepi Udang Goreng Nestum Yang Sedap Cukup Masin, Manis, Lemak Dan Pedas

Sebelum tu, kita nak ucap terima kasih buat yang sudi singgah blog. Semalam pageviews mencanak naik dalam 7K lebih. Terkejut kita. Ramai ni yang cari resepi. Musim orang cari resepi. Rezeki bulan puasa memang macam tu blog kita tiap -tiap tahun, kalau hari - hari syok jugak. :D

Kita pun nak share resepi ini, rasanya boleh buat lauk sahur sebab nak masaknya tu simple la jugak. Ini gambar dah lama ni time sebelum puasa lagi buat. Udang besar sangat fresh dari laut. Akhirnya jadi menu udang goreng nestum.

Banyak - banyak resepi, resepi yang ini berkenan jugak sebab tak letak bawang putih, lagipun dah banyak kali dah guna resepi ni. Nestumnya yang rangup dan nampak berderai tu kita suka, memang a keeper lah resepi ni. Seingat dulu, first time buat, nestum tak nampak cantik macam ni ia jadi melekit.

Terfikir la kenapa jadi macam melekit nestum nya, selepas jumpa resepi ni baru tahu ada bahan rahsia nak jadi nestum tu berderai dan rangup jerr. Rupanya ada susu tepung, itu lah bahan rahsianya ya. :D.

Menu Sahur Ringkas Resepi Udang Goreng Nestum Yang Sedap Cukup Masin, Manis, Lemak Dan Pedas

Kalau udang goreng macam ni, bagi kita sedap ratah hii tapi makan dengan nasi pun sedap jugak. Buat siapa yang tak ada idea menu sahur untuk hari - hari seterusnya, boleh lah plan masak udang goreng nestum.

Rasa pun dah cukup masin, manis, lemak dari susu dan pedas. Nestum pun rangup jerr. Memang memikat selera kalau nak buat untuk menu sahur.

Kalau boleh guna udang besar isi pun banyak sikit nak gigit, tapi nak guna udang sederhana boleh jerr. Selamat mencuba. Kalau nak tonton video kat bawah dulu silakan. Jemput subscribe ya.. Terima kasih. :)


Menu Sahur Ringkas Resepi Udang Goreng Nestum Yang Sedap Cukup Masin, Manis, Lemak Dan Pedas

Bahan - Bahan

10 - 12 ekor udang saiz XXL ( guna udang saiz besar )
1/2 dari 1 biji telur yang telah dipukul
Garam
Serbuk lada putih
3 sudu besar tepung jagung
2 tangkai daun kari
2 tangkai lada burung merah dihiris serong
1 cawan nestum
3 sudu besar susu tepung
1/2 sudu teh gula halus
3 sudu besar butter

Cara - cara

1. Mula - mula sekali,siang udang buang segala najis belah butterfly, nanti goreng cantik. Kemudian basuh dan sejatkan.
2. Kemudian dalam satu mangkuk, masukkan tepung jagung, garam secukup rasa, serbuk lada putih. Masukkan udang tuang kan telur yang telah dipukul, gaul rata dan perap sekejap.
3. dalam mangkuk lain, satukan nestum, susu tepung dan juga gula halus. Kacau rata ketepikan sekejap.
4. Goreng deep fry udang sampai garing sebab suka garing.
5. Dalam kuali lain, masukkan butter, setelah butter cair masukkan daun kari dan juga lada burung.
6. Dengan api kecil, kacau sampai daun kari naik bau dan nampak crispy.
7. Masukkan campuran nestum dan terus kacau sampai nampak keemasan dan rangup.
8. Kemudian, baru masukkan udang dan gaul rata.
9. Siap dan boleh hidangkan terus.

Baca Sini >>> Resepi 30 Hari Menu Berbuka Puasa
Baca Sini >>> Ini 5 Resepi Menu Kerabu Kelantan Yang Mudah Dan Sedap Untuk Juadah Berbuka Puasa
Baca Sini >>> 10 Resepi Biskut Raya Yang Mudah Dan Sedap

This post have 6 komentar

avatar
ray delete 6 Mei 2019 12:12 PTG

ok ni first time dengar. this is so newwwwww. i wish i could try.

selamat berpuasa kak wani

Reply
avatar
Sis Lin delete 6 Mei 2019 1:10 PTG

Waaaa shedapnyaaa....hari pertama sahur memang kena meriah macam ni, baru semangat sikitkan ....
Selanat berpuasa Wani ..

Reply
avatar
Qomar Alhan delete 6 Mei 2019 1:59 PTG

Terliur tengokkkk. Tak pernah terpikir langsung idea undang goreng campur nestum ni hehe. Thankyou share resepi ni.

Saya follow sini!♡
[Jemput blogwalking blog saya] :)

Reply
avatar
Sunah Sakura delete 6 Mei 2019 7:04 PTG

menyelerakan sungguh menu sahur ni..hari2 wajib bangun sahur kalo camni..hahaha

Reply
avatar
Nadhie Wueen delete 8 Mei 2019 1:25 PTG

Tak reti buat. ritu try buat kelaut hasilnya. hmm nak try resepi kak wani lak

Reply
avatar
Lea Azleeya delete 21 Mei 2019 10:32 PTG

ooo hooohoiiiii sedapnye wehhh!!

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Follow Me On Instagram