21 May 2019

author photo
Resepi Tauhu Lembut Besoskan Udang Kering Yang Sedap Dan Mudah. Boleh Jadi Menu Diet || Salam semua, lama cuti ni kan selamat bercuti ya semua, ramai yang ambil kesempatan cuti -cuti ni nak berbuka dengan family di kampung. semalam buka peti ada stok tauhu lembut tak diusik lagi.

menu diet tauhu lembut bersoskan udang kering

Memang dah lama beli, tapi tak jadi satu hidangan pun. Tiba - tiba teringat yang dah buat sebelum puasa lagi ni.

Tak sempat nak update di blog. Kali ini buat sos dengan udang kering. Peminat udang kering wajib cuba. Memang sedap, dulu - dulu pun pernah buat makan saja lah sesuai untuk diet. :D. Resepi ni ambil kat yani's kitchen tapi tak letak la pulak sos cili. Lain sikit yang  cara kita kukus sekali dengan sos balik.

Siap masak tu kalau boleh terus makan, sedap makan panas - panas sambil tiup pun boleh. Tapi puasa - puasa ni tak boleh lah ya. Tunggu waktu berbuka. hii. Hari ini dah ke 16 puasa, Sekejapnya kan tik tok tik tok nak habis dah puasa sebulan.

menu diet tauhu lembut bersoskan udang kering

Abaikan rupa yang tak cantik, time tiba - tiba nak buat susah keluar dari kotak, macam ni lah, tak keluar cantik. Apapun rasa nya memang sedap. Tauhu masak macam ni suka sangat letak minyak bijan. Resepi senang jerr, ada kat bawah ya. Jemput tonton di my youtube channel juga. :)


Resepi Tauhu Lembut Bersoskan Udang Kering Yang Sedap Dan Mudah. Boleh Jadi Menu Diet
Sumber : Yani's Kitchen

Bahan - Bahan 

1 ketul tauhu lembut
3 sudu besar udang kering -direndam sekejap dan kemudian ditos
3 ulas bawang putih -dicincang
2 biji cili padi -dihiris
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap cair
3 sudu besar minyak masak/minyak bijan
Air

Cara - Cara

1. Kukus tauhu lembut selama 10 minit. Sementara itu, sediakan sos udang kering yer.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga kekuningan.
3. Masukkan pula udang kering dan tumis hingga naik bau. Masukkan pula cili padi.
4. Masukkan sedikit air. Kemudian masukkan sos tiram, sos cili, kicap manis dan kicap cair. Tambah air jika suka.
5. Laraskan rasa mengikut selera masing-masing dengan menambah mana-mana bahan cecair di atas.
6. Setelah mendidih, tutup api.
7. Keluarkan tauhu dari pengukus, tuang sos udang kering ke atas tauhu. Sedia dinikmati.

Baca sini >>> Resepi Sup Tauhu Telur Yang Mudah Dan Sedap
Baca sini >>> Resepi Tauhu Lembut Kukus Bersama Bebola Daging Yang Sangat Sedap

This post have 6 komentar

avatar
ray delete May 21, 2019 at 11:48 AM

serious sedap but ada udang kerang pulak alamak.

Reply
avatar
Sha Mohamed delete May 21, 2019 at 12:16 PM

menariklah idea memasak ini.. kelainan.. tambah bila Sha suka tauhu.. selalu goreng atau buat sambal je..

Reply
avatar
Sunah Sakura delete May 21, 2019 at 12:24 PM

housemate kita mesti suka ni sebab dia suka tauhu

Reply
avatar
Sis Lin delete May 21, 2019 at 12:53 PM

Wowww sedapnyaaa...nak cuba nanti..
Kita suka makan tauhu !

Reply
avatar
Nadhie Wueen delete May 22, 2019 at 12:48 PM

Sedapnyaa! Semua bahan dah ada kecuali udang kering dan tahu je. hee boleh buat time buka ni.

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Follow Me On Instagram