16 May 2019

author photo
Rupanya Ini Tips Mudah Nak Bagi Telur Dadar Lebih Gebu, Tebal, Lembut Dan Sedap Tanpa Mayonis || Salam Ramadan ke 11 semua, alhamdulillah dah 11 hari kita berpuasa ya, masuk bulan puasa dah 3 kali atau 4 kali hujan tak ingat dah. Semalam pun hujan lebat sangat tengah solat tarawih. Sejuk suhu sikit hari ini.

telur dadar gebu, lembut dan sedap

Dah masuk 11 hari puasa ni, ada lagi ke yang masih badan tak stabil disebabkan puasa. Dah banyak hari puasa, jadi terbangun awal pun dah biasa dah kan. Ke ada yang terbabas sahur.

Menu ringkas masih menjadi pilihan. Jem nak fikir menu masak apa hari - hari. Mood masak bulan puasa ni tak sama dengan mood masak sebelum puasa. Lain tau. Agak - agak menu telur dadar masih menjadi pilihan tak. Rasanya masuk puasa ni tak goreng lagi telur dadar. :D. Telur mata kerbau ada la goreng.

Kalau korang nak tahu, sebelum ni memang kita tertanya - tanya macam mana nak goreng telur dadar yang gebu, tebal macam kat kedai tu kan. Kalau kita goreng mesti nipis tak tebal pun. Apa bahan rahsianya tu ? Tertanya - tanya sampai lah jumpa dah bahan rahsia nak jadikan telur dadar lebih tebal, paling gebu dan lembut.

Ingat dulu, ingatkan bahan rahsianya mayonis jerr, rupanya ada bahan rahsia lain. Jadi tak payah rasanya nak kena stok mayonis semata- mata nak buat telur dadar, tapi kita rasa macam tak kisah ada juga orang yang lebih suka letak mayonis. :).

Ada orang resepi macam - macam pulak, ini yang dah test menjadi banyak kali buat guna bahan rahsia yang satu ini.

Ok lah meh nak kongsi resepi telur dadar yang paling gebu, tebal, lembut dan sedap tanpa mayonis. Sebelum ini, ada post pun tapi tak apa kita post lagi sekali. Sebab ini lain macam sikit letak cendawan enoki.

Nak dapatkan telur tebal tips mudah sahaja, Goreng telur dadar ni biasanya memang suka goreng garing sikit, Kali ini kita lipat sebab ada cendawan enoki nak sekali balik tu susah sikit, so kita foldkan telur tu. Nampak tebal tapi masih lagi gebu ya.

telur dadar gebu, lembut dan sedap

Kali ini kita goreng tak guna kuali kecik dah, guna frying pan pulak. ngam ngam untuk 3 biji telur ni. Resepi dah ada kat bawah, boleh agak dah apa bahan rahsia ya. :D. Nak clear lagi jemput lah tonton di my youtube channel.

Telur dadar ni memang idea yang paling mudah dah nak jadikan menu makan dengan nasi kan.



Rupanya Ini Tips Mudah Nak Bagi Telur Dadar Lebih Gebu, Tebal, Lembut Dan Sedap Tanpa Mayonis. 

Bahan - Bahan
3 biji telur
2 ulas bawang merah didadu
2 tangkai lada burung dihiris
Daun ketumbar atau daun sup secukupnya
Cendawan enoki potong 2 secukupnya
Garam secukup rasa
Jus limau nipis secukupnya

Cara - Cara
1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk.
2. Masukkan bawang merah yang telah dipotong dadu dan juga lada.
3. Masukkan garam dan juga  perah jus limau nipis.
4. Kacau telur sehingga sebati, kacau manja - manja jerr.  Biarkan sekejap sementara nak goreng.
5. Daun sup atau daun ketumbar dan juga cendawan enoki  dimasukkan nanti time nak goreng, baru masukkan daun sup kacau rata.
6. Panaskan minyak dalam kuali dengan api besar biar betul - betul minyak panas, minyak jangan letak banyak sangat. Untuk 3 biji telur ini,  boleh dapat dapat dalam 2 - 3 keping. Guna kuali kecik sikit. Jadi setiap kali nak goreng, tambah minyak secukupnya.
7. Masa nak goreng, tuang telur dari atas, angkat tinggi dan goreng kedua - dua belah sehingga garing.
8. Dah siap goreng, nampak kegebuan telur tu. Cuba potong ! tak macam goreng telur dadar biasa sebab tindak balas jus limau nipis tu.
9. Hidangkan segera.

This post have 2 komentar

avatar
Cik Matahariku delete May 16, 2019 at 11:00 PM

saya pun tertanya-tanya macam mana nak buat telur dadar yang sedap dan gebus, thanks share resepi:)

Reply
avatar
Warisan Petani delete May 16, 2019 at 11:03 PM

Sedap3.
Makan ratah aje tak payah nasik

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Follow Me On Instagram