23 Jun 2019

author photo
Fahami Makna Yang Mendalam Dan Hebatnya Doa Duduk Di Antara Dua Sujud Dalam Solat || Salam semua, dulu masa terjumpa siapa dah yang post pasal bacaan dalam solat serta dengan terjemahan. Tersentap hati kita bila hamba Allah tu bagi tahu, tersangat rugi kalau sembahyang tapi bacaan dalam solat tak ambil tahu langsung tentang makna.

Fahami Makna Yang Mendalam Dan Hebatnya Doa Duduk Di Antara Dua Sujud Dalam Solat

Tersentap hati kita bila hamba Allah tu bagi tahu, tersangat rugi kalau sembahyang tapi bacaan dalam solat tak ambil tahu langsung tentang makna.

Begitulah kita kan, saling berpesan - pesan, jadi selalulah belek - belek buku pasal solat sebab nak tahu maksud makna yang dibaca dalam solat. Iya lah, kita ni bangsa melayu kan kalau bangsa Arab, imam siap menangis - nangis baca ketika sedang solat sebab mereka memang dah tahu makna.

Setiap bacaan dalam solat ada makna tersendiri dan ia adalah doa jika kita betul - betul menghayati. Susah jugak kalau baca tapi dalam hati rasa kosong huu. Ini lah yang jadi masalahnya.

Ada lapan kata yang pendek  untuk doa duduk di antara dua sujud. Dan setiap kata tersebut mempunyai maksud doa yang sangat mendalam. Jom sama - sama kita menghayati di sebalik makan doa duduk di antara dua sujud.


HEBATNYA DOA DUDUK ANTARA DUA SUJUD


Fahami Makna Yang Mendalam Dan Hebatnya Doa Duduk Di Antara Dua Sujud Dalam Solat

Ketika orang ditanya:
"Doa apakah yang  paling  kerap dibaca oleh orang islam?”

Ramai yang menjawabnya kurang tepat dan salah. Begitu kerap doa itu dibaca hingga ketika sedang membaca doa tersebut, ramai antara kita yang tidak merasa  sedang membaca DOA tersebut.

Padahal  doa itu sangatlah hebat, merangkumi  keperluan kita di dunia dan akhirat.
Dan dibaca minimum 17 kali setiap hari.

Doa itu ialah doa duduk di antara dua sujud,marilah kita hayati dan fahami maknanya.

Fahami Makna Yang Mendalam Dan Hebatnya Doa Duduk Di Antara Dua Sujud Dalam Solat

°رب اغفر لي°  ( Rabbighfirli )
°Wahai Tuhan ampunilah dosaku.°
Dosa adalah beban yang menyebabkan kita berat melangkah menuju keredhaan اللّهُ.
Dosa adalah kotoran hati yang membuat  hati  gelap,  sehingga hati kita merasa  berat sekali untuk melakukan kebaikan.

°وارحمني° ( Warhamni )
°Sayangilah diriku°
Kalau kita disayang اللّه hidup akan terasa tenang kerana dengan kasih sayangNya akan dapat dicapai semua cita².
Dengan kasih sayang اللّه nafsu kita akan terbimbing dan terdidik.

°واجبرني° ( Wajburni )
°Tutuplah segala  kekuranganku°
Banyak sekali kekurangan kita, kurang syukur, kurang  sabar, kurang  menerima kenyataan, mudah marah, pendendam dan  lain²nya. Kalau kekurangan kita ditutup اللّه maka kita akan  menjadi  manusia sebenarnya.

°ورافعني° ( Warfa'ni )
°Tinggikanlah darjatku°
kalau اللّه sudah meninggikan darjat kita, maka pasti tidak ada manusia atau makhluk yang boleh menghinakan kita.

°وارزقني° ( Warzuqni )
°Berikanlah aku rezeki°
Sebagai hamba اللّه kita  memerlukan rezeki, اللّه mampu mendatangkan rezeki dari jalan yang tidak disangka² dan tidak ternilai banyaknya.

°واهدني° ( Wahdini )
°Berikanlah aku petunjuk atau bimbinglah aku  ke jalan yang benar°
Kita bukan hanya minta petunjuk atau hidayah yang berkaitan dengan agama tetapi kita juga minta  petunjuk agar terhindar dari  mengambil keputusan  yang dianggap salah.

°وعافني°( Wa'afini )
°Berikanlah aku kesihatan°
Apabila kita sihat, kita dapat menambah kebaikan  dan  manfaat serta kita tidak menjadi beban kepada orang lain

°واعف عني° ( Wa'fuanni )
°Aku mohon agar kesalahanku dihapus dari catatan°
Dari doa tersebut dimulakan dan diakhiri dengan memohon keampunan dari الله sehingga kita benar² bersih dari dosa.

Allah SWT memerintahkan kita untuk membaca doa tersebut. Rasulullah SAW mencontohkan kepada kita, menurut logiknya doa tersebut pasti terkabul dan diterima oleh Allah SWT.

        Aamiin

Terkadang yang menjadi persoalan, di mana hati dan fikiran kita, ketika kita membaca doa itu dan kita tidak hafal makna serta maksudnya.

Padahal doa tersebut sangat hebat dan masih ramai orang sering terburu² yang  sepatutnya perlu tuma'ninah dengan  menghayati  benar - benar meminta kepada Allah SWT.

Baca sini >>> Jaga 6 Adab Ini Ketika Menziarahi Tanah Perkuburan Dan Hikmahnya
Baca sini >>> 4 Tips Untuk Bertudung Yang Baru Belajar Berhijab
Baca sini >>> Hukum Pergi Kenduri Bawa Orang Yang Tak DIjemput. ( Soal Jawab Agama )

This post have 3 komentar

avatar
Warisan Petani delete 23 Jun 2019 11:29 PTG

Boleh amalkan doa ini di luar solat.

Reply
avatar
Nurzarini Ismail delete 24 Jun 2019 4:18 PG

Saya cuma ingat maksud kasar2 je untuk perbuatan dalam solat. Kalau sujud, pujian pada Allah. Duduk antara dua sujud, mohon ampun pada Allah. Tapi nak ingat satu2, belum boleh hafal lagi. Bagus akak share ni, harap saya boleh ingat maksud setiap satu.

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Follow Me On Instagram