11 June 2019

author photo
Resepi Bubur Som Som Pandan Yang Lembut, Tak Keras Dan Wangi Dari  S & P Santan || 
Salam semua, Salam 7 Syawal, masih mood beraya ya, atau ada yang dah mula puasa 6.

Resepi Bubur Som Som Pandan Yang Lembut, Tak Keras Dan Wangi Dari  S & P Santan

Ada yang baru nak balik kampung jumpa mak ayah, sebab 1st Syawal tak dapat cuti raya kan. Apa pun raya kan sebulan Selamat Hari Raya.kita yang meriahkan Syawal. Kena bagi meriah sebab kasihan kat orang yang tak dapat balik beraya 1st Syawal tau. Untung jadi rakyat Malaysia ni. :D

Untuk entri throwback, sebaik sahaja masuk bulan puasa, kuih - kuih tradisi tidak dilupakan. Antaranya bubur som som ini. Siapa peminat bubur som - som ni. Kalau tekak teringin sangat memang akan buat sebab mudah sangat nak buatnya. Dah banyak kali buat.

Kacau - kacau jer tak banyak kerja pun. Masuk bab buat kuih ni nak buat kuih mudah - mudah jer. hii. Yang susah tolak tepi dulu. :D

Resepi Bubur Som Som Pandan Yang Lembut, Tak Keras Dan Wangi Dari  S & P Santan

Bubur som som  ini memang favorite kita, lembut, tak keras, bau pandan nak lagi blend ambil jus pandan asli tu lagi wangi. Lebih - lebih lagi dimakan sejuk disirami pulak dengan sirap gula melaka dengan keadaan cuaca panas sekarang, lagi sejuk tekak

Kali ini, kita guna serbuk krim kelapa segera dari S&P Santan . Serius memang mudah ada serbuk krim kelapa, Untuk buat kuih pun boleh guna. Biasa guna yang santan kotak kan, kita cuba guna serbuk krim kelapa pulak.

Guna 1 paket dah cukup untuk hidangan  4 - 5 orang, kalau makan banyak memang kena double la kan hii.

Siapa mampu nak buat kuih just kacau - kacau kena buat lah kuih ni. Selamat mencuba ya. Jemput - jemput tonton di my youtube channel. Jemput subscribe juga. :)


Resepi Bubur Som Som Pandan Yang Mudah, Lembut, Tak Keras Dan Wangi Dari  S & P Santan

Bahan - bahan

500 ml air pandan ( guna  5 helai daun pandan dikisar bersama 500 ml air )
500 ml santan ( larutkan 1 paket serbuk krim kelapa s&p santan dengan 500 ml air )
50 gm tepung beras
50 gm tepung jagung
Sedikit garam untuk rasa lemak masin

Cara -cara
1. Satukan kesemua bahan dalam periuk dan kacau rata.
2. Letak atas dapur dan masak hingga pekat dan kilat  hingga adunan meletup - letup
2. Untuk sirap gula melaka cara nya senang saja, guna 3 keping gula melaka dan 1 cawan air. Kemanisan bergantung atas ketebalan gula melaka ya. Tak nak manis sangat boleh tambah air. Didihkan atas dapur sampai cair. Kalau nak wangi letak daun pandan



This post have 3 komentar

avatar
Sis Lin delete June 11, 2019 at 8:39 PM

Haaa kita nak cubalah nanti, teringin sangat nak buat sendiri gara-gara beli kat PARAM semuanya tak kena kat tekak huhuhu

Reply
avatar
Ahmad delete June 13, 2019 at 10:48 PM

first time dgr nama bubur ni wani.. nampak sedapje tu nnti leh cuba ni..

Reply
avatar
Nurzarini Ismail delete June 14, 2019 at 4:34 AM

Tak pernah dengar nama bubur somsom. Memang bubur dia tak cair ye kak..

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Follow Me On Instagram