10 Resepi Kek Yang Sedap Dan Mudah Menjadi Pilihan Pembaca Di Blog Wani Sukarno

10 Resepi Kek Yang Sedap Dan Mudah Menjadi Pilihan Pembaca Di Blog Wani Sukarno |
Salam semua, kali ini terasa nak share 10 resepi kek yang telah menjadi pilihan pembaca di Blog Wani Sukarno. 

Macam terasa ala chef la kita ni, chef amatur jerr. Bukan apa tau, sebab biasanya kat keyword tu ada yang taip "resepi Wani Sukarno" . Fikir - fikir balik adakah diri ini dah famous macam Azlina Ina.
 
Siap taip nama lagi. Yang Azlina Ina tu, rasa ramai yang kenal kot.

10 Resepi Kek Yang Sedap Dan Mudah Menjadi Pilihan Pembaca Di Blog Wani Sukarno

Siapa la yang tak kenal Azlina Ina tu, perkongsian kek dan biskut dari beliau ramai yang cuba. Sampai dalam blog ni pun, ada yang taip nak cari "biskut Almond London Azlina Ina", nama siap terus taip.

Terasa nak buat entri memandangkan resepi kek yang dah dicuba pun banyak dah letak dalam blog. Buat kelainan sikit kali ini. Himpun ke semua 10 resepi.

Sebelum tu, pergi tengok balik di bawah kategori kek, resepi yang mana yang paling banyak menjadi pilihan pembaca. Jadi, kali ini kita senaraikan 10 resepi kek yang terpilih.

Bila tengok balik resepi - resepi ini, memang ke semua tu kek favorite. Mudah la dan sedap juga. Banyak yang menjadi pilihan adalah jenis kek yang dikukus. Contoh kek coklat, kek nestum karamel.

Kemungkinan, memang orang nak buat kek pun yang tak banyak renyah sangat. Kukus ni lagi mudah kalau nak banding bakar dalam oven. dan satu lagi yang menjadi pilihan resepi kek untuk sukatan cawan.

Untuk resepi kek pun bukan buat kek yang ada krim bagai. Cukup lah sekadar yang biasa - biasa.

Resepi penuh ada di bawah ya. Jemput lah cuba. Terima kasih buat pembaca yang tak jemu - jemu singgah di blog ini.

10 Resepi Kek Yang Sedap Dan Mudah Menjadi Pilihan Pembaca Di Blog Wani Sukarno

Resepi Kek Batik Nestum 

Bahan - Bahan

300gm coklat compound
400gm biskut marie HWA TAI ( biskut brand ni sedap )
1/2 cawan serbuk koko ( lagi berkualiti lagi sedap )
1 sudu besar gula pasir
1 tin susu cair
1 sudu besar butter ( wani guna sudu makan )
3 x 1/2 cawan nestum

Cara - Cara

1. Biskut marie dipatah 2
2.Satukan coklat compound, serbuk koko, gula pasir, susu cair dalam satu kuali, buka api dan kacau perlahan sehingga semua bahan sebati
3. Kacau sehingga adunan coklat mendidih, baru masukkan butter dan kacau sehingga butter cair
4. Masa tahap ni, pastikan adunan coklat betul-betul mendidih lama sikit nak bagi pekat sebelum masukkan biskut marie.kacau selalu
5. Kemudian, baru masukkan biskut marie dan gaul sehingga semua biskut disalut dengan coklat sehingga rata
6. Tutup api dan baru masukkan nestum sikit -sikit, itu sebab buat 3 x 1/2 cawan. letak 1/2 cawan gaul rata dan letak lagi 1/2 cawan dan 1/2 cawan seterusnya .tak nak nestum  digaul di tempat yang sama.. nestum kan cepat melekat.
7. Tuang dalam loyang empat segi 8 x 8 " yang telah dialaskan dengan cling wrap ..ratakan dan tekan biar padat .sejukkan semalaman baru potong.cara nak padatkan boleh rujuk gambar di sini

NOTA:

Guna loyang empat segi  8 x 8 "lepas biskut digaul rata dengan coklat masih ada lagi lebihan coklat, curahkan nestum dekat ada lebihan coklat tu ya sambil gaul rata.tip untuk ratakan dan padatkan biskut tu dengan gunakan cling wrap menutupi permukaan atas loyang dan tekan dan ratakan biar padat.
Tujuannya nak elakkan biskut tu melekat kat sudip, jadi bila buat macam ni tak adalah bila nak tekan tu asyik melekatlepas keluarkan dari peti potong terus nak bagi potongan kemas.seeloknya guna pisau tajam


10 Resepi Kek Yang Sedap Dan Mudah Menjadi Pilihan Pembaca Di Blog Wani Sukarno

Resepi Kek Sarang Semut Tanpa Perap, Hasilnya Kek Bersarang

Bahan Karamel

2 cawan gula pasir (nak cepat, guna gula halus)
3 sudu besar mentega
2 cawan air panas

Bahan Ayak

2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder

Bahan Blend

7 biji telur gred A ( 6 biji telur gred A )
2 sudu kecil esen vanila
1 cawan susu pekat ( 3/4 cawan )

Cara-Cara

1. Masak gula atas api perlahan sehingga jadi karamel dan semua gula larut.
2. Masukkan mentega. Kacau rata.
3. Masukkan air panas sedikit demi sedikit. Masuk sikit, kacau. Masuk sikit, kacau. Buat begitu sehingga habis. Tak de la terpercik sangat. Ketepikan dulu.
4. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder dalam bekas besar.
5. Blend telur, esen vanila dan susu pekat hingga sebati.
6. Tuang bahan blend ke dalam bekas tepung tadi. Kacau rata. Tak ada pantang. Kacau sahaja hingga semua sebati.
7. Angkat periuk yang ada gula hangus tadi, tuang ke dalam adunan tepung. Panas-panas pun boleh. Hati-hati, ya. Kacau rata.
8. Sediakan loyang 7 x 7 x 3 inci. Sapu dalam loyang dengan mentega. Letak penapis di atas loyang. Tuang dan tapis adunan tadi.
9. Panaskan dahulu oven dengan suhu 170'C api bawah sahaja. Selepas 10 minit, masukkan loyang adunan. Bakar sekitar 45 hingga 50 minit. (suhu oven dan masa membakar bergantung pada oven masing-masing, ya. Tak semestinya sama dengan saya.)
10. Apabila cukup masa dan kek sudah masak, bolehlah keluarkan. Jika belum masak selepas 50 minit (atas masih lembik), tukar kepada api atas, dan bakar lagi sekitar 5 minit atau hingga adunan masak.
11. Potong kek melintang urat.

10 Resepi Kek Yang Sedap Dan Mudah Menjadi Pilihan Pembaca Di Blog Wani Sukarno

Resepi Kek Buah Kukus Yang Sedap Dan Sangat Moist 

Bahan-bahan

· 250g butter @ seketul butter ( disarankan high quality butter)
· 350g gula pasir
· 60ml air panas ( saya guna 1 cawan air panas )
· 500g buah-buahan campuran - hana guna sultana dicampur dengan sedikit mix fruits
· 3 biji telur gred A ( ganti 4 biji telur gred B )
· 350g tepung gandum*
· 1 sudu kecil cream of tartar*
· 2 sudu kecil soda bicarbonat* - hana letak 1 setengah
· 1 sudu kecil serbuk buah pala/netmug* - hana tak letak sebab tak ada stok ( ganti dengan serbuk kulit kayu manis )
· 1 sudu besar susu pekat
· 1 sudu besar sunquik ( tambah 2 sudu besar )
· 1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara

1.Masak gula hingga keperangan dan masukkan air panas perlahan-lahan. Sebatikan. Masukkan butter sehingga cair kemudian masukkan buah-buahan campuran dan juga susu pekat dan sunquik. Kacau kemudian sejukkan
2. Ayak bahan bahan yang bertanda *. Masukkan ke dalam adunan mix fruits tadi sedikit demi sedikit
menggunakan senduk kayu sehingga sebati.
3. Mangkuk lain, pukul telur dan esen sehingga kembang dan masukkan perlahan ke dalam adunan kek dan gaul sebati menggunakan senduk kayu juga.
4. Alas loyang 7x7 dengan kertas baking. Sapukan butter keliling dan tuangkan adunan kek ke
dalamnya.Tutup loyang dengan aluminium foil.
5. Kukus selama 4 jam untuk mendapat kelembapan yang diinginkan. (boleh dikukus 2 jam sahaja)
6. Sejukkan kemudian potong. (Pastikan kek betul - betul  sejuk seeloknya semalaman supaya kek
dan buah tidak berderai dan padat ketika dipotong).

NOTA:

1.  Untuk potongan kek yang kemas dan cantik,simpan dalam peti semalaman, sebaik sahaja keluarkan dari peti terus potong
2. Suhu ikut oven masing-masing, kek ini di bakar kukus dalam oven selama 3 jam dengan api bawah sahaja. selepas 1 jam 10 minit, cover  permukaan kek dengan kertas timah selama 1 jam  dan untuk 1 jam terakhir keluarkan kertas timah .cucuk dengan lidi untuk untuk mengetahui kek sudah masak atau belum guna loyang empat segi 9" x 9" telur hanya pukul dengan handwhisk sehingga sebati

10 Resepi Kek Yang Sedap Dan Mudah Menjadi Pilihan Pembaca Di Blog Wani Sukarno

Resepi Kek Coklat Milo Kukus Yang Moist Dan Sedap 

Bahan - Bahan 

2 cawan tepung blue key (wani guna tepung serbuk penaik )
1 cawan gula halus
1 cawan susu pekat manis (kurangkan 3/4 cawan)
1 cawan milo
1 cawan serbuk koko vochelle
4 biji telur ayam
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas

Cara - cara

1. Didihkan periuk pengukus terlebih dahulu.

2. Masukkan semua bahan - bahan ke dalam mangkuk besar Kacau dengan sudip besar

3. Kacau dengan handwhisk, jangan guna mixer nanti telebih naik tak jadi

4. Bila semua bahan2 dah sebati dalam 5 minit kacaunya

5. Kemudian boleh ditapis adunan yang dah siap agar hasil nanti lebih halus dan cantik ( tapi tak tapis pun )

6. Masukkan adunan kedalam loyang yang telah disapu minyak dan ditabur tepung. Kukus selama 40 ke 1 jam atau sehingga masak


NOTA : Wani bakar dalam 45 - 48 minit. panaskan oven api bawah dan atas dan bila masa pembakaran guna api bawah sahaja suhu 150C atau ikut suhu oven masing -masing dan Wani guna kaedah waterbath.. masukkan loyang kek ke dalam loyang lain berisi air panas

10 Resepi Kek Yang Sedap Dan Mudah Menjadi Pilihan Pembaca Di Blog Wani Sukarno

Resepi Kek Batik Cheese 

Bahan - Bahan

50g Serbuk Koko
100g Milo
100g Gula Pasir
200ml Air (wani ganti dengan susu cair )
100g Mentega
2 biji telur
400g Biskut Marie - patahkan

Cara- Cara

1. Campurkan koko, milo, gula dan air ke dalam kuali.Masak dengan api yang sederhana, kacau sehingga larut.
2. Masukkan mentega sehingga larut.
3. Kecilkan api, masukkan telur dan kacau sehingga pekat dalam 30 saat dan padamkan api.
4. Masukkan biskut dan gaul sehingga rata dan biskut di saluti sepenuhnya.
5. Padatkan ke dalam loyang empat segi 8 " yang di alas dengan kertas aluminium.

Lapisan Cheese:
250g Cream Cheese
1 biji telur GredA
2 sudu besar Gula Halus (Kurangkan manis guna 1/4 cawan)

Cara - Cara
1. Putar kesemua bahan sehingga kembang dan tuangkan ke atas kek batik tadi.
2. Bakar 160C (api atas sahaja) selama 5 minit.- Sejukkan di dalam peti sejuk sebelum di potong/hidangkan.

10 Resepi Kek Yang Sedap Dan Mudah Menjadi Pilihan Pembaca Di Blog Wani Sukarno

Resepi Kek Kurma Yang Moist Dan Sedap Tanpa Telur

Bahan - Bahan

1 cawan susu kotak /UHT ( wani guna susu cair )
3/4 cawan gula halus ( next time 1/2 cawan gula )
1/2 cawan minyak jagung
1 cawan tepung gandum
18 biji kurma yang lembut (kalau kurma keras, boleh rendam dengan susu semalaman) (wani guna 17 biji)
1 sudu teh baking powder
1/8 x 2 sudu teh baking soda
1 sudu teh esen vanila ( tak letak )
1 genggam kecil gajus tumbuk halus  ( optional )

* tepung gandum, baking soda dan baking powder diayak

Cara - Cara

1. Buang biji kurma dan kisar kurma hingga halus dengan sedikit air. masukkan kurma dalam bekas mxing
2. Masukkan bahan cecair, minyak, gula dan susu. gaul sehingga sebati.
3. Masukkan tepung yang telah diayak dan esen vanila. gaul perlahan sampai sebati dan masukkan cashew nuts. kalau tak suka tak payah letak, tapi cashew nuts ni bagi kek rasa lemak
4. Tuang ke dalam loyang 6 x 6". dan bakar dalam 35 minit atau sehingga masak  ke dalam oven yang telah dipanaskan suhu ikut oven masing-masing.
5. Test dengan lidi sekiranya tak melekat boleh terus keluarkan ..sekiranya tak masak lagi sambung bakar beberapa minit
6. Boleh keluarkan dari loyang apabila dah suam - suam kuku.


10 Resepi Kek Yang Sedap Dan Mudah Menjadi Pilihan Pembaca Di Blog Wani Sukarno

Resepi Kek Coklat Yang Sangat Moist Dan Sedap Sukatan Cawan  "AMERICAN CHOCOLATE CAKE"

Bahan A
2 Cawan Tepung Gandum
¾ cawan serbuk koko
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat

Bahan B
2 cawan gula kastor ( wani guna 1 3/4 cawan )
2 biji telur – Gred A
1 cawan susu segar
1 cawan minyak jagung
1 sudu teh esen vanilla

Bahan C
1 sudu teh Nescafe ( wani guna 2 sudu teh )
1 cawan air panas

Cara membuatnya:

1. Panaskan oven pada suhu 170’c dan sapukan loyang bulat 9" dengan mentega dan lapik dengan kertas.

2. Ayak tepung dengan serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat. Ketepikan seketika.

3. Masukkan semua bahan B kedalam mangkuk pengadun dan putar seketika hingga semua bahan bercampur.

4. Masukkan pula tepung yang diayak tadi sedikit demi sedikit kedalam bahan B dan kacau hingga sebati.

5. Seterusnya masukkan bancuhan air nescafe dan kacau rata.

6. Tuang adunan kedalam loyang dan bakar dalam 45minit atau sehingga kek masak.

Ada berbagai resipi topping mudah untuk dicuba, tetapi untuk American Chocolate cake ini saya gunakan resipi topping ini.

Topping coklat ( masak secara double boiler ) untuk 1 biji kek ini doublekan resepi ini, tapi susu pekat dalam 3/4 cawan.kalau coklat terasa pekat tambah susu cair ikut suka.

Resepi Topping Coklat 
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan serbuk koko
2 sudu besar butter

Masakkan semua atas api kecil
kalau terpekat boleh tambah sedikit susu cair atau susu segar
kacau hingga likat dan berkilat,alihkan dari dapur, biarkan suhu panas turun sikit
Siramkan atas kek bila dah sejuk

 Resipi Topping/Ganache

 Bahan-bahan
 200gm coklat masakan
 1 sudu besar susu pekat manis bancuh dengan air jadikan 100ml
 1 sudu teh mentega

Cara membuatnya:
1. Gunakan kaedah double boiler, patah-patahkan coklat masakan dan masukkan kedalam periuk bersama bancuhan susu pekat.
2. Masak sehingga coklat cair dan padamkan api dapur.
3. Kacau coklat dan masukkan mentega.
4. Biarkan coklat sejuk dan bolehlah hiaskan diatas kek.

10 Resepi Kek Yang Sedap Dan Mudah Menjadi Pilihan Pembaca Di Blog Wani Sukarno

Resepi Kek Kukus Karamel Nestum (Moist Dan Gebu Keknya ) 

Rasa kek lembap dan lembut ini lebih sedap dengan campuran karamel.

BAHAN A
Bahan-bahan kering:

175 g tepung
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/4 sudu teh garam
50 g NESTUM® All Family Cereal Original

BAHAN B
Bahan Karamel:

200 g gula pasir halus
75 ml air
125 ml air
100 ml susu cair
100 gm mentega yang telah dicairkan
2 biji telur, dipukul
1/2 sudu teh ekstrak vanila

CARA - CARA
Langkah 1
Alas tin kek bulat atau segi empat (anggaran 20 sm melintang) dengan kertas pembakar. Ketepikan. Ayak tepung dan soda bikarbonat di dalam mangkuk adunan. Masukkan garam dan NESTUM®. Kacau, ketepikan.

Langkah 2
Masukkan (200g) gula dan (75ml) air di dalam pan saiz sederhana. Masak sehingga gula cair. Terus didihkan sehingga gula menjadi karamel dan berwarna perang lembut. Tambah (125ml) air, didihkan. Perlahankan api, reneh selama 10 minit atau sehingga karamel benar-benar cair. Tuang adunan ke dalam jag ukur, lihat sama ada mencapai jumlah 250ml, jika kurang tambah air.

Langkah 3
Tuang susu cair dan mentega cair ke dalam karamel. Kacau hingga sebati. Kemudian masukkan pula telur dan vanila.

Langkah 4
Buatkan seperti lubang di tengah-tengah bahan kering. Tuang adunan cecair ke dalamnya. Kacau perlahan-lahan sehingga bater tidak berbintil. Tuang bater ke dalam tin yang sudah dialas. Kukus atas air mendidih selama 45 minit. Jangan buka penutup untuk mengelak suhu di dalam pengukus jatuh.

Langkah 5
Selepas 45 minit, tengok sama ada kek masak atau belum dengan cara mencucuk di bahagian tengah. Jika masak, pencucuk akan bersih, jika melekat, terus kukus selama 10 minit lagi.  Sejukkan kek sebelum potong.

10 Resepi Kek Yang Sedap Dan Mudah Menjadi Pilihan Pembaca Di Blog Wani Sukarno

Resepi Kek Lemon Yang Mudah Dan Gebu Sukatan Cawan 

Bahan-bahan

230gm mentega
1 cawan gula halus
4 biji telur - Gred A
1 sudu teh esen vanilla
2 1/4 cawan gandum*
1 sudu teh baking powder*
1 sudu besar kulit lemon
Jus lemon dari 1 biji lemon

 Bahan bertanda * diayak

Cara - cara

1) Pukul mentega dan gula hingga kembang
2) Masukkan esen vanila, lalu masukkan telur satu persatu sambil pukul sampai adunan kembang
3) Parutan kulit lemon dicampur dengan tepung. Masukkan tepung berselang-seli dengan air lemon sampai habis
4) Tuang dalam loyang bulat 8” yang sudah dialas kertas. Panaskan oven dan bakar dengan suhu 150 C kira-kira 40 minit . Suhu ikut oven masing - masing.
5). Cucuk dengan lidi sekiranya nampak tak melekat boleh keluarkan dan sejukkan sekejap sebelum terbalikkan kek atas redaiNota :kek kurang manis sikit terasa dah sesuai dengan tekak

10 Resepi Kek Yang Sedap Dan Mudah Menjadi Pilihan Pembaca Di Blog Wani Sukarno

Resepi Kek Kurma Yang Gebu Dan Mudah Sukatan Cawan Dengan Sos Karamel

Bahan-bahan
1 cawan tepung superfine
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
½ sudu teh garam halus
1 cawan air
1 ½ cawan kurma yang dibuang biji
2 biji telur gred B
½ cawan gula perang-dikisar halus
1 sudu teh esen vanilla
½ cawan minyak sayuran

Untuk sos karamel:
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan heavy cream
2 sudu besar mentega 1
Sudu teh esen vanilla

Cara-cara
1. Panaskan ketuhar pada suhu 165 C.
2. Oleskan loyang dengan mentega dan lapikkan dengan kertas minyak.
3. Masakkan kurma dengan air hingga mendidih dan tutup api. Masukkan baking soda dan gaul
rata(anda akan nampak tindakbalas buih putih selepas baking soda dicampurkan).
4. Ayakkan tepung, baking powder dan garam dalam mangkuk.
5. Dalam mangkuk lain, pukul telur dan vanilla hingga kembang dan putih. Tambahkan serbuk gula perang dan pukul lagi hingga sebati.Kemudian, masukkan minyak dan kacau sekata.
6. Lenyek sedikit kurma yang telah dimasak tadi dengan sudu dan setelah itu masukkan kurma
tersebut di dalam adunan telur dan gula tadi dan gaul sekata.
7. Akhirnya masukkan tepung dan gaul hingga sebati.
8. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah di lenser dan bakar selama 30minit atau sehingga masak pada suhu 165C. Sementara menunggu kek masak boleh buat sos karamel.
9. Untuk sos karamel: Campurkan semua bahan di dalam periuk dan masak dengan api sederhana. Kacau selalu.
10. Perlahankan api dan gaul hingga gula larut. Tak perlu tunggu mendidih tutup api setelah
adunan pekat dan sebati
11. Hidangkan kek kurma yang suam suam bersama aiskrim vanilla.

NOTA: wani guna loyang empat segi 7" x 7"

Baca Juga :

9 Comments

  1. Yummy-nya! Kek batik is my favourite 🥰

    ReplyDelete
  2. alahai kenapa saya x pandai buat kek ? jawapan nya sebab tak pernah cuba....tapi tgk orang buat nampak best je :)

    ReplyDelete
  3. tengok gambar je pun dah terliur pasni memang kena try buat hehee

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post