24 Julai 2019

author photo
Buat Sendiri Aiskrim Potong Kacang Merah Di Rumah, Senang Sangat || Salam semua, dah lama teringin nak buat homemade aiskrim. Kenangan zaman kanak - kanak banyak makan dengan aiskrim potong kacang merah. Sebut aiskrim potong ni tak pasti, dulu - dulu yang zaman potong tu tak pernah makan. Zaman budak - budak dulu makan yang dah ada stick tu. Selalu balik dari kelas agama sebelah petang, pergi beli dekat kedai berhampiran. Dulu - dulu balut dengan kertas. Sekarang ni dah jual dalam kotak comel kan.

Buat Sendiri Aiskrim Potong Kacang Merah Di Rumah, Senang Sangat

Ini pun buat sebab dah teringin lama nak buat, resepi nya senang jer nak buat. Dan sudah tentu ada letak santan. Inipun yang masuk contest hari beberapa bulan sebelum puasa. Kita abadikan kat sini pulak. hii. Senang sikit guna santan kotak. Gambar jerr terlebih banyak ni nak buang sayang. Jadi kita tempek kat sini hii.

Nanti teringin nak buat aiskrim cendol pulak. Itu pun favorite jugak tu.

Buat Sendiri Aiskrim Potong Kacang Merah Di Rumah, Senang Sangat

Part nak keluarkan aiskrim dari acuan tu ada cara jugak. Kena lalukan bawah air paip, nampak macam sejuk putih dah hilang tu stop lah, jangan lama sangat nanti cair pulak aiskrim, kemudian, cuba tarik sambil regangkan dan tarik perlahan - lahan. Uii faham ke tidak ni :D.

Bagi yang kali pertama bekukan aiskrim dalam acuan macam ini, mesti jakun macam mana lah nak tarik keluar. Macam kita first time buat dulu sampai tercabut stick kat tengah tu :D, tinggal isi saja  terduduk la kat dalam acuan tu, kes sebab cepat sangat lalukan air, nak buat lama - lama takut aiskrim cair.

Buat Sendiri Aiskrim Potong Kacang Merah Di Rumah, Senang Sangat

Buat Sendiri Aiskrim Potong Kacang Merah Di Rumah, Senang Sangat

Resepi ada di bawah, jom buat. senang jerr ni.  Lama dah tak sentuh acuan aiskrim ni, dok buat pameran dalam almari, guna pun tidak. hii. Kalau angin rajin mari, memang cepat la buat. :D

Buat Sendiri Aiskrim Potong Kacang Merah Di Rumah, Senang Sangat



Buat Sendiri Aiskrim Potong Kacang Merah Di Rumah, Senang Sangat

BAHAN A
*********
3/4 cawan gula pasir
3sudu besar susu tepung
350ml air

BAHAN B
********
2 sudu besar tepung ubi
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung gandum
50ml air
Campurkan tepung-tepung dengan air – kacau rata.

BAHAN C
********
2 sudu besar susu pekat manis ( kalau rasa kurang manis boleh tambah ya )
S&P santan kotak 300 ml + 300 ml air ( sebab tak nak rasa pekat santan sangat )
250gm kacang merah dalam tin di lecek (lagi banyak kacang lagi sedap)
Sedikit pewarna merah ataupun sedikit kordial sirap
Daun Pandan bagi wangi ( sekiranya nak letak )
Garam secukup rasa bagi rasa lemak

Cara - cara
***********
1. Guna kaedah whisk supaya tidak berketul-ketul dan sentiasa di kacau supaya tekstur aiskrim halus di atas api yang sederhana.
2. Masak bahan A sehingga gula larut. Masukkan bahan B sampai didih.  Masukkan bahan C. Bila mendidih, matikan api.
3. Tuang dalam acuan ais krim atau plastik aiskrim.
4. Bila dah sejuk, masukkan ke dalam freezer dan bekukan.

Baca sini >>> Buat Sendiri Aiskrim Coklat Yang Mudah Dan Sedap
Baca sini >>> Menu Sihat - Aiskrim Yogurt Pisang Untuk Anak - Anak Yang Tak Makan Buah Boleh Buat Macam Ni

This post have 2 komentar

avatar
wan zaleha delete 24 Julai 2019 1:43 PTG

wahhh bestnye..makan tengah panas liplip ni memang wow sangat.

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Follow Me On Instagram