Cara Buat Sendiri Aiskrim Potong Kacang Merah Di Rumah

Cara Buat Sendiri Aiskrim Potong Kacang Merah Di Rumah | Salam semua, dah lama teringin nak buat homemade aiskrim. Kenangan zaman kanak - kanak banyak makan dengan aiskrim potong kacang merah. Sebut aiskrim potong ni tak pasti, dulu - dulu yang zaman potong tu tak pernah makan. Zaman budak - budak dulu makan yang dah ada stick tu.

Selalu balik dari kelas agama sebelah petang, pergi beli dekat kedai berhampiran. Dulu - dulu balut dengan kertas. Sekarang ni dah jual dalam kotak comel kan.


Ini pun buat sebab dah teringin lama nak buat, resepi nya senang jer nak buat. Dan sudah tentu ada letak santan. Inipun yang masuk contest hari beberapa bulan sebelum puasa. Kita abadikan kat sini pulak.  Senang sikit guna santan kotak. Gambar terlebih banyak nak buang sayang. Jadi kita tempek kat sini.

Nanti teringin nak buat aiskrim cendol pulak. Itu pun favorite jugak tu. Aiskrim potong kan banyak perisa.

cara buat aiskrim potong kacang merah

Semasa nak keluarkan aiskrim dari acuan tu ada cara jugak. Kena lalukan bawah air paip, nampak macam sejuk putih dah hilang tu berhenti lah, jangan lama sangat nanti cair pulak aiskrim, kemudian, cuba tarik sambil regangkan dan tarik perlahan - lahan. Faham ke tidak.

Bagi yang kali pertama bekukan aiskrim dalam acuan macam ini, mesti jakun macam mana lah nak tarik keluar. Macam kita kali pertama buat dulu sampai tercabut stick kat tengah tu, tinggal isi saja  terduduk la kat dalam acuan tu, kes sebab cepat sangat lalukan air, nak buat lama - lama takut aiskrim cair.

cara buat aiskrim potong kacang merah

cara buat aiskrim potong kacang merah

Resepi ada di bawah, jom buat. senang. Lama dah tak sentuh acuan aiskrim, buat pameran dalam almari, guna pun tidak. Kalau angin rajin mari, memang cepat la buat.

cara buat aiskrim potong kacang merah

Ok jom kita buat resepi aiskrim potong homemade, tapi yang ini versi untuk kacang merah. Untuk cara buat aiskrim potong kacang merah, kalian boleh lah tonton video di my youtube channel sis ya. 


Cara Buat Sendiri Aiskrim Potong Kacang Merah Di Rumah


BAHAN A

3/4 cawan gula pasir
3sudu besar susu tepung
350ml air

BAHAN B

2 sudu besar tepung ubi
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung gandum
50ml air
Campurkan tepung-tepung dengan air – kacau rata.

BAHAN C

2 sudu besar susu pekat manis ( kalau rasa kurang manis boleh tambah ya )
S&P santan kotak 300 ml + 300 ml air ( sebab tak nak rasa pekat santan sangat )
250gm kacang merah dalam tin di lecek (lagi banyak kacang lagi sedap)
Sedikit pewarna merah ataupun sedikit kordial sirap
Daun Pandan bagi wangi ( sekiranya nak letak )
Garam secukup rasa bagi rasa lemak

Cara - cara

1. Guna kaedah whisk supaya tidak berketul-ketul dan sentiasa di kacau supaya tekstur aiskrim halus di atas api yang sederhana.
2. Masak bahan A sehingga gula larut. Masukkan bahan B sampai didih.  Masukkan bahan C. Bila mendidih, matikan api.
3. Tuang dalam acuan ais krim atau plastik aiskrim.
4. Bila dah sejuk, masukkan ke dalam freezer dan bekukan.

Baca sini : Buat Sendiri Aiskrim Coklat Yang Mudah Dan Sedap
Baca sini :  Menu Sihat - Aiskrim Yogurt Pisang Untuk Anak - Anak Yang Tak Makan Buah

2 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post