02 Julai 2019

author photo

Safi Balqis OxyWhite - Hydrating Lotion || Gabungan Penyegar Dan Pelembap Untuk Penjagaan Kulit Muka  Sepanjang Hari || Salam semua, cuaca panas hujan tak menentu sekarang ini, soal menjaga kulit muka jangan diabaikan, Kulit muka kita ni, antara bahagian yang paling sensitif, kena jaga elok - elok kalau tak nak cepat tua hii.

Safi Balqis OxyWhite - Hydrating Lotion

Kulit muka kena jaga takut pigmentasi tu berlaku lagi teruk. Sebut istilah "pigmentasi", korang tahu ke apa maksud pigmentasi ni. Jangan - jangan ada lagi yang tak tahu kan.

Apa itu Pigmentasi ? 

Masalah pigmentasi ni benda yang wanita paling takut, tak kira peringkat umur sekalipun. Paling tidak pun kita sendiri terasa down kan. Pigmentasi dikenali sebagai jeragat atau juga dengan perkataan lain adalah tompok - tompok hitam.

Punca yang paling utama adalah sinaran cahaya matahari yang berterusan tanpa memakai apa - apa pelindung kulit.

Safi Balqis Oxywhite - Hydrating Lotion  || Gabungan Penyegar Dan Pelembap Untuk Penjagaan Kulit Muka Sepanjang Hari

Jenama Safi ini dah lama bertahan di pasaran kan, dan sudah banyak produk Safi yang dikeluarkan. Sampai sekarang masih ada pelanggan yang setia menggunakan produk Safi.

Selain daripada untuk memastikan kulit sentiasa lembap, tahu tak yang Safi Balqis Oxywhite pun dapat membantu untuk memperlahankan kesan pigmentasi.

Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion, satu botol mengandungi 100 ml. Comel kan botol kebiruan lagi.

Untuk pengetahuan korang semua, Safi Balqis Oxywhite ini adalah gabungan formulasi penyegar dan  pelembap dalam satu langkah untuk penjagaan kulit yang ringkas namun memberikan kesan lembapan yang optimum.

Safi Balqis OxyWhite Losyen Pencerah Menghidrat bertindak:

• Memberikan 2x penghidratan*dan kesegaran dengan satu penggunaan.
• Meningkatkan rintangan perlindungan kulit untuk mengunci lembapan secara mendalam dan optimum sepanjang hari dengan 5 jenis Hyaluronic Acid :

1. Macro Hyaluronic Acid
2. Nano Hyaluronic Acid
3. Bio-Hyaluronate
4. Oligo-Hyaluronic Acid
5. Super Nano Hyaluronic Acid

• Mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit
• Mencegah kulit menjadi gelap akibat radiasi infrared (IR) dengan pelindung IR.OXYWHITE = NANO OXYGEN + NANO BIOWHITE

Nano Oxygen membebaskan oksigen tambahan ke dalam epidermis kulit agar segar, bermaya dan berseri manakala Nano BioWhite memperlahankan kesan pembentukan pigmentasi untuk tona kulit sekata dan cerah sempurna.

Pengalaman Menggunakan Safi Balqis OxyWhite 

Safi Balqis OxyWhite - Hydrating Lotion

Teruja nak mencuba safi Balqis OxyWhite terbaru dari Safi,  Pengalaman Wani sendiri menggunakan Safi Balqis OxyWhite ini, first ia tidak melekit, Kita memang sensitif sikit, kalau ada mana - mana produk yang jenis melekit, tak boleh. hii

Tapi yang ini tak melekit, best jerr guna. Kulit terasa lembap sepanjang hari. Wangi pulak tu. Cara nak pakai senang jer. Picit sedikit  atas tapak tangan dan sapukan keseluruhan muka. Tepuk dengan lembut sehingga ia meresap sepenuhnya.

Konsisten pakai, akan nampak hasilnya. :)

Safi Balqis OxyWhite - Hydrating Lotion

Baca sini >>> Miss V Kekal Selesa Sepanjang Hari Dengan Biosol Pembersih Kesihatan Wanita Prebiotik Dengan Madu
Baca sini >>> Set Penjagaan Rambut Asmak Hair Care Mampu Mengatasi Masalah Rambut Dan Sesuai Untuk Seisi Keluarga
Baca sini >>> Pengalaman Membeli - belah Barang Murah Dari China Hanya Di SGshop Malaysia

This post have 2 komentar

avatar
mamapp delete 2 Julai 2019 6:33 PTG

wah penyegar dan pelembap dalam satu.. mmg best ni terasa nak cuba plak

Reply
avatar
Nadia Johari delete 14 Julai 2019 2:31 PG

tengok ramai pakai ni..mesti best ni

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Follow Me On Instagram