Jangan Sesekali Abaikan 10 Langkah Ini Untuk Elakkan Dari Terkena Panahan Petir

Jangan Sesekali Abaikan 10 Langkah Ini Untuk Elakkan Dari Terkena Panahan Petir | Salam semu, baru - baru ini, terbaca pasal insiden 3 nyawa yang terkorban akibat dipanah petir di Johor. Sebut saja petir apa yang terlintas dalam fikiran korang semua, takut ke tak takut ? Ke semasa kilat tengah sabung - menyabung, korang tengah buat apa, main telefon, duduk di luar rumah ? Apa persediaan korang semasa kilat dan petir tengah berdentum? Ramai yang tidak peka tentang kilat dan petir. Apa yang perlu  kita buat semasa situasi tersebut sedang berlaku.

Jangan Sesekali Abaikan 10 Langkah Ini Untuk Elakkan Dari Terkena Panahan Petir

Banyak yang perlu kita ketahui tentang petir ni. Jangan ambil remeh sebab terkena petir boleh membawa maut. Kita ni kadang - kadang kalau dengar petir pun dah macam terkejut sangat. Ada sekali tu, semasa tengah sibuk nak sembahyang maghrib, tengah petir, duduk dalam bilik air. Pernah terbaca, semasa tengah petir, jangan duduk dalam bilik air.

Tiga nyawa yang terkorban akibat dipanah petir patut dipandang serius oleh semua pihak. Walaupun mereka dilaporkan cuba mendapatkan perlindungan di dalam sebuah pondok yang terletak  di luar sebuah sekolah ketika dipanah petir, ia terjadi akibat kedudukan pondok itu yang berada di bawah pokok.

Jangan Sesekali Abaikan 10 Langkah Ini Untuk Elakkan Dari Terkena Panahan Petir

Petir dipercayai memanah pokok tersebut dan panahannya terkena ketiga-tiga mangsa sewaktu pancarannya melalui kawasan tanah. Insiden serupa juga pernah berlaku beberapa tahun lalu di Johor Bahru, di mana beberapa orang pemain golf dipanah petir dan meninggal ketika berlindung di sebuah pondok di bawah pokok.

Pihak berkuasa perlu memantau semua sekolah, taman awam dan jalan untuk memastikan pondok, stesen bas dan gazebo tidak dibina berdekatan dengan pokok.

Jika terdapat sebarang struktur binaan dalam jarak 3 meter dari pokok atau dahan besar, ia perlu dirobohkan sekalipun ia dibina secara sah. Dahan besar berpotensi untuk patah apabila dipanah petir sekaligus akan membahayakan apa sahaja yang berada di bawahnya.

Dalam pada itu, sebarang struktur binaan tempat perlindungan perlulah dilengkapi dengan sistem pertahanan petir yang mematuhi piawaian Malaysia, MS-IEC62305.

Memandangkan musim hujan dan ribut petir dijangka akan berterusan untuk beberapa minggu lagi, orang ramai diingatkan agar mematuhi peraturan keselamatan berikut agar dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa.

Jangan Sesekali Abaikan 10 Langkah Ini Untuk Elakkan Dari Terkena Panahan Petir


1. Hentikan Aktiviti Luar


Hentikan semua aktiviti luar dan carilah perlindungan sebaik sahaja anda melihat awan gelap muncul. Petir boleh memanah anda walaupun awan gelap itu berada 15 km dari tempat anda, dan ia tidak semestinya diiringi hujan!

2. Lari 

Lari untuk mencari perlindungan sebaik sahaja anda melihat pancaran petir. Ketika ini, anda sudah berada dalam keadaan sangat bahaya dan berkemungkinan untuk dipanah petir.

3. Jangan Guna Payung Ketika Petir

Jangan tunggu hujan turun kerana petir boleh memanah anda walaupun hujan belum turun. Jangan sesekali gunakan payung ketika adanya petir.

Jangan Sesekali Abaikan 10 Langkah Ini Untuk Elakkan Dari Terkena Panahan Petir

4. Jangan Berlindung Bawah Pokok 

Jangan berlindung di bawah pokok atau khemah, bangsal kecil, kongsi, rotunda atau gerai makanan di tepi jalan. Jika anda berlindung di tempat yang sempit atau kecil, pastikan ia dilengkapi sistem pertahanan petir.

5. Cari Perlindungan Di Tempat Yang Kukuh

Cari perlindungan dalam bangunan besar dan kukuh (rumah atau kedai), kenderaan (bas, van atau kereta) atau struktur yang besar (jambatan). Jangan berlengah-lengah di luar bangunan kerana anda mungkin akan terkena panahan petir.

6. Segera Turun Dari Tempat Tinggi

Jika tiada tempat berlindung, segera turun dari tempat tinggi (guar, bukit, platform). Segera berlindung di tempat rendah  atau masuk ke dalam longkang kering.

7. Duduk Dalam Kedudukan Pertahanan Petir

Segera duduk dalam Kedudukan Pertahanan Petir, iaitu bercangkung dengan kedua belah kaki dirapatkan dan menutup telinga dengan tangan. JANGAN sentuh sesiapa atau sebarang objek (pagar, besi dan lain-lain).

8. Basahkan Pakaian 

Jika hujan, basahkan pakaian anda kerana pakaian basah membantu mengurangkan kecederaan serius jika dipanah petir. Biarkan arus elektrik itu mengalir di luar tubuh anda.

9. Jangan Sentuh Objek

Di dalam tempat perlindungan, JANGAN sentuh objek metalik, barang atau kabel elektrik.  JANGAN gunakan telefon, melainkan jika terpaksa. JAUHKAN DIRI dari balkoni, beranda, pintu, tingkap, dinding, atau tiang.

10. Duduk Dalam Tempat Perlindungan 

Pastikan anda berada di dalam tempat perlindungan itu untuk tempoh sekurang-kurangnya 30 minit selepas guruh yang terakhir kedengaran. Ingat, walaupun hujan telah berhenti, petir masih boleh memanah bumi.

* Ini adalah pandangan pakar petir, Hartono Zainal Abidin Sumber di Sini

Tolong lah ya ambil perhatian, terutamanya kanak - kanak ni bukan tahu apa, ada yang takut ada yang tak,, ibu bapa boleh memberi nasihat dan amaran tentang bahayanya petir ini. Kita yang dewasa pun kadang - kadang buat tak tahu pun ada. Sentiasa peka tentang kehadiran kilat dan petir. Bahaya di mana - mana. 

1 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post