Resepi Soto Ayam Yang Paling Lengkap Dan Sedap

Resepi Soto Ayam Yang Paling Lengkap Dan Sedap | Musim hujan macam ni,mulalah nak cari menu yang bersup. dah macam nak menghangatkan badan masuk jerr time hujan mulalah tekak nak jenis sup -sup jerr. Entri kali ini throwback lah ya, lama dah buat bulan lepas. Dah lama sangat ni nak makan soto ayam, walaupun soto ayam ni renyah jugak nak buat macam-macam kan, anak beranak soto ayam ni pun banyak nak sediakan,. Lebih lagi begedil tu, begedil kalau tak ada macam tak lengkap.

Resepi Soto Ayam Yang Paling Lengkap Dan Sedap

Kena wajib ada jugak. selain itu, sambal kicap pun "orang kuat" soto ayam jugak ni tak lengkap jugak kalau tak ada.

Nak makan kena la merajinkan diri masak, tapi kali ini tak ada lah step by step ya, masak sup ayam guna noxxa guna 2 bahagian dada ayam yang besar, sebab nak isi ayam tu. Resepi yang biasa wani buat, banyak kali dah guna resepi ni. nanti tengok resepi kat bawah ya.

Kita tengok bahan sampingan yang wajib ada setiap kali buat soto ayam ni.

Baca Sini : Resepi Nasi Goreng Bunga Kantan Yang Mudah Dan Sedap

Resepi Soto Ayam Yang Paling Lengkap Dan Sedap


Sambal kicap yang wajib ada, sambal kicap ni macam-macam style orang buat kan. yang ni, wani hanya blend bawang putih dengan lada burung, tambah kicap pekat sikit. kemudian masak atas api, nanti tambah lah kicap manis dan kicap pekat sampai kelikatan sambal yang kita nak.

Buat banyak hari tu saja nak simpan stok dalam peti, lagi lama makin sedap sambal kicap ni.

Resepi Soto Ayam Yang Paling Lengkap Dan Sedap

Nasi impit ni pun wajib jugak, jadi ada 2 option lah nak makan dengan bihun boleh, nak makan dengan nasi impit pun boleh, tapi wani memang suka dengan bihun :). Nasi impit tu masak dalam noxxa high pressure 30 minit.

Resepi Soto Ayam Yang Paling Lengkap Dan Sedap

Bihun yang telah dicelur sekejap

Resepi Soto Ayam Yang Paling Lengkap Dan Sedap

Taugeh yang telah dicelur.

Resepi Soto Ayam Yang Paling Lengkap Dan Sedap

Kacang tanah yang digoreng dengan minyak dan soohoon yang telah digoreng.

Resepi Soto Ayam Yang Paling Lengkap Dan Sedap

Begedil bahan yang wajib ada, tak sah kalau tak ada tak lengkap, tapi bonda wani cakap , dia kata tak kisah tak ada pun tak apa jugak.tapi kita gigih la buat jugak begedil ni.

Resepi Soto Ayam Yang Paling Lengkap Dan Sedap

Isi ayam yang telah dicarik-carik, tak guna seekor ayam pun ambil 2 bahagian dada ayam yang besar.

Resepi Soto Ayam Yang Paling Lengkap Dan Sedap

Yang ni sup ayam yang nak dimakan dengan soto.

Resepi yang wani guna ni dia buat untuk satu ekor ayam tambah kerangka ayam. dia buat macam banyak, kalau nak masak untuk anggaran sikit tu pandai adjust lah ya, sebab kalau terlebih bahan yang ditumis ni tak sedap jugak huu. Jom tengok resepi soto ayam simple dan resepi begedil yang sedap bagi tekak wani.

Resepi Soto Ayam Yang Paling Lengkap Dan Sedap 
Sumber : Blog SurayaSulatin

Blender
* 1 biji bawang besar
* 8 ulas bawang merah
* 5 ulas bawang kecik
* Halia 2 inchi
* Serai 3 batang
* Buah Keras 4 bijik
* Perencah sup Adabi (size kecik)
* 1 bunjut sup ayam
* Air

Bahan Tumis
* 2 ulas bawang putih – dihiris
* 3 ulas bawang merah – dihiris
* ½ inchi halia – dimayang halus
* 2 batang Kulit kayu manis
* 2 bunga lawang
* 6 biji buah pelage
* 10 tangkai bunga cengkih
* Minyak untuk menggoreng

Bahan-Bahan Lain
* Seekor rangka ayam
* Seekor ayam dipotong 6
* Setengah cawan susu cair
* 2 ketul cube ayam
* Garam
* Lada Sulah
* Bergedil
* Bawang Goreng
* Daun Sup
* Ketupat Segera
* Suhun Goreng
* Kacang Goreng

Sambal Kicap
* Lada kecik 20 bijik
* 2 ulas bawang putih
* Sedikit minyak untuk menggoreng
* Gula
* Kicap Manis Cap Kipas Udang

CARA - CARA
1. Bawang besar, bawang putih, bawang merah, halia, serai, buah keras, perencah sup and sup bunjut (keluarkan dari kain pembungkus) and blender. Blender sampai bebetul hancur semua. Guna dalam dua cawan air untuk blender. Sambail blender, sambil buat tarian kipas untuk menghiburkan hati.
bahan tumis. Bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, lada hitam and buah pelaga.

2. Panaskan minyak dalam 6 sudu (jangan banyak sangat), lepas tu leburkan semua kedalam kuali. Guna api sederhana. Tunggu sampai la naik bau and bebawang tu bertukar warna menjadik kaler oren.

3. Meanwhile, rebus la ayam dengan rangka ayam tadi. Air and ayam. That's it. Air tu agak-agak la macam mana. Korang pandai kan? Jangan lupa rebus ketupat segera jugak. Rebus awal pon takper. Sebab ketupat tu kan nak masak lama + lepas masak kena sejukkan pulak. Kalo tak nanti dia lembik.

4. Lepas bahan-bahan hiris tadi dah naik bau, masukkan bahan yang diblender earlier sekali dengan lada sulah. Masak la sampai minyak dia naik dekat atas. Itu maksudnya rempah dah garing. Lagipon kalau rempah dah garing, nanti bau dia naik sampai menggegarkan iman. Kena selalu kacau so that tak hangit dekat bawah. Guna api sederhana.

5. Petua nak masak sedap, api kena jaga. jangan nak cepat siap, guna api besar. Kena masak slow-slow baru rempah dia serasi and sedap.

6. Bila rempah tumisan tadi dah masak, transfer pulak dalam ayam rebus tadi. At this point, masukkan sekali 2 kiub ayam dengan 3 tangkai daun sup yang tak dipotong. Cuci bersih-bersih akar dia and masukkan semua sekali.

7. Lepas tu masukkan setengah cawan susu cair. Ni yang buat kuah sup ni sedap and rasa lemak. Susu cair ni tak manis, tapi dia rasa lemak. Any brand. But susu cair je tau? Jangan korang bantai letak susu sejat or susu segar pulak. Time ni korang letak la garam. Untuk seekor ayam biasa I letak satu sudu setengah garam guna sudu kecik. Kena la rasa sendiri ikut korang punya selera.

8. Pastu korang keluarkan ayam tadi and sejukkan. Dah tu korang siat-siat la macam ni. Kalau ada food processor boleh guna. Zraap zraappp dah setel. Takyah sesusah. Lepas tu, tulang dia, masukkan balik dalam sup.

RESEPI BEGEDIL YANG SEDAP 
Kredit Resepi : SINI

Bahan bahan:
1/2 kg ubi kentang
200 gm daging/ayam kisar - goreng tanpa minyak
2 sudu teh lada sulah-tumbuk lumat
1 sudu besar bawang goreng
2 tangkai daun sup - dihiris halus
1/2 labu bawang besar - di potong dadu
2 biji telur ayam - asingkan kuning dan putih
Garam secukup rasa

Cara cara:
1. Kupas kentang dan potong sederhana nipis. Cuci dan toskan. Goreng sehingga masak, angkat dan toskan. Lenyek/tumbuk sehingga lumat semasa masih panas. Ketepikan dulu.

2. Masukkan semua bahan kecuali telur di dalam satu bekas. Gaul rata dan dirasakan dulu garamnya. Setelah secukup rasanya, baru dimasukkan telur kuning. Ambik sedikit adunan dan dikepal kepalkan. Bentukkan bulat dan kemudian dileperkan sedikit. Buat sehingga habis.

3. Dalam bekas lain, kocak kocakkan telur putih. Celupkan setiap ketulan begedil tadi dengan telur putih terlebih dahulu sebelum digoreng dengan minyak yang telah betul betul panas sehingga berwarna keemasan. Minyak tak perlu banyak sangat, agak agak tenggelam separuh begedil sahaja. Nota: boleh juga jika ingin menggunakan sebiji telur (putih dan kuning telur) untuk mencelup.

4. Guna api sederhana je. Teknik supaya bergedil tidak pecah ialah jangan dibalikkan begedil sehingga ia betul-betul garing. Agak agak sebelah bawah dah garing baru terbalikkan. Goreng sehingga warna keemasan dan angkat. Insyallah begedil tidak pecah, gorengnya pun lawa. Bila dah masak, angkat dan toskan atas tisu dapur. Sedia untuk di makan bersama soto atau di makan begitu saja.

Jempulah cuba cara masak soto ayam mudah dan sedap.

Baca sini : 15 Koleksi Resepi Menu Ayam Mudah Untuk Seisi Keluarga
Baca sini : Resepi Rendang Ayam Kelantan Yang Mudah Tanpa Tumis
Baca sini : Senarai Koleksi 17 Resepi Air Sedap Untuk Berbuka Puasa



8 Comments

  1. Assalamualaikum Wrmbth, Salam isnin dari Maznee

    Sedapnya wani

    kuahnya kalau buat pedas pedas makan panas panas

    nyum2

    ReplyDelete
  2. nampak mcm sedap...
    kalau kita berjiran, dapatlah minta semangkuk ni ...
    mrs pip mmg zero lah bab bab masak yang rumit2 ni ...

    ReplyDelete
  3. Menarik betul.. Bila lengkap bahannya, memang mavelas r..

    ReplyDelete
  4. nampak sedapnya...terliur betul tengok gambar begedil tue..nak try buat guna resipe sis share ni

    ReplyDelete
  5. Terliurnyaaa soto...my feveret nihh...bahaya makan..sebab wajib bertambah-tambah

    ReplyDelete
  6. Sedapnya, dah lama tak makan soto...

    ReplyDelete
  7. tiba2 mau masak soto pulak malam nanti hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post