10 Resepi Cup Cake Popular Dan Sedap Untuk Dicuba

Salam semua, cupcake adalah kek yang dimasak dalam cawan kertas. Nampak comel dan selalunya cupcake dihiasi dengan deko seperti buttercream, cream cheese frosting dan banyak lagi . 

Ikut kesesuaian cupcake itu juga. Ada juga yang tak ada deko. Kalau sis lebih suka yang tak ada deko.

Cupcake sekarang dah banyak menghiasi majlis - majlis sebagai salah satu desert untuk dihidangkan. 

Tempahan sekarang pun dah boleh buat ikut tema. Tak kira untuk hari jadi, pertunangan, perkahwinan, hadiah kejutan, banyak lagi kan. 

10 Resepi Cup Cake Mudah Untuk Dicuba

Nak kata susah sangat cara buat cupcake ni, tak juga. Bagi sis macam adunan kek biasa, cuma bezanya letak dalam cawan kertas. 

Letak dalam cawan kertas ni ada fungsi jugak, senang nak makan. Buat penggemar cup cake, jom lah cuba resepi cupcake yang mudah dan sedap. 


Cupcake


1. Resepi Oat Coklat Cup Cake

Bahan - Bahan
1 cawan oat
1 1/4 cawan air panas atau boleh digantikan dengan susu segar lagi sedap
1/2 cawan serbuk koko
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula halus ( nak kurang manis boleh kurangkan )
1 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
2 biji telur dipukul ringan
1/2 cawan minyak
2 sudu teh esen vanilla
1/2 cawan coklat chip ( yang semi- sweet lagi sedap optional )

* Tepung gandum diayak bersama dengan baking powder dan baking soda.

Cara - Cara
1. Dalam mangkuk besar, masukkan oat, serbuk koko, susu segar dan kacau sehingga sebati sehingga ke semuanya menyerap.
2. Kemudian, masukkan minyak, gula halus, telur , garam dan esen vanilla. Kacau hingga sebati.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul rata sehingga menjadi adunan.
4. Sediakan kertas cawan secukupnya dan masukkan  separuh adunan bagi setiap kertas cawan.
5. Nak tabur dengan coklat chip pun boleh optional ya.
6. Kemudian bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150 C selama 20 - 30 minit.
7. Keluarkan dan alihkan atas rak dan biarkan sejuk sepenuhnya.

Baca : Resepi Kek Marble Susu Yang Lembut, Moist Dan Gebu Sukatan Cawan


Cupcake

2. Resepi Coklat Cup Cake Yang Paling Mudah Dan Moist Tanpa Telur

Bahan - Bahan
1 1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan serbuk koko
1 cawan gula halus ( nak kurangkan manis, boleh kurangkan gula )
1 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
1 cawan kopi suam ( larutkan 1 1/2 sudu teh nescafe ke dalam 1 cawan air suam )
1 sudu teh cuka makan
2 sudu teh esen vanilla
6 sudu besar atau 1/4 cawan + 2 sudu besar minyak ( optional guna minyak zaitun pun boleh )

Cara - Cara
1. Dalam satu bekas yang besar, satukan tepung gandum, serbuk koko, gula halus, baking soda dan juga garam.
2. Dalam bekas lain, satukan 1 cawan kopi suam, cuka, vanilla dan juga minyak. Kacau sebati.
3. Tuangkan bahan basah ke dalam bahan kering dan kacau sehingga menjadi adunan yang pekat.
4. Masukkan adunan ke dalam paper cup, 2/3 separuh daripada paper cup dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150 C selama 18 ke 20 minit.
5. Nak tahu masak, cuba cucuk dengan lidi, kalau keluar licin tanda dah masak.


cupcake

3. Resepi Kek Carrot Cup Cake Yang Moist Dan Sedap

Bahan - Bahan 
1 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*
1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak)
2 biji telur gred "A"
3/4 cawan minyak jagung
1/2 cawan gula perang atau soft brown sugar (resipi asal guna 1 cawan gula kastor)
1 1/4 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya
1/2 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar
1/2 cawan kelapa kering
1/2 cawan kacang walnut, cincang

Bahan Cream Cheese Topping 
70 g mentega tanpa garam
125 g cream cheese
1 camca teh esen vanilla
1 1/2 camca besar gula aising, diayak

Cara - Cara 
1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan sedikit minyak, alas
dasar tin dengan kertas minyak.
2. Walnut digoreng tanpa minyak hingga wangi, angkat danketepikan.
3. Kelapa kering juga digoreng tanpa minyak hingga harum, tapi jangan sampai hangus, kasi perang sedikit saja, angkat dan ketepikan.
4. Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata,
sebati dan gula hancur (kurang lebih 3 - 4 minit). Masukkan bahan - bahan  diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati, gunakan spatula.
5. Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi. Gaul rata menggunakan
spatula hingga mesra. Tuang dalam tin dan bakar selama 55 minit - 1 jam atau hingga masak.
6. Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese dan hias ikut suka. Simpan
kek dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan.

5. Untuk Cream Cheese :- Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus. Gunakan kelajuan sederhana. Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka.

Baca :  Resepi Kek Pisang Sukatan Cawan Yang Mudah Dan Moist Hanya Guna Blender


cupcake

4. Resepi Oren Cup Cake Yang Mudah

Bahan - Bahan 
1 1/4 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula halus
1  sudu teh baking powder
1/4 sudu teh baking soda
70 gm mentega dilembutkan suhu bilik
1/2 cawan jus mandarin oren
Parutan kulit limau untuk sebiji oren
2 biji telur gred A

Cara - Cara 
1. mentega dan gula  diputar sehingga kembang dan masukkan telur satu persatu, putar lagi sehingga betul betul kembang
2. masukkan tepung secara perlahan - lahan, kaup balik dan diselang selikan dengan jus oren dan juga parutan kulit limau.
3. tuangkan sama banyak ke dalam paper cup  dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan dalam masa 20 - 25 minit bergantung kepada suhu oven masing masing.

Nota :  Dapat dalam 12 biji cupcake

cupcake

5. Resepi Coklat Mayonis Cup Cake

Bahan - Bahan 
1 cawan tepung
1/2 cawan gula kastor
3 sudu besar serbuk koko
Secubit garam
1 sudu teh baking powder
1/2 cawan mayonis
1/2 cawan nescaffe segera yang telah di bancuh bersama air
1 sudu teh esen vanilla

Cara - Cara 
1. Panaskan oven pada suhu 175C
2. Sediakan cawan kertas secukupnya.Letakkan cawan kertas dalam muffin trayKetepikan
3. Ayakkan tepung, serbuk koko, garam, dan baking powder dan gula.
4. Dalam bekas lain, satukan mayonnaise, nescaffe dan esen vanilla.
5. Tuangkan dalam adunan tepung tadiPukul adunan hingga bergaul sempurna.
6. Sudukan adunan ke dalam cawan kertas 3/4 cawan.Bakar dalam oven pada suhu 150 C atau ikut suhu oven masing - masing  selama 25 minit atau sehingga masak.
7. Setelah masak keluarkan dan sejukkan atas redai.

Nota : 
1. Masa membakar jangan terlebih bakar kerana kek akan kering nanti jika over cook.
2. Cucuk tengah kek dengan lidi untuk memastikan kek telah di bakar sempurna. 
3. Jika lidi keluar licin bermakna kek telah di bakar dengan sempurna.

Resepi di bawah ni untuk satu adunan. Kalau buat 1/2 adunan cup cake, ganache coklat ni buat 1/2adunan pun ok.

Ganache Chocolate Cream 

Bahan - Bahan 
250 gm dark chocolate ~ coklat masakan gelap dan hiris halus
250 gm krim tenusu ~
1 sudu makan sirap glukos atau golden sirap ( sirap kencana)
1 sudu besar butter
1 sudu teh esen vanila

Cara - Cara  
1. Panaskan krim tenusu bersama  sirap glucos hingga terbit buih2 kecil tepi periuk sahaja.
tuangkan dalam mangkuk berisi irisan coklat biar sekejap dan kemudian gaul rata hingga ia mencair
2. Tambahkan butter dan gaul rata. Jika adunan masih berketul panaskan adunan dengan kaedah double boiler hingga adunan licin.
3. Biarkan adunan sejuk sepenuhnya.Kemudian putar adunan hingga adunan kental.
5. Masukkan dalam piping bag, letakkan nozel dan sedia untuk di hiaskan pada kek
6. Hiaslah kek mengikut kreativiti masing-masing.

Tengok ke semua resepi cup cake ni, macam sedap pulak. Tapi tak berapa rajin nak buat dah sekarang ni. 

6. Resepi Cupcake Coklat Kukus 

cupcake

Bahan A
Serbuk coklat 1 cawan
Gula 1 cawan
Susu pekat 1 cawan
Susu cair 1cawan
Minyak masak 1 cawan

Satukan bahan di atas. Masak atas dapur api perlahan untuk sekatakan dan gula hancur. Tutup api. 

Bahan B (Diayak)
Tepung gandum 1¹/⁴cawan
Baking powder 2sudu kecil
Baking soda 1sudu kecil

Bahan C
Telur 3 bji
Esen vanilla 1sudu kecil

Cara - Cara 
1. Panaskan kukusan 
2. Sementara tunggu kukusan panas, pukul telur hingga kembang gebu.
3. Kemudian masukkan bahan Koko yang di masak dan gaulkan sebati.
4. Masukkan bahan diayak sedikit demi sedikit hingga habis dan masukkan esen vanilla.
5. Sediakan bekas kecil cup kecil masukkan acuan.
6. Kemudian, tuang adunan 3/4 penuh.
7. Penutup kukusan balut kain untuk elak air wap masuk.
8. Kukus 10 minit hingga masak.

Nota : 1 dapat 25 biji cupcake

Kredit : Nadia Hanim Mohd Azimi | Group Masak Apa Hari Ni

7. Resepi Cupcake Coklat Chip Tanpa Telur 

cupcake

Bahan A 
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
¾ cawan gula

Bahan - bahan di atas diblend 3 minit

Bahan B (diayak )
1¼ cawan tepung gandum
½ cawan serbuk koko
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil soda bikarbonat
3 sudu besar susu tepung

Hiasan
Coklat chip secukupnya

Cara - Cara :
1. Tuangkan adunan A dalam adunan B. Gaul sebati. 
2. Letak sedikit emulco/perisa coklat. 
3. Sudukan dalam acuan lompang yg diletakkan kertas cupcake. T
4. Tabur choc chip diatasnya. 
5. Kukus dengan api yg kuat selama 15minit.

Kredit : Roslina Abdullah | Group Masak Apa Hari Ni  

8. Resepi Cupcake Vanilla 

cupcake

Bahan Untuk Cupcake:
125g tepung naik sendiri
125g gula kastor
1/4 sudu teh soda bikarbonat
125g unsalted butter,
2 biji telur gred A
1 1/2 sudu besar susu full cream (Dutch Lady)
1/2 sudu kecil ekstrak vanila atau esen vanila

Bahan Untuk Buttercream:
200g unsalted butter
400g gula icing, ayak
2 sudu besar susu full cream (Dutch Lady)
1/2 sudu teh ekstrak vanila atau esen vanila

Cara untuk cupcake:
1. Ayak tepung naik sendiri bersama soda bikarbonat. 
2. Dengan menggunakan mixer atau whisk, pukul butter bersama gula sehingga warna menjadi kuning pucat.
3. Kemudian, masukkan telur sebiji demi sebiji diikuti vanila esen dan pukul lagi sehingga sebati.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, diselang-selikan dengan susu dan kacau sehingga adunan sebati.
5. Sudukan adunan ke dalam cawan kertas anggaran separuh penuh.
6. Bakar di dalam oven pada suhu 160 celcius selama 10-15 minit, atau sehingga kek kekuningan. 
7. Cucuk dengan lidi, jika lidi keluar bersih bermakna kek sudah masak.

Cara Untuk Buttercream:
1. Satukan susu dan esen vanila di dalam bekas, letak ke tepi.
2. Pukul butter yang telah lembut sehingga berkrim dan warna menjadi putih pucat.
3. Perlahankan mixer, dan masukkan gula icing sedikit demi sedikit kemudian kacau sehingga lembut dan sebati.
4. Tuang pula adunan susu dan vanila tadi sedikit demi sedikit, dan kacau sehingga mendapat tekstur yang lembut dan sekata.
5. Masukkan buttercream ke dalam piping bag yang telah dipasang nozzle mengikut kesukaan anda. 
6. Paip dengan cantik di atas cupcake tadi. 

Nota : 
Boleh sejukkan dulu buttercream selama 10 minit di dalam peti ais supaya senang dibentuk.

Kredit : https://resepichenom.com/resepi/vanilla-cupcake/show

9. Resepi Hokkaido Cupcake 

cupcake

Langkah 1
1. Pecahkan 4 biji putih telur ( Kuning telur letak dalam bekas lain )
2. 4 sudu besar gula halus

Cara - Cara
1. Mixer sampai bertanduk jadi meringue
2. Letak tepi dulu yang meringue

Nota : Meringue jangan ada bercampur sedikit air atau kuning telur.

Langkah 2 
1. 4 biji kuning telur (yang dah ada dalam bekas tadi)
2. 3 sudu besar gula

Cara - Cara
1. Kacau - kacau guna whisk sampai sebati
2. Masukkan susu cair setengah cawan ( saya guna dutch lady)
4. Minyak masak 5 sudu besar.
5. Sambung kacau guna whisk sampai sebati

Langkah 3 ( ayak dulu)
1. 1/2 cawan gandum
2. 2 sudu besar tepung jagung/kastard
3. Setengah sudu kecil baking powder

Cara - Cara
 1. Masukkan langkah 3 ke dalam langkah 2.
2. Kacau guna whisk sampai sebati
3. Kemudian, campurkan dengan langkah 1 tadi.
4. Kacau sampai sebati

Cara Bakar 
1. Guna api atas dan bawah suhu 160 dalam masa 20 minit. 
2. Nak keluarkan tu, cucuk dengan lidi kalau dah tak melekat tanda dah masak. 

Nota :
1. Jangan lupa panaskan oven dulu dalam 10 minit suhu 170.
2. Suhu bakar bergantung atas oven masing - masing. 

Cara Buat Inti Kastard 

Bahan - Bahan
Marjerin 1 sudu
Susu cair 200 ml
1 sudu besar tpung gandum
1 sudu besar kastard
1 biji telur
4 sudu besar gula

Cara - Cara 
1. Masukkan susu cair dan marjerin dalam periuk. 
2. Panaskan dulu untuk cairkan marjerin
3. Masukkan tepung gandum, kastard, telur dan gula.
3. Masak atas dapur guna api kecil

Nota : 
1. Jangan masak lama nanti keras. Sekadar pekat - pekat. 
2. Cara nak letak filling, ambil chopstick untuk buat lubang di tengah. Kemudian, paipkan filling kastard tadi. 
3.Guna telur gred A utk dpt banyak biji
4.Tabur gula ising utk hiasan

Kredit : Sarihah Ismail | Group Masak Apa Hari Ni

10. Resepi Red Velvet Cupcake 

cupcake

Bahan - Bahan A  (Buttermilk)
230 ml susu cair
1 sudu besar pewarna merah
1sudu teh esen red velvet
1sudu teh cuka

Bahan - Bahan B
250gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
2 sudu teh koko
113 gm marjerin pelangi
1 sudu teh esen vanilla
2 biji telur gred A kalau B 3biji
150 gm gula halus 

Bahan - Bahan C
1 sudu teh cuka*
1 sudu teh soda bicarbonat*

Bahan bertanda * campur keduanya dan biarkan sekejap

Cara - Cara
1. First buat buttermilk,  campur susu, cuka, pewarna merah. Biarkan selama 15 hingga 20minit
2. Ayak tepung, serbuk penaik.dan koko. Ketepikan.
3. Pukul butter dan gula castor hingga hancur dan nampak kembang.
4. Masukkan telur sebiji sebiji dan masukkan vaniila esen. Pukul lagi hingga kembang.
5. Campurkan buttermilk berselang seli dengan tepung ke dalam bancuhan.
6. Akhir sekali masukkan bahan cuka dn soda tadi ke dalam adunan.
7. Bakar 160℃ selama 25minit tengok saiz cup. 
8. Cucuk dengan lidi nak tahu masak ke tak. Kalau tak lekat tanda dah masak. 

Kredit: Licz Lieyza Yusof | Group Masak Apa Hari Ni

Resepi cup cake memang menjadi pilihan ramai, sebab ianya mudah dan cantik bila letak dalam paper cup.  

Kira ok dah kongsi dengan korang semua ni ya. Selamat mencuba. Terima kasih penyumbang resepi. 

7 Comments

  1. paling nk try cupcake orange tuuuu

    ReplyDelete
  2. sedapnyaaa kak! kita jarang buat cupcake ni..

    ReplyDelete
  3. wahhh dapppnyaaa. bila nak belanja ni kak wani? hihi

    ReplyDelete
  4. nice kak wani.. sedap tu tengok pon terliur... nak mintak sikit boleh huhuuhuu. (p)

    ReplyDelete
  5. wah best nya....selalu buat yang coklat je..boeh cuba yang lain ni..

    https://yamanaimy.blogspot.com/

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post