4 Produk Pilihan Yang Perlu Ada Di Setiap Rumah Dari AFY Haniff Serai Wangi


4 Produk Pilihan Yang Perlu Ada Di Setiap Rumah Dari AFY Haniff Serai Wangi | Salam semua, ramai di kalangan kita tidak ambil berat tentang tahap kebersihan di dalam rumah.Di dalam rumah sendiri pun kadang - kadang ada risiko yang boleh mendatangkan penyakit. Lagipun di rumah ni, ada anak - anak kecil dan orang dewasa kan. Jadi, persekitaran yang sihat itu penting untuk mengelakkan daripada berlakunya jangkitan yang tidak diingini. Kadang - kadang susah betul nak cari produk pencuci yang selamat digunakan dan bebas bahan berbahaya.

4 produk pilihan dari afy haniff serai wangi

Kalau sis sendiri, sis tak boleh bau sangat pencuci yang bau kuat sangat. Macam nak pening kepala. Sis pun kalau jalan - jalan kat pasar raya tercari - cari jugak produk pencuci mana yang bahannya semulajadi dan bebas dari bahan berbahaya. Sampai lah terjumpa dengan produk dari AFY Haniff ni. Sebelum ni, pernah guna yang nak halau lipas tu yang dalam bentuk kiub. Ambil seketul, letak kat mana - mana tempat yang lipas suka merayap. Sis ingatkan kiub tu lama - lama hancur tapi tak, kekal bentuk macam tu. Dah la bau serai wangi.

AFY Haniff - Pelopor Produk Serai Wangi 


4 produk pilihan dari afy haniff serai wangi

Siapa yang tak kenal pokok serai wangi eh, ada tak ? Kat rumah sis sendiri ni pun ada pokok serai wangi. Serai wangi memang dah kita tahu banyak manfaatnya. Ingat zaman kanak - kanak  dulu, bonda sis selalu rebus air serai wangi ni untuk mandi. Tapi tahu untuk mandi jerr la. Tak sangka pulak serai wangi ini boleh dijadikan formula organik untuk menghalau serangga. Hebat tak hebat AFY haniff boleh cipta formula organik macam ni hanya dari pokok serai wangi.

Rupanya banyak lagi produk lain keluaran AFY Haniff ni, dan ada jugak yang pembungkusan dah berwajah baru. Sis jer yang terlepas pandang. Apa lagi, terus cuba nak guna.

Sokong #BMF Beli Produk Muslim - AFY Haniff 


4 produk pilihan dari afy haniff serai wangi

Kenapa sis pilih produk AFY Haniff  ?  Salah satu sebabnya sis nak sokong kempen beli produk muslim. Sekarang kan ada kempen untuk beli produk muslim. Jom kita mengutamakan produk muslim, dari segi untuk produk pencuci ni, sis cadangkan sangat bertukar kepada AFY haniff.

Buat korang yang nak tahu, Syarikat AFY haniff adalah 100 % syarikat IKS tempatan yang diusahakan sejak 2006 lagi. Lama jugak tu kan. Lagipun, dengan formula organik dari pati serai wangi yang mampu untuk menghalau serangga untuk kegunaan seisi rumah tanpa memberi mudarat kepada pengguna.

Nak cari produk ini pun tak susah mana, rata - rata kat supermarket semua ada. Korang boleh cari di Giant, Mydin, Tesco dan Aeon.

4 Produk Utama AFY Haniff Untuk Kegunaan Di Rumah 

Sebenarnya, sis tertarik nak ambil 4 produk ini disebabkan ia sesuai untuk mewangikan rumah sis pulak. Ya lah, rumah sendiri pun nak kena wangikan jugak. Rasa macam dah lengkap. Nak tahu apa 4 produk ini yang dah sis pilih. Di antaranya adalah :

1. Pewangi Fabrik D'MENC AFY haniff
2. Sabun Pencuci Pinggan 40 DAYS AFY haniff
3. Pencuci Tangan Berbuih PLASH AFY haniff
4. Penghalau Serangga Secara Semulajadi SWiPEL AFY haniff

Ke semua produk ini sis dah review nanti sis nak cerita lanjut. Sesiapa yang perasan tu, ada packaging untuk produk AFY haniff ini dah bertukar kan. Memang lain sangat nampak lagi wow ! bekas pun cantik yang penting mudah nak guna terus.

Selain itu, ada juga untuk pertambahan produk baru yang dikeluarkan oleh AFY haniff.

Masalah Serangga Seperti Semut, Lipas, Lalat Di Rumah 

Bercerita masalah serangga di rumah ni memang tak habis - habis ada jerr serangga yang merayap. Bukan setakat atas lantai, atas meja makan pun naik juga ya. Ya lah ruang dapur tu, tempat kita memasak, tempat simpan makanan, tempat nak makan.

Sis akui meja makan pun selalu jer semut naik, korang pun pernah jugak kan.

Kalau ikutkan masalah begini, macam- macam cara dah sis guna. Letak macam serbuk tu pun ada. Itupun kena letak tersorok sikit, takut nanti ada yang terpijak ke, kalau ada anak kecil kat rumah ni lagi susah.Nanti tak pasal termakan ke, budak kan. Nampak serbuk macam tu ingat makanan. Haih,  susah betul.

Sis pasti yang orang lain pun ada masalah sama macam sis kan.

1. Review | Penghalau Serangga Secara Semulajadi SWiPEL AFY haniff  


4 produk pilihan dari afy haniff serai wangi

Produk utama AFY haniff ni adalah serai wangi penghalau serangga. Kalau korang perasan, untuk packaging nya dah berwajah baru. Nama pun dah lain sebab  AFY haniff dah buat penjenamaan baru ke atas beberapa produk. Kalau dulu nama serai wangi penghalau serangga sekarang dah ada nama baru 'SWiPEL'.

SWiPEL ni nama penuhnya 'Serai Wangi Insect Repellant'. Daripada pek lama berubah kepada pek baru. Lagipun, yang mudah nak guna terus pun ada. Sembur - sembur jerr. Yang sis ambil ni yang jenis spray. Kenapa sis pilih yang ini, sebab ia sesuai untuk kegunaan rumah sis. Bahan - bahan yang terkandung dalam SWiPEL pun sudah tentu selamat digunakan sebab ia berasaskan pati serai wangi.

Macam yang sis bagi tahu, masalah serangga ni memang akan sentiasa ada, kita jerr yang perlu ambil perhatian kan. Kalau boleh rumah nak la bebas dari serangga - serangga seperti lipas, semut, lalat semua tu. Terutamanya di ruang dapur, ruang makan yang sentiasa menjadi zon untuk serangga ni merayap. Kalau siang hari nampak la lagi. Kalau malam entah apa yang merayap. Betul tak.

Sis dah cuba SWiPLE jenis spray ni, memang membantu sis untuk menghalau serangga secara semulajadi. Kalau sebelum ni, nampak ada jerr yang merayap. Tapi, kali ini sis perasan tak nampak pun.

Cara Penggunaan SWiPEL Hanya Semudah 4 Langkah


4 produk pilihan dari afy haniff serai wangi

1. Cara nak guna mudah jer, disebabkan dalam botol yang mudah spray terus lagi senang. Sebelum tu, kena goncang dulu.
2. Sembur di atas permukaan.
3. Biarkan dalam beberapa saat.
4. Kemudian lap dengan menggunakan kain.

Itu sahaja, bukan saja nak halau serangga, malah mewangikan ruang dapur korang tu dengan aroma serai wangi.

2. Review | Pencuci Tangan Berbuih PLASH AFY haniff 


4 produk pilihan dari afy haniff serai wangi

Untuk pencuci tangan pula, bukan jenis tekan keluar yang pekat tu, sis ingat jenis macam keluar pekat. tapi untuk cucian tangan dari AFY haniff ini jenis berbuih. Sekali tekan ok dah jangan tekan banyak kali. Untuk sekali tekan tu dan elok nak cuci keseluruhan tangan. Wanginya bau aloe vera. Tangan pun lepas basuh lembut jer.

Keistimewaan Pencuci Tangan Berbuih Plash AFY haniff

Nak tahu apa lainnya pencuci tangan berbuih AFY haniff ini tak. Di bawah ini sebabnya :

1. Mempunyai lapisan kelembapan berganda kaya dengan ekstrak melembut kulit untuk melembut, mencuci dan memelihara tangan selepas menanggalkan kotoran dan minyak.
2. Lengkap dengan nutrisi semulajadi berasaskan tumbuhan sesuai untuk kulit.
3. 100% bebas dari phtalates, paraben, petrokimia, silikon dan lebih 400 bahan kimia lain yang boleh memudaratkan kesihatan dalam jangka masa panjang.
4. Pilihan yang lebih selamat dan mesra alam untuk seisi keluarga.

4 produk pilihan dari afy haniff serai wangi

Sis suka sebab ia boleh nak kunci. Cuma tolak tepi sikit tak boleh tekan keluar dah. Bagus ambil langkah keselamatan macam ni, tak adalah kanak - kanak yang nak main tekan - tekan. Maklum lah kan, kita ni kadang - kadang terlepas pandang. Semasa nak guna tu boleh la tolak ke dalam yang ada lubang sikit, baru boleh tekan keluar.

3. Review | Pewangi Fabrik D'MENC AFY haniff


4 produk pilihan dari afy haniff serai wangi

Dulu, sis tak ambil berat sangat tentang jenis pewangi semburan bagi nyah bau kurang sedap ni. Rupanya penting juga lah ya untuk menghilangkan bau yang kurang menyenangkan. Ya lah di sekeliling kita bukannya nampak bakteria dengan mata kasar. Jadi, penggunaan pewangi fabrik D'menc dari AFY haniff ni dapat nyahkan bau yang tidak diingini.

Sis dah cuba gunakan semburan D'menc ni, yang sis guna ni pewangi bau 'romantic strawberry'. Wangi bau nya selepas sembur. Hilang terus bau yang kurang menyenangkan.

Pewangi D'menc ni sesuai untuk digunakan pada :

1. Langsir
2. Sofa
3. Karpet
4. Kasut
5. Cadar katil
6. Baju
7. Topi Keledar
8. Tempat duduk dalam kereta

4 produk pilihan dari afy haniff serai wangi

Ok lah selesai dah masalah sis pasal bau yang tidak menyenangkan ni. Puas hati guna D'menc.

4. Review | Sabun Pencuci Pinggan 40 DAYS AFY haniff


Ikutkan sis, kalau masuk bab sabun pencuci pinggan sis jenis memilih sikit. Sebabnya, kadang - kadang ada setengah sabun pencuci pinggan ni, gosok banyak kali pun payah sungguh nak tanggalkan kotoran degil.

4 produk pilihan dari afy haniff serai wangi

Kerja di dapur ni, paling renyah sikit bila bab nak basuh pinggan mangkuk. Terutama sekali dengan minyak yang melekat tak kira lah di kuali, periuk, pinggan mangkuk semua tu.

Sampai lah sis jumpa dengan sabun pencuci pinggan 40 days dari AFY haniff ni. Paling sis suka sebab dah boleh pam tak ada lah nak kena picit - picit botol. Kalau kotoran degil sis terus tekan letak di span dan terus gosok biar bagi hilang minyak degil. Lagipun, sabun pencuci pinggan ni pekat tak cair.

Tapi, kalau korang nak jimat sikit, korang boleh sediakan bekas lain, letak air dan juga pam sabun pencuci pinggan 40 days ke dalam bekas tersebut. Kotoran ringan - ringan boleh la, kalau kotoran degil macam minyak, terus pam gosok sampai hilang minyak.

4 produk pilihan dari afy haniff serai wangi

Oh lupa, sebenarnya ada dua pilihan, yang sis ambil ni yang pandan dan limau. Kali pertama, dengar sabun pencuci pinggan ada pandan.


Pilih Produk Yang Bersesuaian Untuk Kegunaan Di Rumah 

Keempat -empat produk sudah sis cuba, kalau dulu, sis tak ambil peduli sangat tentang penjagaan  persekitaran di dalam rumah. Rupanya penting pilih produk yang bersesuaian untuk persekitaran yang lebih sihat. Jadi, sis dah pilih produk dari AFY haniff ni.

Korang cuba lah ya, mana tahu nanti lari semua serangga yang ada dalam rumah kan. Sis pun makin lama guna, dah makin serasi. Sesiapa yang ada masalah dengan serangga di rumah, boleh lah cuba dari produk AFY haniff serai wangi. Buat yang tercari - cari produk muslim untuk produk pencuci dan wangikan rumah korang, AFY haniff sedia membantu.

Untuk maklumat lanjut tentang produk ini, boleh layari laman sosial dan laman web AFY haniff seperti di bawah :






















2 Comments

  1. Assalammualaikum nak tanya produk serai wangi ni dikira produk inovasi ker?

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post