Resepi Kek Coklat Moist Mudah Dan Sedap Sukatan Cawan

Resepi Kek Coklat Moist Mudah Dan Sedap Sukatan Cawan | Salam semua, lama betul tak buat kek coklat, entah apa yang sibuk tak tau. 

Kek coklat memang favorite sis nombor satu,kek lain tolak tepi dulu. Siapa lah yang tak suka coklat kan. 

kek coklat moist

Ada yang tolak coklat ke ? Mana mungkin coklat nak tolak. Kali ini sis nak kongsi dengan korang semua resepi yang kek coklat moist yang sis selalu buat. 

A keeper dah resepi ni. Kek coklat ada suka yang bakar dan ada suka kek coklat kukus.

Gambar kek yang dah lama buat, sebab tak sempat nak ambil gambar yang latest ni, shoot video jerr memanjang. 

Nampak smooth jer sos coklat nya. Yang latest buat ni, sos agak berketul. Jakun balik tangan nak kacau sos coklat. 

Tapi semestinya kalau kek coklat mesti lah nak moist kan. Ada yang suka kukus ada yang suka bakar.

Sis jenis tak kisah bakar boleh kukus pun boleh yang penting kek itu mesti moist teksturnya.

Kali ini sis nak share resepi kek coklat moist yang biasa sis buat tapi ini versi bakar. 

Resepi ini dah resepi a keeper untuk  kek coklat moist versi bakar. 

Kek ini tetap moist lagi lama dalam peti lagi moist tapi jangan lama sangat. Serius tau, cubalah.

Sekiranya korang tak nak kukus tapi nak versi bakar, cubalah resepi ini ya.Kek coklat Paling mudah dan sedap. 

kek coklat moist

Kek ini sis simpan semalaman dalam peti sebelum dituangkan sos coklat esok hari. Kalau korang nak buatkan topping terus pun tak apa.

Tapi pastikan kek sejuk sepenuhnya sebelum tuang sos coklat. Resepi kek coklat ni dalam sukatan cawan. 

Kalau kek dalam sukatan cawan ramai sangat yang cari. Pastikan korang guna cawan metrik ya.

Untuk resepi sos coklat yang mudah ini, sis lupa nak ayak serbuk koko, itu yang nampak berketul tu dalam video. 

Tapi tetap sedap. Nanti korang ayak ya. Sis memang suka jenis cair sikit untuk sos coklat dan bersalut banyak sikit di kek. 

Biar meleleh gitu. Kek coklat jarang sangat kalau tak buat topping dia tu, memang kena buat jugak tuang atas kek. 

Barulah sedap dan rasa penuh coklat gitu ya.

Nak lagi sedap gunalah serbuk koko premium lagi sedap kek coklat. 

Kita guna yang jimat bajet. Jemput lah tonton video di channel youtube sis. Jemput subscribe ya.

Resepi ni sis ambil di SINI.

Resepi Kek Coklat Moist Mudah Dan Sedap Sukatan Cawan 

Bahan A
2 Cawan Tepung Gandum
¾ cawan serbuk koko
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda

Bahan B
1 3/4 cawan gula halus
2 biji telur – Gred A
1 cawan susu segar atau susu cair ( kalau guna susu coklat lagi sedap )
1 cawan minyak jagung atau butter cair
1 sudu teh esen vanilla ( dalam video tak letak sebab tak ada stok )

Bahan C
1 sudu teh Nescafe ( kalau nak lagi tambah lah 2 sudu teh )
1 cawan air panas

Cara - Cara
1. Ayak tepung dengan serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat. Ketepikan sekejap.
2. Masukkan semua bahan B kedalam mangkuk pengadun dan putar seketika hingga semua bahan bercampur.
3. Masukkan pula tepung yang diayak tadi sedikit demi sedikit kedalam bahan B dan kacau hingga sebati.
4. Seterusnya masukkan bancuhan air nescafe dan kacau rata.
5. Tuang adunan ke dalam  loyang 9” yang telah dialas dan bakar dalam 45 minit dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu sehingga kek masak.

Sis buat topping untuk kek coklat guna resepi sos coklat yang simple dan mudah.  

Kelainannya, sis masukkan nescafe sebab nak rasa sos coklat rasa kopi yang sedap. Cubalah sedap.

Cara buat topping coklat ( masak secara double boiler ) kalau rasa nak kurangkan manis tu boleh kurangkan susu pekat ya. 

Atau pun sambil kacau boleh adjust rasa nak manis lagi tambah susu pekat.

Resepi Topping Coklat Kukus Yang Mudah

Bahan - Bahan
3/4 cawan serbuk koko
3/4 cawan susu cair
2 sudu besar butter
1 /2 cawan susu pekat manis
1 sudu kecil nescafe

Cara - Cara
1. Satukan ke semua bahan ke dalam satu mangkuk tahan panas.
2. Panaskan air dalam periuk, bila dah mendidih, kecilkan api dan letakkan mangkuk tadi.
3. Kacau hingga likat dan berkilat,alihkan dari dapur, biarkan suhu panas turun sikit.
4. Siramkan atas kek bila dah sejuk.

Baca Juga : 


















4 Comments

  1. sedapnye kek.. teingat kek dalam peti.. hehehe.. nt nak cuber buat ikot resipi ni...

    ReplyDelete
  2. Nampak pun sedap.dulu sllu juga buat utk anak..
    boleh try lagi nti,,

    ReplyDelete
  3. halahhhaiii..kecur air liur laa wani..boleh buat nanti ni..

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post