Sunday, 12 April 2015

author photo
ASSALAMUALAIKUM.....


ada pernah tengok pokok wasabi tak.. wani baru kenal hihihi... nampak sangat tak tau .. tau nama je sebab dengar sushi terus kaitkan degan sos wasabi tu kan... sos yang dikatakan mempunyai bau yang sangat tajam dan juga rasa yang tajam.. tak sangka pohon wasabi tu macam tumbuhan rumput je. kalau anda nak tahu daripada akar pokok wasabi ni jugak boleh diproses dan dijadikan aiskrim.. entah macam mana rasa nak kata macam cili.. entahlah tak boleh nak cakap.itupun wani tengok kat tv.. macam -macam la kan... rasanya kat sini tak boleh tanam kot.. kat jepun tu banyak la wani ambil sikit keterangan dari wikipedia

 Wasabi (わさび atau 山葵?)(Wasabia japonica, atau: Eutrema japonica, bahasa Inggeris: Japanese Horseradish) adalah tanaman asli Jepun dari keluarga kubis (Brassicaceae). Parutan ubinya (rizoma) yang juga disebut wasabi, dimakan sebagai penyeri masakan Jepun, seperti sashimi, sushi, soba, dan ochazuke. Daun, tangkai, dan rizoma memiliki aroma harum, dan rasa tajam menusuk hingga ke hidung seperti mustard, tapi bukan pedas di lidah seperti cili.

Di tempat-tempat biasa, tanaman ini hanya tumbuh liar di daerah beriklim sejuk, di lembah pinggiran sungai atau di tengah air bersih yang mengalir perlahan-lahan. Di Jepun, wasabi tumbuh liar di sepanjang aliran sungai yang bersih dan sejuk (10-17℃) di daerah pergunungan pulau Honshu, Kyushu, dan Shikoku.

Tanaman herba tahunan, seluruh bahagian tanaman memiliki aroma harum sekaligus rasa pedas menyengat bila dimakan. Rizoma berwarna hijau terang, berbentuk bulat panjang dan mengecil di bagian bawah. Daunnay melunjur dari bahagian rizoma, tangkainya agak panjang dan tumbuh ke atas dengan daun yang melebar. Daun berbentuk seperti jantung, diameternya sekitar 10 cm. Di musim bunga, dari rizoma akan keluar tangkai bunga, daun akan bersilangan, dan ukuran daun lebih kecil dari daun yang melunjur terus dari rizoma. Bunga akan keluar di hujung tangkai, mekar di akhir bulan Februari-Mac dan berwarna putih.. kalau nak tahu lebih lanjut lagi boleh baca kat sana,,,,



   ini apa?? siap ada wasabi versi kit kat kat Jepun..  ... :D. kalau yang kat Malaysia ni warna merah... kat sana warna hijau ,, nampak sangat kan... entah macam mana la rasa ..siapa-siapa yang pergi Jepun jangan lupa beli coklat ni .. hihi.. hari ni saja nak berkenalan dengan pokok wasabi.. sebab tak pernah tengok terima kasih buat mr google.. ...

This post have 7 komentar

avatar
Sury Abil delete 4 June 2013 at 17:24

owwww gitu rupe nye ye...x prnh gak tgok n tau asal usul wasabi ni..

Reply
avatar
Amie delete 4 June 2013 at 18:56

First time tengok pokok wasabi... he he ehh saya lagilah terlebih jakun sebab tak pernah tengok sebelum ni Wani!

Reply
avatar
Bbwana adienia delete 4 June 2013 at 19:59

hai wani..baru pertama kali juga nampak rupa pokok wasabi..penah makan seaweed perisa wasabi..x suka la dengan rasanya..ada rasa pedas yang tajam..

Reply
avatar
adda syuhada delete 4 June 2013 at 21:55

salam....
cmni rupanya pokok wasabi..agak2 kalau tanam dalam pasu hidup tak?.....kihkihkih...

Reply
avatar
rahel delete 4 June 2013 at 22:13

first time tengok pokok wasabi...huhu...

Reply
avatar
Nooriah Abdullah delete 16 April 2015 at 07:26

kaknoor pun pertama kali tengok pokok ni, nak macam pegaga sikit daun nya tu kan, tapi pedasnya ya ampun

Reply
avatar
Nooriah Abdullah delete 16 April 2015 at 07:26

kaknoor pun pertama kali tengok pokok ni, nak macam pegaga sikit daun nya tu kan, tapi pedasnya ya ampun

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang