-->

Saturday, 11 October 2014

author photo
Resepi Gulai Kawah Kelantan Paling Simple Dan Sedap 


salam semua

bertemu di entry hari ini  :)) asyik post entry kek je kan ...oklah hari ni entry pasal resepi daging pulak .. maklumlah hari raya haji baru je berlalu dan  daging korban masih ada lagi dalam freezer .. entah nak masak apa.. tiba- tiba teringat ada rempah yang wani beli siap untuk gulai kawah..lupa dah brand apa.. wani guna rempah tu dan ada tambah 1 1/2 sudu teh  rempah kerutuk  sebab wani tambah ikut resepi ni.. tapi wani buat ni dah jadi gulai periuk sebab guna periuk... bukan guna kawah hiii

kalau ikut arahan cara guna rempah tu guna rempah tu jer tak ada langsung bahan bahan yang di blender. tapi wani tambah macam dalam resepi niii..macam tak ada bahan pemekat jer ..rasanya lebih kurang lah gulai periuk katakan.. nak gulai kawah kena nanti ada kenduri laa jawabnya hii..kalau gulai macam ni sedap cicah roti tak pun lempeng pun sedap...wani tak masukkan daging saja ,, habis semua campur limpa dan hati pun ada .. tahun ni,,, ini kali pertama wani ada limpa hati ni dah lama dah tak makan benda benda dalam bukan tak nak makan tapi nak kurangkan makan  huu   tapi dah rezeki kan  dapatkan takkan lah tak nak buat apa apa .. kalau masak gulai  macam ni santan pun wani tak ikut sangat resepi main letak asalkan ada rasa sudah hiii...oklah semak resepi ya .. panjangkan kat sini pulak...selamat berhujung minggu


Resepi Gulai Kawah Kelantan Paling Simple Dan Sedap

Resepi Gulai Kawah Kelantan Paling Simple Sama Dengan Tempat Kenduri 

Bahan - Bahan 
Daging cincang 1/2 kg
Santan pekat 1 cawan
Air masak secukupnya
bawang merah besar 2 labu
bawang puteh 3 ulas
halia 2 inci
lengkuas 5 hiris
kunyit hidup 1 inci
serai 2 batang
cili kering 5 tangkai
rempah gulai darat 2 sudu besar
rempah kerutup 1 sudu kecil
air asam jawa
nise 1 - 1 1/2 keret (sama fungsi dengan gula merah/gula melaka. kalau takde gula biasa pon boleh)
garam buku

Cara Masak Gulai Kawah
1)Daging cincang direbus hingga empuk. Bawang merah dan bawang puteh dicincang halus. Cili

kering direndam kemudian dimesin dengan halia, lengkuas, kunyit hidup dan serai.

2)Tumis bawang merah dan bawang puteh. Bila dah agak kekuningan dan wangi, masukkan bahan yang dimesin.

3. Masak sampai sebati dengan minyak. Kemudian masukkan rempah gulai darat serta rempah kerutup tadi. Kacaukacau biar jangan hangit.

4. Masukkan sedikit air untuk mesrakan kesemuanya.

5. Biar rempah betul betul masak dan bertukar warna jadi agak gelap sedikit baru masukkan daging beserta dengan air rebusan daging. Masak dengan api yang kecil.

6. Masukkan santan. Tidak lama lepas tu masukkan air asam jawa. 

7. Terus memasak dengan api yang kecil. Akhir sekali perisakan gulai dengan nise serta garam. Alhamdulillah dah siap pun gulai kawah.

Kredit resepi : matahati-mama.blogspot.com

This post have 2 komentar

avatar
Unknown delete 11 October 2014 at 19:54

Salam wani aduss tengok gulai ni mmg best sngt macam2 ada dlm gulai ni kan

Reply
avatar
Amie delete 11 October 2014 at 20:01

Waduh enaknya! Nak bawak larik semangkuk!

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang