Saturday, 12 September 2015

author photo
ASSALAMUALAIKUM....





TOM YAM ...satu masakan yang berasal dari thailand..macam2 jenis tomyam kat sana tom yam putih, tom yam santan pun ada.. Tapi yang selalunya wani buat memang tak masuk santan la.. Kalau yang pelik2 tom yam tu jarang2 sekali nak buat... Hiii

Oklah kali ini nak share resepi tomyam yang sangat simple tapi wani tak nak letak sukatan untuk resepi boleh.. Resepi tomyam pun ..senang sangat2.. Semuanya campak2 ..amboi kemain..serius wani tak letak sukatan.. Pandai2 la kalian semua nak agak2. Cuma yang penting nak share tips nak bagi tom yam tu kaw2 sangat. Biasanya kalau ada stok seafood wani masukkan nak bagi campur dan kadang2 letak potongan daging pun ada...tapi daging tu rebus dulu dan hiris nipis2. Ikut yang mana ada stok bahan..tapi satu je,, wani memang tak masukkan sayur.. Kalau masukkan pun jenis kategori kulat dan tomato sahaja. Sayur macam kubis ke kubis bunga ke, wani tak masukkan sebab macam air sayur tu turun masuk dalam kuah,,dah bagi effect dekat kuah tomyam. Entah lah atas citarasa masing2. 

Lagi satu nak bagi kick, kaw tomyam tu , tambah lah pes tomyam tu banyak2. Jangan rasa nak jimat nak masukkan nanti rasa pun tak kaw. Hiii. Tapi janganlah over letak pulak pes tomyam..kena pandai seimbangkan rasa masam manis dan masin.. Yang ni wani gun homemade pes tomyam yang buat hari tu.

Rasanya ni lah paling sedap dan simple.tak tahulah kot ada orang lain tokok tambah bahan lain.. Boleh la share2 ya.. Oklah resepi kat bawah x de sukatan.. Senang jer sekali masuk periuk.. Orang kelantan panggil " raja berangkat" terus hiiii

RESEPI TOM YAM YANG MUDAH DAN SEDAP 

BAHAN - BAHAN 
Potongan ayam
Potongan fishball, atau seafood
Potongan kepingan daging
Air untuk kuah 
Bawang kuning potong baji
Bawang putih diketuk
Serai diketuk 
Daun limau purut carik2 sikit
Sos ikan secukup rasa
Jus limau nipis
Lengkuas diketuk
Lada burung diketuk
Daun ketumbar secukupnya
Tomato potong baji
Gula dan garam
Pes tomyam 

CARA - CARA
1. Sediakan periuk, masukkan kesemua bahan kecuali jus limau nipis.biasa masukkan lepas tomyam masak.
2. Letak atas dapur. Tutup periuk dan tunggu sampai nampak wap keluar dari celah tudung, buka dan kacau sikit nak bagi lama sikit pun tak apa sampai ayam dan seangkatan dengannya tu masak
2. Bila nak hampir masak tu, seimbangkan rasa masam , manis, masin sekali lagi sebelum tutup api

Nota
Tomato kalau rasa nak tekstur keras sikit boleh masukkan bila nak tutup api. Yang ni masukkan awal sebab wani suka tomato tu mushy sikit.

Baca sini : Cara Nak Buat Pes Tom Yam Sendiri Yang Mudah Di Rumah




This post have 3 komentar

avatar
Etuza delete 12 September 2015 at 19:41

http://madey09.blogspot.my/
done follow..hebat masakan ..sedap ja nampak

Reply
avatar
aboya delete 13 September 2015 at 18:10

tomyam antara menu wajib kalau makan di restoran ramai2... wah blog resipi ni... harua dibookmark

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang