Tuesday, 20 June 2017

author photo
ASSALAMUALAIKUM..

lala goreng berserai

salam semua .salam 25 ramadan semua.dah 25 ramadan dah. blog wani ni asyik menu masakan jerr kan.. harap korang tak jemu lah 😁😁 Post pun bukan hanya nak cari untuk bulan puasa sahaja , selagi anda di luar sana buntu nak masak apa.. boleh lah cari apa yang ada resepi kat blog wani ni.. orang lain masa ni tayang cookies raya, wani masih tayang menu masakan. Tak buat biskut tahun ni sebab mood malas datang hiii.. 

Wani tengah menghitung hari nak raya ni.. harap diberi kesihatan yang baik lah di pagi raya nanti.. 

Hari tu keluar, ternampak lala dalam timbunan banyak pulak tu.. harga dalam RM 4.58 sekilo..dah lama dah pandang - pandang jeling jerr sebelum ni.. akhirnya terpaksa ambil sebab rasa nak makan sangat dah lala ni..lala ni kalau masak ringkas masuk sebab lala pun dah ada rasa semulajadi dia kan.. biasanya wani suka masak letak serai..macam kerang la jugak.. 

Spesis lala and the gangs  ni pun tak boleh nak letak garam banyak.kalau kerang wani masak pun tak letak garam..sudah tentu buat ratah jerr lala ni bukan boleh buat lauk pun.. sangat simple ..budak darjah 6 kalau suruh masak ni pun dah boleh dah. Korang pun jangan buat susah yerrr  😃😃


LALA GORENG CILI BERSERAI
SUMBER:DAPUR DIGITAL

Bahan-bahan:

2 kg lala

4 tangkai cili merah - ditumbuk kasar ( tak letak )
sedikit cili padi - ditumbuk kasar
1 labu bawang besar - ditumbuk kasar
4 ulas bawang putih - ditumbuk kasar
3 batang serai - diketuk
2 sudu besar sos tiram
1 tangkai daun ketumbar - dihiris ( tak letak )
1 biji limau nipis
garam secukup rasa
minyak utk menumis

Cara membuat:

Lala dicuci hingga bersih.
Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan tumbuk serta serai.
Apabila naik bau masukkan sos tiram dan lala.
Tutup kuali seketika sehingga semua lala terbuka.
Angkat tutup kuali, kacau sekata rasakan garam secukupnya.
Tutup api, taburkan daun ketumbar dan perahan air limau nipis.
Sedia dihidangkan panas

This post have 5 komentar

avatar
Warisan Petani delete 20 June 2017 at 13:45

Kira murah tu.
Kat sini sampai RM10 sekg.

Reply
avatar
Wani Sukarno delete 20 June 2017 at 14:39

Eh apasal mahal sangat kalah kerang .. kerang kat sini mahaiiii

Reply
avatar
Shikin Razali delete 20 June 2017 at 14:56

Sedapnya menu nie tapi tue la, sampai sekarang saya tak boleh makan lala, yang peliknya kerang bleh pulak makan...

Reply
avatar
adda syuhada delete 20 June 2017 at 15:44

dh lama terliur nak makan lala cmni...

Reply
avatar
Nadhie Wueen delete 22 June 2017 at 06:41

amboi terliurnya tengok. nak makan mesti tak puas ni. hihi

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang