01 Julai 2018

author photo
ASSALAMUALAIKUM...


Lama rasa tak buat kek, oven pun lama sangat rasa tak panaskan hii,, mood tak berapa dah nak baking kek ni. sebab buat kek pun tak ada orang nak makan sangat, Lagipun kurang- kurang dah sikit nak makan manis - manis. Kalau buat sebiji kek pun, bukan senang nak habiskan.

Hari Jumaat lepas, ada open house kat rumah emak saudara Wani, jadi terfikir nak bawa kek sarang semut sebab kek ini memang masuk la dengan tekak orang lama- lama. hii siap orang lama - lama panggil. Biasalah kek evergreen dan laku keras. Resepi kek sarang semut dah banyak kali wani postkan kat sini. Bila dah terjumpa resepi yang tak payah perap, lagi senang kerja. Kek pun bersarang elok. tak percaya tengoklah gambar tu ya. Siap potong dah masuk dalam bekas.

Resepi dah memang a keeper, tak nak cari lain dah. cuma sebab dah banyak kali buat nak ikut kesesuaian manis di tekak orang tua ni takut termanis, dari 2 cawan gula pasir nak buat gula hangus, Wani dah kurangkan dalam 1 1/2 cawan. Dan untuk susu pekat manis pun kurangkan juga dalam 1/2 cawan.

Dah siap bakar, potong dan cuba makan, memang sedang elok dah manisnya, bonda pun cuba rasa sedang elok dah, sebab sebelum ni dia komen kek manis sangat. Syukur rasanya, sebab perasan memang manis sangat guna 2 cawan gula tu.. Sesiapa nak kurangkan gula boleh ikut cara macam ni ya,

Resepi kat bawah resepi asal, cuma kalau korang nak kurang manis kurangkan jadi

1 1/2 cawan gula pasir untuk buat gula hangus
1/2 cawan susu pekat manis

KEK SARANG SEMUT TANPA PERAP

kredit resepi dari Noy Yullan

Bahan Karamel

2 cawan gula pasir (nak cepat, guna gula halus)

3 sudu besar mentega

2 cawan air panas


Bahan Ayak

2 cawan tepung gandum

2 sudu kecil soda bikarbonat

1 sudu kecil baking powder


Bahan Blend

7 biji telur gred A ( 6 biji telur gred A )

2 sudu kecil esen vanila

1 cawan susu pekat ( 3/4 cawan )


Cara-Cara

1. Masak gula atas api perlahan sehingga jadi karamel dan semua gula larut.

2. Masukkan mentega. Kacau rata.

3. Masukkan air panas sedikit demi sedikit. Masuk sikit, kacau. Masuk sikit, kacau. Buat begitu sehingga habis. Tak de la terpercik sangat. Ketepikan dulu.

4. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder dalam bekas besar.

5. Blend telur, esen vanila dan susu pekat hingga sebati.

6. Tuang bahan blend ke dalam bekas tepung tadi. Kacau rata. Tak ada pantang. Kacau sahaja hingga semua sebati.

7. Angkat periuk yang ada gula hangus tadi, tuang ke dalam adunan tepung. Panas-panas pun boleh. Hati-hati, ya. Kacau rata.

8. Sediakan loyang 7 x 7 x 3 inci. Sapu dalam loyang dengan mentega. Letak penapis di atas loyang. Tuang dan tapis adunan tadi.

9. Panaskan dahulu oven dengan suhu 170'C api bawah sahaja. Selepas 10 minit, masukkan loyang adunan. Bakar sekitar 45 hingga 50 minit. (suhu oven dan masa membakar bergantung pada oven masing-masing, ya. Tak semestinya sama dengan saya.)

10. Apabila cukup masa dan kek sudah masak, bolehlah keluarkan. Jika belum masak selepas 50 minit (atas masih lembik), tukar kepada api atas, dan bakar lagi sekitar 5 minit atau hingga adunan masak.

11. Potong kek melintang urat.


Selamat mencuba 😊

BACA SINI >>> LANGKAH -LANGKAH BERGAMBAR KEK SARANG SEMUT TANPA PERAP

This post have 7 komentar

avatar
Sheila Adziz delete 1 Julai 2018 10:40 PG

fav akak n ayah akak ni, tapi x pernah pun buat sdiri... hopefully satu hari akak nak buat juga... hehe

Reply
avatar
Mama Hakim delete 1 Julai 2018 11:10 PG

Selamat pagi, nice sharing sis wani. Kuih tradisi ni

Reply
avatar
Siti Yang Menaip delete 1 Julai 2018 11:43 PG

fevret ni.. suka kek ni makan ralit. tapi ritu ade beli anak2 buah semua x suka. depa ni suka yg krim2.. kita gak dok suka kek2 tradisional ni =D

Reply
avatar
Zuhaira Nasrin delete 1 Julai 2018 3:39 PTG

orang baru baru macam aira pun suka kek macam ni. hehe

Reply
avatar
Auni Sofea delete 2 Julai 2018 4:48 PG

Dah pernah buat sebelum ni tapi tak jadi..kena cuba lagi agaknya..

Reply
avatar
Ibu Syurga delete 2 Julai 2018 7:33 PG

Selamat pagi isnin, Ibu datang bertandang ke blog sis wani

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Follow Me On Instagram