-->

Sunday, 2 September 2018

author photo
Resepi sambal belacan Kelantan yang sedap | Lama rasanya tak buat sambal belacan Kelantan. Bila tengok sambal belacan asyik lalu lalang di facebook, memang tunggu masa jerr bila nak buat. Sambal belacan Kelantan ni, kalau korang pergi tempat - tempat kenduri memang sambal belacan macam ini lah. Lagipun ini resepi sambal belacan ringkas dan sedap walaupun banyak versi.

Kalau buat sambal belacan macam ini memang nak kena simpan lama sikit baru sedap, mungkin dalam 2 - 3 minggu memang terasa masuk ke semua rasa, pastikan letak dalam peti lah ya. Biasa buat nak bagi tahan lama sikit, simpan dalam peti. Resepi sambal belacan ni guna belacan ya. Kalau yang alergik dengan belacan rasa boleh abaikan tapi tak berapa sedap pulak.

resepi sambal belacan kelantan yang sedap

Kali ini yang teruja sangat tu sebab nak bakar segala bawang dan belacan dalam air fryer. Gambar di bawah dah siap bakar hangus - hangus manja sikit, tapi worth it la. Pergi bakar dalam 10 minit lebih sikit suhu 180 C, mula - mula set time dalam 10 minit tapi macam kalau boleh nak bagi lagi hangus pergi tambah masa lagi sikit.

Tapi, jangalah sampai hangus sangat. Belacan masa tengah bakar dalam air fryer bau semerbak dah keluar. Dalam tempoh bakar tu, balik - balikkan la jugak ya. Kemudian sambung balik bakar.



resepi sambal belacan kelantan yang sedap
 
Boleh follow resepi di bawah ya, cuma dia guna bawang merah, Wani pergi guna bawang kuning hii, apapun masih bergelar sambal.  Masuk bab lada tu terpulang kalau nak kurang ke nak tambah ke, Nasib baik, pergi blend jer dalam blender semua.

Walaupun nampak lagi lada tak berapa nak hancur.  Jus limau kasturi tu pun ikut tahap rasa macam mana, tak lah sampai 10 biji. Tapi yang ini, tak letak kulit limau, kalau letak memang lagi sedap. Belacan kalau nak lagi sedap bakar terlebih dahulu, lagi naik bau sambal.

Buat sambal belacan memang kena standby nak buat gulai kuning ke, gulai kerutuk ke, memang wajib ada sambal belacan.

Baca Sini :  Cara Bakar Bawang Putih Guna Air Fryer

Resepi Sambal Belacan Kelantan Yang Sedap Sama Di Tempat Kenduri 
Sumber :  Pn. Nuralfilail

Bahan - Bahan 
8 ulas bawang merah, belah dua ( yang saya guna dalam 2 labu bawang besar kuning )
2 ulas bawang putih, belah dua

Bakar atau goreng tanpa minyak (sangai) hingga keperangan

2 inci belacan (tak payah bakar) ( bakar dalam air fryer)
20 tangkai cili padi merah, buang tangkai
20 tangkai cili padi hijau, buang tangkai
3 sudu makan gula
2 sudu kecil garam
2 sudu makan cuka
10 biji jus limau kasturi

Cara - Cara 
1.  Kisar semua bahan ikut tahap lumat sesuai selera masing - masing. Keluarkan dari pengisar dan rasa sesuaikan bahan yang kurang. Jika nak tambah parutan kulit limau kasturi pon boleh. Selamat mencuba

Jemput tonton video di my youtube channel untuk sambal belacan Kelantan 
                         

Jom buat, siapa nak rasa sambal belacan kenduri, jom cuba resepi ini. 

This post have 5 komentar

avatar
mrsliez delete 2 September 2018 at 16:08

makan dgn nasi panas, telur mata pun mesti bertambah..nnt nak buat jugak..thanks kongsi resepi

Reply
avatar
Siti Yang Menaip delete 2 September 2018 at 16:45

sedapnyaaa ni walaupun tak minat makanan pedas tapi kadang2 tu suka makan ikan bakar dengan sambal belacan o air asam =D

Reply
avatar
Husniey Husain delete 2 September 2018 at 17:55

Sedap ni makan dengan nasi lauk gulai

Reply
avatar
kak tie delete 3 September 2018 at 05:57

sambal belacan selalunya akak guna utk goreng nasi..memang terangkat la Wani..sedap

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang