09 Disember 2018

author photo
Resepi Homemade Sambal Tumis Yang Mudah Hanya 4 Bahan Sahaja || Homemade sambal tumis, lama dah nak up kat blog resepinya. Tapi tak kesampaian hii. Homemade sambal tumis buat banyak macam ni kemudian frozenkan. Sambal tumis memang wajib ada di dapur, bukan apa senang nak mudahkan kerja untuk nak masak macam-macam sambal kan. Kalau tak buat macam ni nanti kerja jadi lambat, Paling malas nak rebus atau rendam lada kering tau huu.

Siapa pernah buat. Kita ni dalam kepala macam- macam nak buat sebab nak mudahkan kerja jadi cepat. huu. Tapi tak buat sorang ni minta bantuan bonda juga. Banyak oooo nak kupas bawang lagi, jadi berdua lebih baik. hii. Kalau selalu guna sambal tumis paling tahan sebulan, kalau tak pun dalam 2 bulan. Macam tu lah tak berapa ingat. Kalau dulu, biasa simpan peti bawah, sekarang ni dah frozenkan pulak. 

resepi homemade sambal tumis yang mudah hanya 4 bahan sahaja

Part nak blend tu kena gigih sikit dan part nak potong bawang. nasib baik blender jenis kuasa kuda hii dan besar dalam 2 kali blend jerr. Letak air pun sikit jerr sebab tak nak lepas blend macam berair sangat. Kalau tak masa tengah tumis, memang merecik -recik sebab air terlalu banyak. Kalau korang nak gantikan dengan minyak boleh kot sebab ada dengar petua macam tu, nak elak masukkan air. Dalam bawang tu dah banyak air so, kena berpada - pada bila nak masukkan air ni.

Alhamdulillah, masa tengah tumis tak ada merecik- recik, kalau tak habis satu dapur merecik satu kerja nak mengelap pulak. Untuk lada kering tu, korang campur lada kering yang jenis kerinting dan yang jenis besar tu, yang kerinting tu pedas sikit kan. Untuk bawang besar, biasa guna bawang merah yang besar tu, bawang bombay.

Nak boleh ke masak sambal tumis tu, macam biasalah lama sikit sebab kena kacau selalu kan sampai naik minyak. Dah siap, macam dah lega :). Resepi pun mudah jerr hanya guna 4 bahan sahaja, jemput lah tonton video, kalau tertanya kenapa masukkan garam, nak bagi tahan lama sikit, dah namanya masakan kan, masukkan lah garam. Nanti nak guna untuk masak, kena ingatlah yang sambal tumis ni dah ada untuk masin tu. Faham kan. Panjang lebar dah menaip.

Resepi ada di bawah ya. Kalau rajin simpan dalam bekas kecik- kecik. Tak ada ruang dalam peti kalau nak buat macam tu, letak dalam bekas besar terus.

RESEPI HOMEMADE SAMBAL TUMIS YANG MUDAH HANYA 4 BAHAN SAHAJA

Bahan - bahan
5 labu bawang putih
18 labu bawang merah besar atau 1 kg yang dah dibuang kulit
200gm lada kering
2 sudu besar garam halus

Cara - cara
1. Lada kering digunting kemudian direbus sampai kembang
2. Toskan dan basuh bersih umtuk buang biji lada
3. Blend lada kering terlebih dahulu masukkan air sikit dan blend sampai halus
4. Kemudian tuang dalam bekas lain separuh, masukkan bawang putih dan bawang merah dan blend sampai halus. Kalau terasa banyak blend dalam 2 kali
5. Panaskan minyak dalam 1 cawan, kemudian masukkan bahan yang telah diblend
6. Kacau sekali sekala sampai bahan tumisan nampak berkilat tanda naik minyak. Kalau terasa macam tak naik minyak tak nampak boleh tambah minyak sambil kacau - kacau. Lama la juga kacau
7. Hampir nak masak boleh masukkan 2 sudu besar garam halus dan gaul rata, kacau lagi sampai bahan tumisan masak
8. Dah masak, sejukkan dan boleh simpan dalam bekas
9. Tahan dalam 1 bulan lebih kalau rajin guna simpan peti bawah, nak elok lagi frozenkan

This post have 3 komentar

avatar
Husniey Husain delete 9 Disember 2018 7:56 PTG

Simple je bahannya kak wani, sedapnyaaa

Reply
avatar
Skin Care Terbaik delete 10 Disember 2018 11:35 PG

Wohoo...nmpk delicious! Time nak buat ni, akak akan kerah semua 'soldier' kat rumah utk tlg kupas kulit bwg... :D

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Follow Me On Instagram