Tuesday, 11 December 2018

author photo
Resepi Mudah Nasi Goreng Bunga Kantan Hanya Menggunakan Perencah Nasi Goreng Adabi || Sebut nasi goreng, kalau negara luar, memang mereka dah cakap rare dah nasi kena goreng, ke di Malaysia jerr yang ada nasi goreng ni hii. Macam - macam dah yang keluar jenis perencah nasi goreng di pasaran ni kan, Wani ni kurang sikit nak beli perencah nasi goreng, tapi beli ada beli la jugak sekali sekala. Dalam banyak - banyak perencah nasi goreng, perencah nasi goreng Adabi ni memang sedap jugak, ada yang serbuk kan, macam- macam pulak tu.

Dah lama beli, cuma hari tu kebetulan ada bunga kantan, terlintas nak goreng mudah dengan bunga kantan. Adabi produk yang dah lama, kan. Sekarang dah bermacam- macam produk. Adabi sekarang tengah popular di Instagram, ramai yang follow sebab hadiah mingguan selalu ada untuk contest masak - masak, siapa rajin nak join contest, silalah follow di official Instagram Adabi. Confirm memang tergoda tengok hadiah tu semua. 



resepi mudah nasi goreng bunga kantan hanya menggunakan perencah nasi goreng adabi

Perencah nasi goreng adabi ni bukan kali pertama guna, dah banyak kali pun. hii. Bunga kantan tengah musim dan rezeki ada orang nak bagi bunga kantan, banyak pulak tu bagi, kena fikirkan apa nak dimasak sebelum bunga kantan tak segar sebab lama - lama tengah tu memang cepat buruk kan.

Maka terhasillah nasi goreng bunga kantan mudah dengan menggunakan perencah nasi goreng adabi. Kalau pandai nak kreatif dengan perencah nasi goreng ni, macam - macam lagi boleh buat.

Guna perencah nasi goreng dah secukup rasa tak perlu tambah  garam dah dengan bau dari bunga kantan lagi lah bertambah nak makan, Kalau ada ulam lain dah jadi nasi goreng ulam dah, tapi ini jerr yang ada bunga kantan hii.

Jemput cuba resepi yang mudah sangat. :D. Walaupun macam- macam resepi yang melibatkan bunga kantan nak masak nasi goreng, ada perencah nasi goreng adabi lagi memudahkan kerja. Yang tak pandai masak nasi goreng automatik pandai :D asalkan ada sifat rajin sudah lah ya.


Nasi Goreng Bunga Kantan Dengan Perencah Nasi Goreng Adabi

Bahan - bahan
3 ulas bawang putih
3 tangkai lada burung
1 paket perencah nasi goreng adabi @adabi_consumer
Hirisan isi ayam dan udang
4 cawan nasi putih
1 kuntum bunga kantan dihiris

Cara - cara
1. Bawang putih dan lada burung ditumbuk halus
2. Panaskan minyak sikit dan tumis bahan tumbuk
3. Kemudian masukkan hirisan ayam dan udang, kacau sampai masak
4. Masukkan 1 paket perencah nasi goreng adabi dan gaul rata
5.Masukkan nasi putih dan juga hirisan bunga kantan, gaul sampai kesemua sebati
6.Siap dan boleh hidangkan !

Nota : garam tak perlu tambah dah secukup rasa tapi kalau terasa tawar  letak lah garam ya 


1 komentar:

avatar
Sheila Adziz delete 12 December 2018 at 10:25

aihh... sedapnya nasi goreng fav anak2 bunga kantan tu fav mak anak... hehe

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang