Saturday, 27 April 2019

author photo
Hotel Yang Paling Best Dan Murah Untuk Staycation Di Sri Petaling, Kuala Lumpur | Salam semua, musim panas macam ini ada yang nak keluar untuk staycation tak. Fuhh cuaca panas macam ni, rasa macam nak ajak orang pergi staycation  sekejap. Ya lah terperup kat rumah pun, kadang- kadang dengan cuaca panas macam ni pun sesuai jerr nak bercuti kan. Nak keluar sekejap, jenguk dunia luar hii. Macam tu lah kan. Kalau asyik panas hati baik keluar berjalan - jalan.

 Hotel Yang Paling Best Dan Murah Untuk Staycation Di Sri Petaling, Kuala Lumpur

Kadang - kadang terfikir kat mana hotel yang sesuai untuk staycation sekejap, nak berjalan di Kuala Lumpur. Lama dah tak pergi Kuala Lumpur ni, ya lah nama Kuala Lumpur, tapi mesti ada hotel yang rate harga untuk satu malam tu masih dalam bajet kan. Kita pun tak nak yang mahal, pilih yang bajet murah - murah jerr.

Apa yang penting hotel itu mestilah selesa dari segi kebersihan, kemudahan dan layanan dari staff sana. Dan semestinya ada WIFI yang laju hii. Itu jugak yang korang cari kan. Biasalah kan sambil rehat - rehat nak juga melayari internet. Kot data telefon kita tak boleh nak on, WIFI ada.

Sudah tentu, kita baca review orang yang dah menginap di sana. baru lah rasa yakin nak book bilik hotel. Kalau review yang tak senang, memang kita reject dulu hii.

Pilihan Terbaik di  Hotel 99 Sri Petaling

Alang -alang dah bercerita nak berjalan di Kuala Lumpur, kot ada la yang sama nak cari staycation macam kita. Kita cuba juga search kat mana hotel yang rate harga murah sikit untuk semalaman. Lebih lagi, biar kemudahan sekitar pun senang nak akses. Apa lagi terus  search Sri Petaling Hotel Booking.

Banyak pilihan hotel di Sri Petaling ni, korang boleh buat pilihan hotel mana untuk staycation nanti. Kot ada yang nak berjalan rumah saudara di sana ke nak bercuti sekejap di Kuala Lumpur ke yang area dekat - dekat hotel di Sri Petaling ni boleh terus booking.

Korang jangan ingat kalau pergi Kuala Lumpur, ini nak menginap di hotel macam mahal jerr, ada jerr pun yang murah dan mampu bayar hii.

 Hotel Yang Paling Best Dan Murah Untuk Staycation Di Sri Petaling, Kuala Lumpur

Kita ni sejenis kalau nak masuk hotel banyak benda nak difikirkan. Benda yang paling nak dipertimbangkan kalau nak menginap di hotel sudah tentu nak cari yang murah sikit. Murah dalam masa yang sama berbaloi dengan duit yang dibayar.

Tak nak la juga kalau masuk hotel lepas tu macam- macam jadi servis tak ok la itu la ini la. Tak pasal - pasal kena bebel. :D

Sebab itu penting kena baca review orang yang dah menginap di situ. Ok dah jumpa, hotel yang murah sikit di Sri Petaling. Kebetulan pulak banyak tempat yang mudah akses nak pergi mana - mana dengan kemudahan yang ada.

Kita pilih hotel ini sebab dekat dengan Stadium Bukit Jalil dan juga dekat dengan stesen LRT. Ada 4 stesen LRT yang berdekatan. Di Sri Petaling, Bukit Jalil, Sungai Besi dan juga di Stadium Bukit Jalil. Kalau rasa tak nak redah trafik jam, nak pergi berjalan ke mana - mana baik naik LRT. Boleh la rancang plan nak pergi jalan - jalan nanti.

Yang hotel ni cantik pulak, dah la view dalam tu warna gelap. Kita suka dengan warna -warna gelap hii. Hitam itu pun menawan  dan cantik. Terpukau sekejap tengok.

 Hotel Yang Paling Best Dan Murah Untuk Staycation Di Sri Petaling, Kuala Lumpur

Kemudahan Yang Ada di Hotel 99 Sri Petaling

Jangan risau ya kat sini  receptionist ada 24 jam, kot sampai lewat tengah malam ke pukul 2 - 3 pagi, no hal dah, sebab sentiasa ada staff di ruangan lobi sini. Sudah tentu ada lif, hotel ni banyak tingkat mestilah kena ada kemudahan lif.

Setiap bilik memang bilik berhawa dingin tak ada lah korang kepanasan di dalam ya. Sudah tentu dilengkapi dengan kemudahan WIFI percuma. Dah ada WIFI tak payah risau, tahu sangat korang first soalan mesti tanya WIFI ada ke tidak kan. :D

Dan untuk bilik pulak, di hotel ini ada 3 jenis bilik ikut pilihan  korang masing - masing. Bilik pun agak besar la jugak bergantung kepada kita request nak katil macam mana. Kita pun tak boleh jugak kalau bilik sempit - sempit ni tak selesa.

 Hotel Yang Paling Best Dan Murah Untuk Staycation Di Sri Petaling, Kuala Lumpur

1. Standard Queen
Katil queen bed untuk 2 orang

 Hotel Yang Paling Best Dan Murah Untuk Staycation Di Sri Petaling, Kuala Lumpur

2. Superior Twin
Untuk 2 orang

 Hotel Yang Paling Best Dan Murah Untuk Staycation Di Sri Petaling, Kuala Lumpur

3. Superior Queen
Untuk 2 orang

Bilik Untuk Family Yang lebih Besar Dan Selesa

Sekiranya korang ada bawa family yang ramai, mestilah nak bilik yang lebih besar sikit kan. Tak apa, korang boleh pilih pakej "Deluxe family" dan juga "Super Deluxe Family". Bilik ini luas sikit.

Bukan apa mestilah nak selesa sikit kan dah ramai. Yang untuk Deluxe Family muat lah untuk 3 orang sebab ada katil 1 double bed dan juga 1 single bed. Untuk  Super Deluxe Family untuk 4 orang dengan 2 queen beds.

Kesemuanya lengkap dengan bilik air yang luas dan selesa siap ada
hot water lagi .Kalau rasa boring duduk dalam bilik, TV pun ada, bilik pun dah berhawa dingin. Apa susah, buka TV tonton lah TV. Kita suka tengok dekorasi dalaman bilik sangat simple, kiranya oklah nak staycation pun kan.

 Hotel Yang Paling Best Dan Murah Untuk Staycation Di Sri Petaling, Kuala Lumpur

 Hotel Yang Paling Best Dan Murah Untuk Staycation Di Sri Petaling, Kuala Lumpur

Bab nak makan pun rasa tak susah, rasa boring nak makan menu dalam hotel ini, boleh jer tapau makanan kat luar. kiranya senang nak cari makanan di luar yang mudah dapat. Tak apa jalan kaki buat exercise hii. Lagi satu bank ATM ada yang berdekatan dengan hotel ni, nak keluarkan duit tak payah risau.

Bagi sis, nak dapatkan hotel murah dan selesa di Kuala Lumpur ni, memang payah sikit. hotel ni tak adalah mahal sangat rate dia tu, lagipun nampak selesa.

Korang yang nak plan bercuti untuk staycation, tengah cari hotel - hotel murah tu, korang cuba lah search cheap Hotel 99 Sri Petaling booking ya. :). Jom lah kita staycation sekejap.

Terima kasih sudi baca di blog ini, jemput follow ya.




This post have 3 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang