Wednesday, 29 May 2019

author photo
6 Tips Dan Cara Pilih Ayam  Yang Segar Dengan Betul Supaya Tidak Terbeli Bangkai Ayam || 
Salam semua, dalam beberapa hari lagi nak sambut kedatangan bulan Syawal.

6 Tips Dan Cara Pilih Ayam  Yang Segar Dengan Betul Supaya Tidak Terbeli Bangkai Ayam

Rasanya dah ramai yang buat persiapan nak beli bahan mentah seperti daging, ayam dan sebagainya kan.

Penuh sesak di pasar ke supermarket ke pakat sibuk nak beli bahan mentah terutamanya, takut cepat habis. Nak beli tu jangan berebut -rebut pakai rembat jerr, tak tengok dulu ayam togel cukup 360 darjah :D. Ini lah bahayanya, balik rumah baru perasan, padahal kesilapan kita kot asyik nak berebut dengan orang.

Baru - baru ini, ada perkongsian pasal ni dekat group family, jadi bila baca tu teringin nak kongsi, kot ada yang terlepas pandang atau masih tak tahu lagi tentang tips nak pilih ayam segar ni.

Jadi, kita kongsikan kat sini ya. :). Jangan terbeli bangkai sudah walaupun dah togel tak ada bulu. Risau betul kalau bab tu kan, jatuh haram dah makan.

Ramai yang beli ayam tanpa periksa kondisi ayam di pasar atau pasaraya.

Mungkin disebabkan tiada pengetahuan. Sebagai umat Islam, apa yang dimakan akan menjadi darah daging dan apa yang dimakan akan dipersoal kelak.

Jadi hari ni, kita nak kongsi sedikit petua sebelum membeli ayam.

6 Tips Dan Cara Pilih Ayam  Yang Segar Dengan Betul Supaya Tidak Terbeli Bangkai Ayam 

Terdapat beberapa kriteria ayam yang dijual.

Melalui kondisi ayam, kita boleh lihat dan pilih ayam yang betul - betul mengikut hukum syarak.

Kalau nak pilih ayam, pastikan ikuti 6 tips di bawah :

1. BONTOTNYA PUTIH. 

*Bontot putih – Ayam diproses selepas ayam betul - betul mati

*Bontot merah – Ayam diproses sebelum ayam itu mati, contoh cabut bulu masa masih hidup

*Bontot biru – ayam yang sudah mati baru sembelih (bangkai)

Info Dari Orang Yang Bekerja Sebagai Penyembelihan Ayam di Pusat Proses Ayam.

2. Kalau pilih ayam yang siap dipotong pilihlah ayam bulat atau bahagian² ayam tak ada tanda lebam atau kebiruan kerana ayam yang ada tanda tersebut memang ayam mati sebelum disembelih.*


3. WARNA AYAM 

Ayam yang kulitnya berwarna putih kemerah - merahan adalah ayam yang segar.

Jika ayam itu pucat, kebiru-biruan, ayam itu biasanya telah diletakkan formalin dan di sejuk bekukan.

4. TEKSTUR AYAM 

Ayam yang segar, apabila ditarik kepaknya ke belakang akan kembali ke posisi asal. Tetapi jika ia tidak segar, kepaknya akan terkulai layu di tasik madu pastinya.

Isi yang segar apabila ditekan terasa empuk akan kembali ke bentuk asal tetapi sekiranya ditekan ia tenggelam, ayam itu ayam lama.
Ayam yang kenyal biasanya diletakkan formalin.

Manakala ayam yang kelihatan bengkak biasanya telah disuntik.

5. DARAH AYAM 

Apabila ayam yang dibeli kelihatan mempunyai banyak darahnya atau cecair berdarah. Biasanya ia adalah ayam yang telah dibekukan dan dicairkan semula. Ayam segar tidak mempunyai air berdarah yang banyak.

6. BAU AYAM 

Ayam yang segar tidak akan mempunyai bau yang busuk atau hanyir. Elakkan membeli ayam yang berbau hanyir.

Baca sini : Cara Mudah Nak Bersihkan Udang Dengan Betul. Rupanya Mudah Jer

Baca sini :  Cara Mudah Untuk Bersihkan Air Fryer Ikut Pengalaman Sendiri

Baca sini :  5 Tips Untuk Potongan Kek Batik Kemas Dan Cantik



This post have 3 komentar

avatar
Siti Awadah delete 29 May 2019 at 16:33

nice sharing... berebut2 gak... jgn main rembat je kan kak wani

Reply
avatar
Sunah Sakura delete 29 May 2019 at 23:22

wahh thanks wani! kadang2 bukan hari raya pun, kena pandai juga tengok ayam tu segar ke tak...

tapi kalo raya kat kedah, ayam da jadi kuning semua...hahahaha

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang