-->

Tuesday, 2 February 2021

author photo

Drama Marry Me Senorita Tonton Episod 1 Hingga 20 (Akhir) Di Slot MegaDrama Astro Ria | Drama Marry Me Senorita yang disiarkan di slot MegaDrama Astro Ria bagi menggantikan Drama Tercipta Satu Ikatan yang telah pun tamat siaran. Drama kali ini adalah dari adaptasi novel Marry Me Senorita hasil karya Suri Ryana.Gandingan utama pelakon dalam drama ini adalah Janna Nick dan Dini Schatzmann. 


Drama marry me senorita


Untuk info, barisan pelakon, sinopsis drama ini adalah seperti di bawah. 


Info Drama Marry Me Senorita 

  • Bilangan Episod : 20
  • Hari Dan Masa  : Isnin hingga Khamis, 10:00 malam
  • Siaran TV : Slot MegaDrama (Astro Ria)
  • Penulis Skrip  : Rehal Nuharis, Dayang Kartinah
  • Penulis Novel : Suri Ryana
  • Pengarah : Nur Ain Sharif
  • Produksi : Juita Viden Sdn Bhd
  • Barisan Pelakon : Janna Nick, Dini Schatzmann, Shaza Bae, Siti Khadijah Halim, Dato Jalaludin Hassan, Fadilah Mansor, Asha Merican, Yasmin Hani, Natasha Elyzza, Razman Mahayuddin

Barisan Pelakon Drama Marry Me Senorita 

  • Janna Nick sebagai Sofea Leia
  • Dini Schatzmann sebagai Isa Alehandro
  • Shaza Bae sebagai Rossa Arabella
  • Yasmin Hani sebagai Engku Marini
  • Dato Jalaludin Hassan sebagai Engku Aziz
  • Fadilah Mansor sebagai Ungku Zaharah
  • Yasmin Hani sebagai Ungku Marini
  • Siti Khadijah Halim sebagai Tina
  • Natasha Elyzza sebagai Shelli
  • Asha Merican sebagai Edora

Sinopsis Drama Marry Me, Senorita 

Drama marry me senorita

Drama ini mengisahkan Isa Alejandro, seorang lelaki kacukan Sepanyol ingin melamar seorang wanita bernama Sofiy Leia.

Isa Alejandro muncul saat Sofiy Leia tidak mempunyai sesiapa dan berada dalam bahaya. Sofiy terpaksa bersetuju apabila sedar dia benar-benar diburu oleh Tina sebaik sahaja Sofiy cuba meninggalkan Isa.

Namun, kebahagiaan yang baru dikecap dilanda badai apabila bekas tunang Isa, Rosa Arabella cuba merebut Isa kembali.

Untuk setiap episod nanti, korang boleh tonton di slot MegaDrama Astro Ria pada pukul 10 malam, bermula 2 Februari, hari Isnin hingga Khamis.


Sinopsis Novel Marry Me, Senorita

Novel Marry Me, Senorita  kalau tengok kat shopee harga dalam RM 30. Untuk sinopsis novel Marry Me, Senorita adalah seperti di bawah. 
novel marry me senorita


“Marry me, senorita.” - Isa Alejandro.

Tak habis-habis lelaki kacukan Sepanyol itu melamar Sofiy Leia sehingga gadis itu kusut dan serabut dibuatnya! Takkanlah nak terima lamaran lelaki yang baru dikenalinya tak sampai seminggu itu? Sudahlah lepas laku. Pengetahuan agama lelaki itu pulak boleh dikatakan zero!

Atuk dan nenda pun susah nak percaya yang cucu mereka mahu memilih gadis Muslimah seperti Sofiy sebagai bakal isteri.

“Lain pulak taste dia kali ni, abang….” - Engku Zaharah.

“Boleh percaya ke cucu bertuah awak tu nak kahwin dengan gadis begini?” - Engku Aziz.

Isa Alejandro hadir saat Sofiy Leia tidak mempunyai siapa-siapa dan berada dalam bahaya.

“Tak ke awak rasa pernikahan ini tak akan diberkati? Satu masa nanti awak akan tinggalkan saya, kan? Sebab awak tak cintakan saya. Perkahwinan sepatutnya menjadi satu ibadah. Kita harus ikhlas bernikah kerana Allah.” - Sofiy Leia.

“Berkat? Well, terus terang aku tak arif tentang itu. What I know, we’ll make a good pair and this is a win-win situation. Kau tolong aku dan aku tolong kau.” - Isa Alejandro.

Terpaksa atau rela? Itu bukan soalnya. Persoalannya sekarang, dapatkah perkahwinan ini bertahan sehingga ke akhirnya? Sudahlah mereka berasal dari dunia yang yang terlalu jauh berbeza. Si perempuan Sepanyol celup, Rosa Arabella a.k.a Rosmina Sukardi pun turut sama menagih cinta Isa Alejandro. Belum lagi bercakap tentang mama dan papa Isa Alejandro yang sukakan pelakon ‘sendu’ tu.

Dalam kekusutan, ada gelora cinta yang semakin membahang. Namun, bahagianya cuma sementara. Badai yang melanda memisahkan dua jiwa yang sedang asyik dilamun asmara.

Namun, benarkah apa yang telah ditakdirkan untuk kita, akan tetap menjadi milik kita akhirnya?

“Now pandang sini dan bagitau abang yang Sofiy tak cintakan abang.” - Isa Alejandro.

“Benarlah garis waktu tak akan mampu menghapuskan rasa itu.” - Sofiy Leia.

Masihkah ada harapan untuk cinta mereka mekar semula?


Tonton Marry Me, Senorita Episod 1 Hingga 20 (Akhir )

Drama Marry Me, Senorita boleh ditonton di slot MegaDrama, Astro Ria. Sekiranya korang terlepas, drama ini boleh ditonton percuma di Youtube Astro Gempak. Boleh klik link di bawah dari semasa ke semasa sis akan kemas kini. 

Drama Marry Me, Senorita Episod 1


Drama Marry Me, Senorita Episod 2


Drama Marry Me, Senorita Episod 3


Drama Marry Me Senorita Episod 4


Drama Marry Me Senorita Episod 5


Drama Marry Me Senorita Episod 6


Drama Marry Me Senorita Episod 7


Drama Marry Me Senorita Episod 8


Drama Marry Me Senorita Episod 9


Drama Marry Me Senorita Episod 10


Drama Marry Me Senorita Episod 11


Baca Juga :






This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post