-->

Saturday, 9 July 2016

author photo
ASSALAMUALAIKUM...

resepi singgang tulang noxxa kelantan style

Dah lama buat ni baru nak publish entry

Sesiapa yang dah merasai singgang tulang lembu kelantan style memang tak dinafikan inilah resepi paling mudah sebab semua bahan main campak ke dalam periuk dan terus masak, tak ada istilah nak main tumis bagai, jadi senang kerja. Dah tak nak main tumis bagai ni kan, tumis - tumis ni main minyak pulak dah lah tulang lembu tu pun dah berlemak sana sini dah. Ni pun dah masak kalau lah singgang tu dah sejuk nampak lah lemak - lemak beku kat permukaan atas.

Kalau entri yang lepas wani tumis, kali ini tak dah, lagi simple guna bahan pun tak banyak. Orang kelantan kalau tak kenal dengan singgang ni memang nak kena sekeh la hiiiii.

Antara bahan yang dimasukkan seperti gambar di bawah, ketumbar sangai yang telah ditumbuk halus dalam lesung, tulang tu lebih kurang dalam sekilo lebih guna, bawang kalau lagi banyak sedap tapi bergantung lah tengok bawang tu besar ke kecil saiznya. Yang wani guna ni dalam 7 biji tak sampai 10 pun. 

Oklah ya jom selamat mencuba ! 



Seperti biasa mesti guna periuk noxxa, periuk kesayangan hiii, cukup 40 minit dah boleh hidang. Tak payah kacau dan tak payah tambah air berulangkali , dan tak adalah nak mendidih sampai jeluak atas dapur. Ahai senangnya dalam hati,,:D  tapi macam biasa main masak sup tulang macam ni, lemak degil susah sangat nak tanggal..


SINGGANG TULANG NOXXA ( KELANTAN STYLE ) 

BAHAN-BAHAN

 1 kg tulang rusuk daging lembu
 7 biji bawang merah dimayang
 4 ulas bawang putih dimayang
 1.5 inci lengkuas dihiris batang mancis 
 1.5 inci halia hiris batang mancis
 1 sudu besar biji ketumbar, disangai dan hancurkan hingga halus 
 4 keping asam gelugor
 5 biji cili kering dibasuh bersih
 air letak paras tulang 
 garam dan perasa secukup rasa 
 belacan sebesar ibu jari 

CARA-CARA 

1. masukkan kesemua bahan ke dalam periuk noxxa dan high pressure selama 40 minit 
2. selepas bunyi beep, turn off dan biarkan injap turun sendiri tapi ambil masa lama sikit , kalau nak cepat nak makan terus boleh lepaskan pressure, letak garam secukup rasa dan hidangkan


This post have 4 komentar

avatar
Warisan Petani delete 27 September 2016 at 16:06

Wkmsalam.
Kalau tulang or daging lembu fresh ni, rebus aje pun sedap.

Reply
avatar
Unknown delete 23 July 2018 at 16:02

Sedap banget ni, Bro paling suka sup Tulang, Kalau dapat makan pak mertua lalu pun Bro tak kenal sape dia.

Reply
avatar
Cik Renex delete 23 July 2018 at 21:17

senang bila ada noxxa kan

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang