ONDE ONDE ( KLEPON )

ASSALAMUALAIKUM....


tajuk buat kuih ya . kuih onde - onde ataupun dalam bahasa indonesia nya adalah klepon.. kemain entri hari ini,  ada orang tak pandai buat kuih onde - onde ke haaaa. meh cikgu nak ajar. tak tahu nak cakap apa dah kalau tak pandai lagi buat kuih ni hiii..kuih ni ikutkan kuih paling banyak membawa kenangan ni..kita zaman budak- budak, kuih ni la mak kita dok gentel.. terutamanya kalau bulan puasa

sekarang ni paling malas pun nak buat pergi beli jugak... tapi kadang- kadang yang dibeli pun tak puas hati sebab tesktur keras bila makan.. tak tahulah kot tertambah tepung beras ke apa,, bila keras pun dah macam tak lalu nak makan, sebab gigi suka kunyah benda lembik-lembik hiii

kali ini wani tunjuk step by step ya ,, easy peasy ni kot ..tak boleh buat lagi tak tahu la :D..kat sini tak ada gambar potongan gula melaka, terlupa nak snap ...yang penting sekali kalau kalian semua rajin nak buat ... wani guna pewarna yang asli iaitu homemade ekstrak pandan. boleh klik SINI  untuk resepi

tak rugi kalau buat pun sebab dapat pewarna yang asli tambah lagi kehijauan yang asli, yang bekas sebelah warna hijau tua tu .. esen pandan. masa nak asingkan yang warna hijau tua tu ada lapisan air kat atas .. lapisan atas tu wani tak buang sebab dah macam esen baunya .. letak la buat adun kuih ya ..sayang nak buang .susah - susah perah... dan kalau nak adjust letak pewarna tiruan dan air secukupnya kalau malas nak mesin daun pandan kan.. senang jer ada optional hii

guna 3 cawan tepung pulut tu dah cukup - cukup kalau 4 orang makan.. kalau nak lebih boleh la tambah sendiri.. wani tengok resepi orang lain tak sebut pun berapa cawan terus bagi tahu ,, tepung pulut ikut suka hii.. kan kemain senang resepi ni .. all the best untuk orang yang kali pertama nak buat onde - onde opssss





ONDE - ONDE ( KLEPON )

BAHAN-BAHAN

3 cawan tepung pulut
air secukupnya
2 sudu teh ekstrak pandan atau terasa nak tambah ikut citarasa nak bagi nampak hijau setakat mana
kelapa parut muda secukupnya
garam secukup rasa
gula melaka dalam potongan kecil

CARA-CARA

1.sediakan mangkuk yang besar, letak tepung pulut, buat lubang di tengah letak ekstrak pandan dan sedikit air
2. gaul perlahan sehingga semua tepung sebati di selang seli dengan air sehingga adunan tak melekat di tangan, jangan terlembik atau pun terlebih keras .. terlebih keras maksud di sini jika terasa lembik lepas main tambah tepung kena pandai jangan doh terlebih keras pulak
3. kelapa muda parut digaul dengan garam secukup rasa
4. rebus air dalam periuk atas dapur sementara tu potong gula melaka, ikut suka jangan besar sudah
5. ambil doh sikit gentel letak gula melaka dan bulatkan macam bola. buat sampai habis
6. bila air dah mendidih,letak bebola yang dah siap ke dalam air panas. tunggu sehingga bebola terapung boleh angkat letak dalam parutan kelapa muda

4 Comments

  1. Wahh makin banyak resepi kat sini... Terbaik la wanie... :)

    ReplyDelete
  2. Wkmsalam.
    Tak boleh gigit sikit2
    Sebiji terus ngap masuk mulut.

    ReplyDelete
  3. Kat tempat saya orang panggil kuih ni kuih gula melaka..
    Ke.. rupanya lain sikit??
    Confused ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada jugak orang panggil kuih gula melaka ..sama la kot

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post