-->

Sunday, 18 December 2016

author photo
ASSALAMUALAIKUM...


red kidney bean yang dah siap direbus.. dalam bahasa melayu panggil kacang apa ya ..kacang merah ke..hii.. ini bukan kacang merah halus buat bubur tu..ini kacang merah versi besar.. sejak wani suka makan kacang ini..asyik selalu rebus ..kadang -kadang makan saja, kadang-kadang masukkan dalam overnight oats,, kadang-kadang masukkan dalam aiskrim.. sedap,,lagipun jenis versi besar macam ni lagi puas hati makan :D

oklah ya, pengenalan pasal kacang merah ni.. nama "red kidney bean" sebab bentuk dia macam buah pinggang manusia.. bentuknya sahaja..maknanya adakah makan kacang ini memang sangat sesuai untuk kesihatan buah pinggang? jawapan wani err tak tahu hii.. 


Kacang merah ni, kena rendam semalaman baru ia kembang elok, kalau tak rendam susah nak empuk sikit. Dalam gambar tu yang dah rendam semalaman.lagipun, wani rebus dalam noxxa itu yang cepat sikit,itu pun ambil masa 25 minit untuk masak. Pernah test kacang merah tu tak rendam, dalam 1 jam ambil masa dengan periuk noxxa nak bagi empuk.. kalau rendam semalaman ni, high pressure dalam 25 minit dah cukup empuk..dah keras macam biji saga bukan senang nak empuk, kena rajin - rajin lah rendam.


Masukkan kacang merah yang telah direndam ke dalam inner noxxa dan tuangkan air biar kacang merah tenggelam. Jangan terlebih air .cukup lah sekadar kacang tenggelam. 


Pusing tombol pressure pada titik dan high pressure selama 25 minit dan tekan butang on. 


Dah siap,lepaskan wap, putar tombol ke steam sampai wap habis keluar.  biasanya wani rebus banyak - banyak simpan dalam peti bawah. boleh lah tahan dalam 2 minggu. Ok,siapa yang tak tahu nak rebus kacang dalam noxxa, dah tunjuk dah caranya. Harap - harap boleh lah cuba.



This post have 3 komentar

avatar
Kakzakie Purvit delete 19 December 2016 at 13:43

Bubuh gula, santan dan daun pandan jadi bubur kacang merah
Kakak suka. Kalau tak habis lenyek jadikan inti pau:)

Reply
avatar
Warisan Petani delete 20 December 2016 at 10:02

Ni kacang yang biasa dia orang letak l
kat cendol.
Buat bubur pun sedap.

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang