5 Bahan Je Tapi Khasiat Dia Padu (Jus Sihat Versi Saya )

 Assalamualakum... 

Hi korang panas ceng ceng bumi kelate ni. Tu mood swing sikit, dari bulan puasa sampai sekarang ni. Suhu pun pernah sampai cecah 36 C.

Panas dooh, tengok lalang lalang kering keting pun takut sebab panas ya amat ni boleh trigger kebakaran. Semoga yang baik baik lah saja.  Raya pun dah lepas so kita sambung slow - slow nak menaip ok.

Lama jugak nak sharing juicing sihat ni. Tapi tu lah asyik buka blog lepas tu tutup haaa. Ikutkan mula nak ambil juicing ni tahun 2024 kot. Sampai lah sekarang ni konsisten minum. Kalau hari - hari tu boring la jugak minum. Akhir sekali dalam seminggu tu 2 kali minum. 

Entah lah macam tiber je nak minum jus - jus ni.hii. Sebenarnya, buah  yang sis guna adalah buah oren, epal hijau, tomato dan carrot je. At first, sis minum je campuran tu semua, ok boleh telan.. sampai buah oren tu pun sis potong masuk blend lepas buang kulit. 

Tapi bila lepas blend rasa dia bersepah sikit sebab oren tu la tapi telan jugak. Lama - lama dah biasa. Sampai la tahun lepas sis nak add on ubi beet sebab baca ubi beet ni pun khasiat dia pun tinggi jugak. 

Mula - mula baca orang cakap ubi beet ni rasa dia bertanah. adoi mikir pulak bertanah camne la pulak. Tapi tak pe kita try jugak. So, sis pun add on je la ubi beet pulak. Jadi sis blend ubi beet, epal hijau, carrot, tomato dan oren. 

Sejujurnya, dulu memang bukan jenis rajin minum jus. Lagi-lagi jus yang campur sayur macam beetroot… nampak macam “healthy sangat” sampai rasa takut nak try. 

Tapi lepas cuba sendiri, rupa-rupanya boleh jadi sedap bila pandai combine bahan. Sekarang ni, hampir sekali seminggu si akan blend jus sendiri guna bahan simple je, beetroot, epal hijau, tomato, carrot dan oren.

Bukan je senang, tapi rasa dia fresh dan tak terlalu manis. Memang sesuai dengan tekak yang tak suka minuman manis sangat. Oh ya blend semua buah dan sayur ni dia dah ada manis dia tauu.

Kali pertama minum yang ada campuran ubi beet ni terus tersuka. Eh sedap rupanya. 

So, tak payah dah nak tambah gula apa, a big no to gula ok. Walaupun sis dah blend campur air kosong masih ada rasa manis buah sayur dan buah tu.

Kalau korang nak tahu ubi beet ni dia dah ada manis dia tersendiri. Kalau asyik makan saja dah macam makan kunyah carrot haaa. Krup krap rangup lembut.

Jus Sihat Versi Saya 

Jus sihat bahan potong beetroot epal hijau carrot tomato dan oren sebelum diblend

Semua bahan ni mudah cari dekat pasar atau supermarket:
 
Ubi bit
Epal hijau
Tomato
Carrot
Oren

Cara dia memang simple sangat:
1. Potong semua bahan kecil-kecil
2. Masukkan dalam blender / juicer
3. Tambah air. Banyak tau air sebab karot dan ubi beet ni dia pekat
4. Blend sampai halus

Siap! Tak perlu gula tambahan pun sebab buah dah ada rasa manis semula jadi.

Nota
Buah oren tu kalau boleh perah tau ambil air saja, sis guna alat ni nak perah jus oren, lepas siap blend bahan lain baru campur jus oren tu. 

Boleh je nak potong, lepas buang kulit oren tu dan masuk blend, tapi hasil dia macam bersepah sikit, oren tu kan dia ada macam kulit dalam tu tebal sikit. 

Jus oren segar sebagai campuran dalam jus sihat homemade

Sis guna pemerah oren macam ni. Murah pun murah, ingatkan macam tak berbaloi beli, tapi baik ada satu sebab lenguh weh perah manual.

Kenapa Suka Kombinasi Ni

Sis bukan jenis kira kalori sangat, tapi lebih kepada rasa badan tu sendiri.

Antara sebab stick dengan jus ni:
1. Rasa fresh, tak muak
2. Tak terlalu manis
3. Senang buat (tak perlu banyak bahan pelik)
4. Boleh minum waktu petang buat seminggu sekali kalau rajin minum 2 kali seminggu. 

Sebelum lupa, kalau korang nak usha mesin pemerah oren ni boleh tengok dulu, tak nanti buah oren pun, lemon pun boleh sebab tak tahu lah nak panggil apa bahagian atas tu dia bagi 2 jenis yang besar dan yang kecik. 

Bukak satu lagi ada yang kecik yang tu untuk jenis lemon boleh la. Ambik yang kecik je tak perah banyak pun sis perah dalam 3 - 4 bijik oren. Mesin ni muatan dalam 700ml. Boleh Tengok SINI

Lagi satu blender jus tu puas hati pakai sebab besar tau. Banyak pilihan kat shopee blender jenis heavy duty camni. Dah la murah. Kalau korang nak usha dulu tengok  SINI

Campuran bahan jus sihat dalam blender sebelum proses blend beetroot, oren, epal hijau, tomato dan carrot

Khasiat Ringkas

Setiap bahan yang guna ni sebenarnya ada kelebihan masing-masing. sis pun bukan jenis hafal detail nutrisi sangat, tapi cukup tahu apa yang masuk dalam badan tu ada manfaat dia.

Jus beetroot homemade selepas diblend campuran beetroot, epal hijau, carrot, tomato dan oren

 
1. Beetroot 
Memang selalu orang kaitkan dengan bantu stamina dan kesihatan darah. Warna merah dia tu pun dah bagi hint yang dia kaya dengan nutrien tertentu. Bila minum, rasa macam “bertenaga” sikit especially kalau badan penat.
 
2. Epal hijau 
Ini antara bahan yang bagi balance dalam jus. Dia tak terlalu manis macam epal merah, tapi ada rasa masam-masam fresh tu. 
Selain tu, epal hijau pun selalu dikaitkan dengan bantu sistem penghadaman.
 
3. Carrot 
Yang ni memang classic. Dari kecil dah dengar baik untuk mata. Selain tu, carrot juga bagus untuk kulit sebab ada beta-carotene. Bila campur dalam jus, dia bagi rasa manis natural sikit.
 
4. Tomato 
Ramai tak biasa campur dalam jus, tapi sebenarnya tomato ni tinggi antioksidan. Rasa dia pun tak kuat sangat, jadi bila blend sekali dengan buah lain, masih okay.

Tengok tips menantu orang putih, mak mertua dia korean, menantu dia cakap kata nak tips kulit licin macam kulit tomato macam mak mertua dia, makan tomato eh buat jus helokk. haaa

Sebab sis tengok mak mertua dia awet muda betul di samping lifestyle yang sihat la. 
 
5. Oren 
Ini memang bagi “kick” pada jus. Rasa masam manis dia tu buat jus lagi sedap dan segar. Plus, semua orang tahu oren kaya dengan vitamin C, jadi kira bonus untuk support imun badan.

Kalau tengok satu-satu, nampak macam biasa je. Tapi bila combine semua ni dalam satu jus, dia jadi satu minuman yang seimbang ada rasa manis, masam, dan segar semua cukup.

At least, daripada capai air manis luar tu… better blend sendiri dekat rumah, tahu apa yang masuk dalam gelas kan. 

Apa Kesan Selepas Minum Jus Sihat Ni 

Masa permulaan nak minum jus ni kan hari - hari blend, kemaruk minum jus. Start 2024, sampai sekarang still lagi konsisten. Cuma sis tambah ubi beet lagi sedap. 

Jus sihat beetroot siap diminum warna merah segar tanpa gula tambahan
Dalam gelas ni sis tambah chia seed alang alang chia seed ni pun banyak khasiat jugak


Jus ni bukan saja untuk kesihatan dalaman, bila dalaman dah ok auto luaran pun makin lama makin sihat, contohnya boleh tengok pada kulit kita lah. 

Kulit jadi sihat, maksud sis kat sini kulit tak de masalah. Jadi auto glowing, kulit tak kusam, tak meragam naik jerawat, tiny bumps, liang pores ok, apa semua tu dan kulit pun lembut. 

Tak adalah nak putih melepak apa, kita nak kulit sihat yang tak ada masalah lain. 

Orang perempuan kan sensitif sikit bab kulit muka ni kan. Apa yang sis perasan, kulit susah nak naik jerawat, kulit muka bila sentuh makin lembut macam asyik nak sentuh je. haaa. 


Kesimpulan

Kalau tengah cari cara simple nak mula minum jus sihat, boleh try kombinasi ni dulu. Dah macam warna warni pelangi tapi ni lah orang panggil fitonutrien, zat kimia semulajadi yang berasaskan dari buah dan sayur. 

Tak perlu bahan mahal atau resepi complicated pun. Kadang benda simple macam ni yang paling senang nak konsisten. 

Ataupun korang boleh share jus sihat yang lain ada ? Setakat ni 5 bahan ni kombinasi yang best bagi sis. 


Post a Comment

Previous Post Next Post