-->

Thursday, 22 December 2016

author photo
ASSALAMUALAIKUM...


gara- gara orang ramai difahamkan kad bank kena tukar, jadinya kecoh satu Malaysia sistem server pun jadi down..lebih-lebih lagi bila nak hujung tahun, ini mesti disebabkan kes orang ramai dapat pesanan wassap yang setiap bank ada tarikh akhir nak tukar kad bank sampai bila.. seperti yang wani ceritakan di SINI . sebab dah set dalam mind.. kad bank kena tukar itu jer kan.. tapi tak faham kenapa perlu tukar kad bank sebenarnya tu.. Wani ada terdengar di satu sudut semasa tengah tunggu ramai-ramai tu, ada yang buka baca wassap barangkali dan sebut tarikh sekian dan sekian..

wani sebenarnya hari itu pergi temankan adik wani ni . kad bank dia dah selesai sebenarnya tapi buat kat Johor, ingatkan sempat nak ambil kat Johor, tapi terpaksa balik Kelantan awal sikit sebab nak kena deliver baby awal..dia pun ada hubungi pihak bank sana tak boleh ke nak wakilkan suami dia, pihak bank cakap tak boleh sebab nak kena tandatangan semua tu, kad bank dia buat ni yang versi boleh cetak gambar tu.. kalau yang ada versi cetak gambar atas kad tu tak boleh nak pos ..wani pun tak faham juga.. huu..kalau ada yang berpengalaman boleh kongsi ya..

kalau yang biasa tak ada gambar boleh pos pulak.. tapi tak tahu lah bila bank ada khidmat boleh pos kat rumah.. sebab adik wani bagi tahu kawan dia buat baru jer tapi boleh pos rumah tapi ambil masa la sikit. mungkin disebabkan keadaan bersesak-sesak dalam bank yang buat kan pihak bank kena pos kad bank tu kat rumah. hangus jugak duit dalam rm 30.00 sebab kad bank tak dapat masa buat kat Johor tu..


semasa wani sampai lalu dulu di bank Islam, tengok sebelah bank,fuhh  ramainya orang.. dah agak kalau Maybank lagi ramai orang huu, ya memang ramai orang berasak-asak.. Pak guard dah tutup pintu, orang masuk sikit - sikit ..nampak beransur surut dalam bank, Pak Guard akan buka pintu balik.. huru - hara sikit keadaan dalam bank dengan penuhnya orang..tak kena isi borang,, wani pun pelik sikit, kenapa tak isi borang, 2 jam wani berdiri padahal teman adik jer,, kerusi tak ada kosong, semuanya penuh orang..

beratur saja dekat 2 jam sampai nombor giliran, wani tengok adik wani cakap-cakap jer dan terus datang kat wani balik.. aihh.. dah siap ke kadnya??.. sebab nampak tak buat apa.. huu,,rupanya kena beratur lagi sekali nak uruskan pasal kad.. ya Allah haii.. penatnya menunggu. nombor sekarang ke 44 nak tunggu ke nombor 100 nak uruskan kad bank pulak.. sabar je lah dalam hati .. yang orang lain belakang pun masih ramai menunggu. menunggu dan terus menunggu.. nak buat macam mana kan ...wani tengok staff bank pun lagi la dah macam stress,, faham sangat.... lagi-lagi bila dapat arahan macam ni nak kena berdepan dengan orang ramai lagi..


tengoklah ya betapa ramainya orang.. wani dah mula terduduk sebab dah cramp kaki 2 jam kot berdiri. ada anak sebelah tu pun ikut duduk jugak hii.mak dia tengah berdiri... selepas tu,  pergi ke luar sebab lapar sangat nasib baik ada hawker yang jual "lok Ching" so makan lah "lok ching" dulu nak alaskan perut.. ingat nak duduk kat luar macam ada tempat sekali tengok ada pakcik hisap rokok..terus tak nak duduk, kalau tak, boleh lah hilangkan lenguh kat situ..


wani masuk balik dalam bank,, dan kemudian akhirnya terpaksa duduk bersila atas lantai bersama adik wani.. inilah kali pertama wani terpaksa duduk atas lantai dalam bank, bukan wani seorang buat macam ni,, ada lagi orang lain,,sudah terpaksa.. tak sanggup kaki dah cramp sangat sebab berdiri dah lama.. orang surut sikit baru dapat duduk atas kerusi, itu pun menunggu lagi .. hampir 5 jam baru selesai urusan di bank..

kalau ikutkan Pak Guard tu tak bagi tahu orang lain yang datang nak tukar kad bank, lagi ramai menunggu sebab orang ramai tak faham.. mereka ingat dah tak boleh nak ambil duit dah di mesin ATM.. itu yang buat crowded sangat dalam bank tu.. sebab setiap kali sekumpulan datang, wani tengok Pak Guard tu bagi tahu maklumat sebenarnya.. sebab ramai yang salah faham.. macam kes adik wani, staf bank tanya kenapa tak buat online.. dah buat online tapi tak boleh pulak kad bank  dah lah nak post tak boleh.. alang-alang dah menunggu kat sini ,,siapkan terus kad,, baru tak pening kepala. walaupun 5 jam menunggu,, huuu

ada sekali dua staff bank panggil, tuan punya IC tak muncul, mungkin pergi keluar tak tahulah.. faham lah ramai sangat orang kan


wani cuma berkongsi pengalaman,, bukan senang nak senang nak dapatkan kad... lagi -lagi bila last minit.. maklumlah kan.. orang kita ni last minute baru nak buatkan hii.. tambah lagi bila ada yang salah faham ingatkan kad ni langsung tak boleh ambil cash..kalau tak buat lagi.  wani kasihan tengok orang- orang yang lebih tua menunggu sama..bonda wani tak buat lagi ,,,ekoran daripada wani cerita pasal ni sebab tengok anak dia balik lambat,, bonda wani cakap nak buat tahun depan huh,, bosan dengan ramai orang katanya .terpaksa akur lah kalau dia cakap macam tu..



This post have 5 komentar

avatar
Sha Mohamed delete 22 December 2016 at 20:34

La.. macam tu pula..
Kata wajib tukar sebelum 2017..
Hye.. Macam-macam..

Reply
avatar
Ana Jingga delete 22 December 2016 at 22:25

Subhanallah ramainya orang wani, kak ana awal-awal dah settlekan termasuk mak abah punya kad bank lebih kurang dua bulan yang lalu. Dah boleh agak dah orang malaysia ni suka last minit dan bakal terjadinya sebegini :)

Reply
avatar
Warisan Petani delete 23 December 2016 at 01:36

Kesiannya dia orang.
Mungkin mereka Xdapat penerangan yang jelas.
Lagi satu, orang2 kita suka bertindak last minit, tu yang jadi sesak.
Kalau awal2 xlah jadi lagu tu.

Reply
avatar
Hoho delete 23 December 2016 at 10:51

Yup.. Ramai yang salah faham.. Bank pun satu, silap mereka tidak menerangkan perkara ni lebih details. Hanya cakap kena tukar sebelum blaa blaa blaa. Hmmmm reen memang tunggu tahun depan baru buat card.. Nasib baik ada online banking. Hehe

Reply
avatar
Busyra Takiyudin delete 24 December 2016 at 07:27

busyra pun baru tau. lain kali ckp la awal2. huhuhu.. busyra buat online ja maybank2u. tq wani!

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang