-->

Wednesday, 24 January 2018

author photo
ASSALAMUALAIKUM..

mashed potato noxxa

Rasa dah ada 2 entri pasal mashed potato noxxa di blog. Ambil gambar rajin, tapi biasalah entri asyik  Q. Tapi tak apa Wani nak up lagi kat sini. Sungguh mudah bila ada pressure cooker. Tak kisah brand apa pun, yang penting korang kena pandai godek- godek periuk tu nak sesuaikan dengan masakan.

Ok, kali ini nak up balik resepi mashed potato noxxa.Mashed potato memang favorite. Abah wani lah yang paling suka makan. Bertambah-tambah makan kalau homemade ini. Sebagai  seorang anak, buatlah juga apa yang mak ayah suka makan. Kadang-kadang kita sendiri pun tak termakan, tengok orang lain makan pun bahagia dah.

Seperti mana yang biasa buat sebelum ini, kalau nak sedap gunakan ubi kentang russet ya, sebab ia kurang kanji ke terlebih kanji tak ingat dah XD. Mahal sikit jerr la kalau dari yang biasa tu. Tak apa lah asalkan sedap.


Masa buat hari tu, Wani gunakan 9 biji, rujuk gambar paling atas. Kemudian, belah 4 ke, dan hiris nipis macam ni. Sebab hiris macam ini nanti nak cepat empuk dan nak lenyek


Wani buat persediaan awal sebab nak masak petang lepas asar, nak buat untuk makan malam. Jadi biasanya sebelah pagi dah prepared siap hii. Nanti lepas potong nipis macam ni bilas dengan air bersih bagi kanji hilang. Kemudian rendam dengan air sehingga lah nak guna nanti. Sejatkan atas penapis biar hilang air nanti tiba nak masak


Kuah yang dah siap. Tunjuk sikit. Kuah pun dah prepared awal. 


Dalam periuk noxxa, masukkan ubi kentang, kiub pati ayam, mentega, serbuk lada putih dan air 1 cawan.


Kemudian, tekan high pressure selama 15 minit dan tekan button on.


Pastikan tombol ke pressure.


Bila dah masak, bersedia untuk lepaskan wap, putar tombol ke steam sehingga habis wap keluar dan boleh buka tudung.Tekan button off.


Bersedia untuk dilenyek. Wani guna sudip jerr tekan - tekan sambil gaul.


Ok, nampak dah lenyek dan sebati.


masukkan susu full cream 1/2 cawan.


Gaul ke semuanya sehingga sebati. Boleh perasakan dengan garam secukup rasa.


Dah siap, mashed potato yang berkrim. Sangat sedap. Wani buat untuk makan malam. Jadi, lepas siap gaul sebati, untuk pastikan mashed potato ini sentiasa "warm". Tekan button slow cook. Boleh adjust tahap masa yang dikehendaki selama 3 jam.

MASHED POTATO NOXXA Bahan - Bahan 9 biji ubi kentang russet 1/2 cawan susu penuh krim 1 kiub pati ayam ( nak gantikan dengan serbuk pati ayam pun boleh ) 1 sudu teh paras ( bukan bumbung ) serbuk lada putih 1 cawan air 3 1/2 sudu besar mentega Garam secukup rasa Cara - cara
1. Ubi kentang dikupas kulit dan dihiris nipis. Rujuk dalam gambar 2. Basuh ubi kentang yang telah dihiris untuk buang kanji dan sejatkan sekejap dalam penapis 3. Masukkan ubi kentang ke dalam periuk noxxa, masukkan 1 cawan air, mentega, serbuk lada putih dan kiub pati ayam 4. Tutup periuk noxxa dan tekan high pressure selama 15 minit dan kemudian tekan button on. Pastikan tombol ke arah pressure 5. Setelah bunyi beep, tekan off dan putar tombol ke steam untuk lepaskan wap 6. Buka tudung setelah wap habis keluar, ambil sudip dan terus lenyek ubi kentang sehingga tiada ketulan 7. Masukkan susu penuh krim dan kacau sehingga sebati, boleh perasakan dengan garam secukup rasa. Ok dah siap 8. Untuk mengekalkan kepanasan mashed potato, tekan button slow cook boleh adjust tahap masa yang dikehendaki sehingga 3 jam


SOS MASHED POTATO
Resepi : Daun Pandan
Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan-bahan ( 3 - 4 orang )


    * 650 ml air
    * 1 sudu besar stok ayam (MaDiHaA guna 1 kiub ayam brand Knorr)
    * 1 biji bawang besar - cincang
    * 1 batang saderi - cincang (MaDiHaA guna 2, 3 tangkai daun sup)
    * 40 gm mentega
    * 20 gm tepung gandum
    * 1 sudu besar sos tomato
    * 1 sudu besar sos tiram
    * sedikit serbuk lada hitam
    * kicap pekat
    * garam

Cara-cara
   1. Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih.Renihkan         dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
   2. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum.Kacau atas api kecil hingga tak       melekat pada tepi periuk.
   3. Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel.
   4. Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna).Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.
   5. Masaklah ikut pekat mana yg disukai.

NOTE: rasa dulu baru letak garam sebab stok ayam dan sos tiram dah masin.

kena berhati2 nak letak serbuk pati ayam, sebab serbuk tu dah masin dalam resepi asal guna sampai 5 sudu besar, kurangkan la ya dalam 1 sudu besar ataupun rasa sikit nak tau sebab wani buat termasin nasib nak rasa ..kalau tak pergi letak sampai 5 sudu besar 

This post have 9 komentar

avatar
Mazni Azmi delete 24 January 2018 at 15:52

Memang lemak berkrim makan mash potatoe ni. Kalori pun tinggi

Reply
avatar
Mama Hakim delete 24 January 2018 at 17:51

Dah macam omputih makan mash potato kan wani. Hehe

Reply
avatar
Ibu Syurga delete 26 January 2018 at 15:44

Macam macam kegunaan pressure cooker ni kan wani

Reply
avatar
Cik Renex delete 26 January 2018 at 20:57

bagusnya kalau ada noxxa ni kat umah.

Reply
avatar
Sha Mohamed delete 29 January 2018 at 12:48

Buat sendiri puas makan kan..

Reply
avatar
Siti Yang Menaip delete 30 January 2018 at 17:51

aduhaiiii ini memanglaa semangkuk x ckup. lagi2 buat sendiri boleh makan puas2.. ehehe..

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang